PRU15: Pilih Calon Miliki 8 Karakter Bangsa

PRU15: Pilih Calon Miliki 8 Karakter Bangsa | IKRAM

SHAH ALAM – Wadah Pencerdasan Umat Malaysia (WADAH), Pertubuhan IKRAM Malaysia (IKRAM) dan Sinar Harian dalam satu deklarasi hari ini menyeru rakyat untuk memilih calon dalam Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) yang memiliki lapan karakter bangsa.

Sidang ‘Deklarasi PRU15: Membina Karakter Bangsa’ itu telah diadakan di Karangkraf di sini yang menggariskan karakter-karakter bangsa iaitu berkemampuan, berdaya maju, amanah dan berintegriti, kasih sayang, jujur, berkeadilan, utama rakyat dan berprinsip.

Penjelasan lapan karakter bangsa masing-masing telah disampaikan oleh Presiden IKRAM Haji Badlishah Sham Baharin, Presiden WADAH Datuk Ahmad Azam Ab Rahman, CEO ARBA Foundation Ustaz Azlan Shah Nabees Khan, Timbalan Presiden WADAH Ustaz Hasri Harun, Ketua Wanita IKRAM, Ustazah Sallawahiu Mohd Salleh, Exco WADAH Ustaz Zamri Zainal Abidin, Ketua Penerangan IKRAM Muda Usaid Asmadi dan Setiausaha Agung ABIM Mohammad Fazril Mohd Salleh.

Satu ikrar deklarasi telah dibacakan yang diketuai Datuk Ahmad Azam yang menyeru rakyat agar keluar mengundi dan memilih calon-calon yang mempunyai kesemua karakter bangsa dalam PRU15 pada 19 November ini.

Dalam kenyataan media deklarasi, WADAH, IKRAM dan Sinar Harian menyatakan bahawa undian menterjemahkan keyakinan dan kepercayaan rakyat terhadap pemimpin yang mempunyai kesemua lapan karakter moral bangsa yang telah dikemukakan.

“Gandingan karakter-karakter ini akan memberikan kredibiliti dan kewibawaan yang terserlah kepada seseorang pemimpin untuk mengurus rakyat, mentadbir negeri dan negara seterusnya memacu kemajuan, keharmonian dan kemakmuran bersama.”

Sidang Deklarasi PRU15: Membina Karakter Bangsa dianjurkan bersama oleh WADAH, IKRAM dan Sinar Harian dan disokong gerakan Rasuah Busters, yang dihoskan oleh Anim Ezati Rizki.

Turut hadir dalam deklarasi tersebut Penasihat Karangkraf, Datuk Hussamuddin Yaacub, Ketua Sekretariat #RasuahBusters, Nurhayati Nordin, Ahli-ahli Jawatankuasa Pusat IKRAM dan kakitangannya serta Exco-Exco WADAH dan ABIM.

Video penuh sidang deklarasi boleh ditonton di laman Facebook IKRAM.

3 Tahun PTI Tidak Dapat Dilangsungkan, Kini Tiba Masanya…

Ingin mengikuti pandangan semasa dan info terkini dari IKRAM?
Hantar maklumat anda kepada kami:

ARTIKEL TERKINI

Kulim

Masjid Al Muqarabbin, Taman Angsana, Kulim

Sungai Petani

Masjid Bandar Perdana, Bandar Perdana Sg Petani

Kubang Pasu / Alor Setar

Masjid An Nur IPG Kampus Darulaman, Jitra

Pekan

Masjid Sultan Ahmad Shah, Pekan

Pahang Barat

Surau RPSB Kg. Pagar, Penjom, Lipis

Pahang Barat

Surau Al Hidayah, Kg Melayu Sg Lui, Raub

Kota Samarahan

Masjid Al-Malik, Taman Uni Garden

Maaf, anda perlu bayar untuk dapatkan kajian ini. Sila hubungi pihak KADRI untuk info lanjut melalui email kadri@ikram.my

Berita Terkini IKRAM

Dapatkan info TERKINI

Langgan berita terkini supaya anda tidak ketinggalan info penting daripada Pertubuhan IKRAM Malaysia