PTI 2016: Siasah Syar’iyyah Dalam Pembangunan Negara Rahmah

Pada hari ini kita berkumpul di IDCC, Shah Alam sempena Perhimpunan Tahunan IKRAM 2016 (PTI 2016) yang mana ia merupakan acara kemuncak tahunan IKRAM yang mengumpulkan ahli dari seluruh negara bagi mengikuti ucapan Presiden yang menggariskan hala tuju perjuangan IKRAM.

Ahli-ahli juga berkumpul bagi mengeratkan ukhuwah sesama mereka. Jumlah kehadiran pada hari ini adalah seramai 3,300 orang termasuk sekitar 200 orang bukan ahli.

Tetamu yang hadir pada hari ini adalah daripada parti-parti politik, NGO, kedutaan, mahasiswa dan tokoh-tokoh seperti Dr Yusri Mohamad (YADIM), YB Khalid Abd Samad (Ahli Parlimen Shah Alam) dan YB Nurul Izzah Anwar (PKR).

Selain Ucaptama Presiden, yang akan menyampaikan ucapan juga adalah Naib Mursyid Am Ikhwan Muslimin, Dr Ibrahim Munir dan Ketua Majlis Syuro Partai Keadilan Sejahtera (PKS) Indonesia, Dr Salim Segaf al-Jufri. Satu sesi perkongsian oleh peserta Women’s Boat to Gaza (WBG) juga akan diadakan.

Bagi memantapkan kefahaman ahli IKRAM tentang siasah syar’iyyah, PTI 2016 mengetengahkan dua forum yang bertajuk “Tarbiah dan Siasah Syar’iyyah dalam Pembangunan Negara Rahmah” dan “Aplikasi Siasah Syari’yyah Dalam Siasah, Masyarakat Madani, Wanita dan Belum Islam”.

Tema PTI 2016 adalah “Siasah Syar’iyyah Dalam Pembangunan Negara Rahmah”. Ini merupakan lanjutan kepada Tema PTI 2014 “Malaysia Menuju Negara Rahmah” dan PTI 2015 “Memacu Perubahan Malaysia Rahmah Berasaskan Maqasid Syariah”.

Tema “Siasah Syar’iyyah Dalam Pembangunan Negara Rahmah” ini ingin mengajak ahli-ahli dan masyarakat untuk memahami satu ilmu dan pemikiran yang tinggi dalam siasah dan syar’iyyah. Visi IKRAM adalah “Malaysia Menjadi Negara Rahmah”.

Bagi menjayakan visi ini, ia memerlukan pendekatan yang bijaksana. Kita mengemukakan pendekatan siasah syar’iyyah pada tahun ini sebagai lanjutan kepada pendekatan maqasid syariah yang dikemukakan pada tahun lepas.

Siasah syar’iyyah bermaksud pengurusan atau tata kelola seorang pemimpin yang adil terhadap urusan-urusan yang dikongsi bersama oleh rakyat (hal ehwal kenegaraan) berasaskan tuntutan-tuntutan syariah merangkumi seluruh bidang kehidupan manusia.

Bagi membina Negara Rahmah, IKRAM meyakini bahawa siasah syar’iyyah adalah siasah yang menjamin keadilan lantaran ia lahir daripada unjuran wahyu dan ijtihad fiqhi yang dipandu nas wahyu atau ruhnya, bukan tercerna daripada unjuran akal atau nafsu manusia semata-mata.

Siasah syar’iyyah berbekalkan satu pertimbangan yang menyeluruh berlandaskan maqasid syariah yang memelihara nilai-nilai kehidupan, kemanusiaan, diri manusia, organisasi masyarakat dan persekitaran kehidupan manusia.

Oleh itu, IKRAM telah merangka beberapa inisiatif siasah syar’iyyah secara bertahap-tahap bagi mendepani situasi masyarakat dan negara Malaysia masa kini yang berhadapan dengan pelbagai kemelut yang menuntut penyelesaian yang menyeluruh dan mendasar agar mampu memacu perubahan masyarakat dan negara.

Semoga usaha IKRAM ini akan membantu dan menyumbang kearah membina dan membangun negara Malaysia sebagai sebuah Negara Rahmah Mithali yang berteraskan pendekatan siasah syar’iyyah yang komprehensif.

Dr Hj Mohd Parid Sheikh Ahmad
Presiden
Pertubuhan IKRAM Malaysia

3 Tahun PTI Tidak Dapat Dilangsungkan, Kini Tiba Masanya…

Ingin mengikuti pandangan semasa dan info terkini dari IKRAM?
Hantar maklumat anda kepada kami:

ARTIKEL TERKINI

Kulim

Masjid Al Muqarabbin, Taman Angsana, Kulim

Sungai Petani

Masjid Bandar Perdana, Bandar Perdana Sg Petani

Kubang Pasu / Alor Setar

Masjid An Nur IPG Kampus Darulaman, Jitra

Pekan

Masjid Sultan Ahmad Shah, Pekan

Pahang Barat

Surau RPSB Kg. Pagar, Penjom, Lipis

Pahang Barat

Surau Al Hidayah, Kg Melayu Sg Lui, Raub

Kota Samarahan

Masjid Al-Malik, Taman Uni Garden

Maaf, anda perlu bayar untuk dapatkan kajian ini. Sila hubungi pihak KADRI untuk info lanjut melalui email kadri@ikram.my

Berita Terkini IKRAM

Dapatkan info TERKINI

Langgan berita terkini supaya anda tidak ketinggalan info penting daripada Pertubuhan IKRAM Malaysia