Positif COVID-19 cecah lima angka

Semalam negara mencatatkan 62 kes baharu menjadikan jumlah kes positif COVID-19 adalah sebanyak 10,031 kes dengan kes aktif sebanyak 668 kes.

 

Daripada 62 kes baharu yang dilaporkan, satu (1) kes adalah kes import yang telah mendapat jangkitan di luar negara dan 61 kes penularan dalam negara, yang mana 59 kes di Sabah, satu di Kedah dan satu di Pulau Pinang.

 

Daripada jumlah itu, ia melibatkan penularan dalam Kluster Benteng LD (48),  Kluster Pulau (1) dan Kluster Sungai (1).

 

Tambahnya, warga emas merupakan antara golongan yang terkesan akibat jangkitan COVID-19.

 

“Namun golongan yang lebih muda dan mempunyai penyakit kronik juga turut dikesan mempunyai gelaja, penyakit dan komplikasi yang lebih serius sehingga perlu dimasukkan ke Unit Rawatan Rapi (ICU) untuk pemantauan rapi.”

 

Menurut beliau, sekiranya situasi ini berlanjutan, fasiliti kesihatan negara perlu menampung beban yang tinggi semula.

 

“Justeru, bagi mengelakkan daripada berlakunya situasi demikian, setiap individu daripada semua peringkat dan lapisan masyarakat perlulah memainkan peranan masing-masing dan patuh kepada SOP serta nasihat-nasihat yang dikeluarkan kerajaan,” jelasnya.

 

Statistik WHO menunjukkan sehingga 16 September 2020, kematian global akibat jangkitan COVID-19 meningkat kepada 4,520 kes dalam tempoh 24 jam dan jumlah kematian global akibat koronavirus itu kini mencecah 931,321.

 

Jumlah kes positif global COVID-19 kini melebihi 29 juta yang disumbang hampir 252,680 jangkitan baharu dalam tempoh 24 jam, dan Amerika Syarikat terus kekal sebagai negara paling teruk terjejas dengan angka 6,496,246 kes positif.

Penafian: Penulisan ini adalah pandangan peribadi dan tidak menggambarkan pendirian IKRAM.

Syawal Permulaan Baharu. Raya bersama IKRAM dengan klik gambar di bawah.

Ingin mengikuti pandangan semasa dan info terkini dari IKRAM?
Hantar maklumat anda kepada kami:

ARTIKEL TERKINI

Sumbangan

Untuk membuat sebarang sumbangan anda dialu-alukan untuk menyumbang secara terus kepada mana-mana institusi IKRAM.

Maaf, anda perlu bayar untuk dapatkan kajian ini. Sila hubungi pihak KADRI untuk info lanjut melalui email [email protected]

Berita Terkini IKRAM

Dapatkan info TERKINI

Langgan berita terkini supaya anda tidak ketinggalan info penting daripada Pertubuhan IKRAM Malaysia