Pilihan Raya Presiden Turkiye: Peluang Erdogan Menang

Pilihan Raya Presiden Turkiye: Peluang Erdogan Menang | IKRAM

ANKARA – Recep Tayyip Erdogan berpeluang cerah untuk menang pilihan raya presiden Turkiye pusingan kedua pada Ahad, 28 Mei depan.

Ini kerana Sinan Ogan, calon yang mendapat tempat ketiga dalam pilihan raya presiden pusingan pertama minggu lalu, mengisytiharkan sokongannya kepada Erdogan dalam undian penentuan tersebut.

Bercakap kepada pemberita pada Isnin di Ankara, Ogan berkata: “Saya mengisytiharkan bahawa kami akan menyokong calon Perikatan Rakyat (People’s Alliance), Recep Tayyip Erdogan, dalam pusingan kedua pilihan raya presiden.”

Menyeru penyokongnya untuk menyokong Erdogan dalam pusingan penentuan, beliau berkata: “Kami mengadakan pelbagai jenis rundingan sebelum membuat keputusan terakhir. Kami telah mengambil keputusan ini kerana kami percaya bahawa keputusan kami adalah keputusan yang tepat untuk negara dan rakyat kita.”

Lebih 50 juta pengundi telah keluar mengundi pada 14 Mei untuk memilih presiden negara itu dan ahli parlimennya yang mempunyai 600 kerusi.

Perikatan Rakyat yang diterajui Erdogan memenangi majoriti di parlimen, manakala persaingan presiden menuju ke pusingan kedua pada 28 Mei, apabila semua calon tidak mendapat undian majoriti lebih 50 peratus.

Beliau akan berdepan Kemal Kilicdaroglu, ketua pembangkang utama Parti Rakyat Republikan (CHP) dan calon bersama enam parti pembangkang Perikatan Negara (Nation Alliance), dalam undian penentuan.

Erdogan menamatkan pusingan pertama pilihan raya presiden Turkiye dengan 49.52 peratus undian, manakala Kilicdaroglu menduduki tempat kedua dengan 44.88 peratus dan Sinan Ogan daripada Perikatan ATA (Ancestral) mendapat 5.17 peratus.

Sumber: TRT World

3 Tahun PTI Tidak Dapat Dilangsungkan, Kini Tiba Masanya…

Ingin mengikuti pandangan semasa dan info terkini dari IKRAM?
Hantar maklumat anda kepada kami:

ARTIKEL TERKINI

Kulim

Masjid Al Muqarabbin, Taman Angsana, Kulim

Sungai Petani

Masjid Bandar Perdana, Bandar Perdana Sg Petani

Kubang Pasu / Alor Setar

Masjid An Nur IPG Kampus Darulaman, Jitra

Pekan

Masjid Sultan Ahmad Shah, Pekan

Pahang Barat

Surau RPSB Kg. Pagar, Penjom, Lipis

Pahang Barat

Surau Al Hidayah, Kg Melayu Sg Lui, Raub

Kota Samarahan

Masjid Al-Malik, Taman Uni Garden

Maaf, anda perlu bayar untuk dapatkan kajian ini. Sila hubungi pihak KADRI untuk info lanjut melalui email [email protected]

Berita Terkini IKRAM

Dapatkan info TERKINI

Langgan berita terkini supaya anda tidak ketinggalan info penting daripada Pertubuhan IKRAM Malaysia