Kunjungan yang diketuai Ketua Wanita IKRAM Selangor, Prof Dr. Hanim Salleh bersama beberapa orang Ahli Jawatankuasanya bertujuan untuk berdiskusi, melakukan pembentangan dan menyerahkan kertas cadangan untuk mewujudkan Pusat Sokongan Santunan Harmoni.
“Ini adalah sebagai salah satu usaha kerjasama bersama kerajaan Negeri Selangor,” ujar Dr Hanim.
Dr Daroyah yang juga Exco Kesihatan, Kebajikan, Pembangunan Wanita dan Keluarga menyambut baik kunjungan dan hasrat yang disampaikan Wanita IKRAM Selangor.
Beliau yakin kertas cadangan yang dibentangkan ini bakal memberi manfaat yang besar untuk wanita khususnya wanita di negeri Selangor.
Pusat Sokongan Santunan Harmoni tersebut dijangka mensasarkan penyertaan wanita terutamanya ibu tunggal yang bermasalah dan memerlukan sokongan.
Turut bersama hadir dalam kunjungan ialah Ahli Jawatankuasa Wanita IKRAM Selangor, Dr Maznah Ahmad, Pn. Yuzaila Yusof dan Pn. Fauziah Ashari.