Piagam Harmoni Malaysia, Diterima Sebulat Suara

SERI KEMBANGAN – Cadangan mewujudkan Piagam Harmoni Malaysia diluluskan oleh mesyuarat Jawatankuasa HARMONI (Keharmonian Antara Penganut Agama) pada 8 Ogos lalu.

Mesyuarat tersebut dipengerusikan oleh Menteri Perpaduan Negara, Datuk Aaron Ago Dagang dan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Dr Mohd Na’im Mokhtar.

Mohd Na’im berkata, “Usul ini telah diterima sebulat suara dan insya-Allah akan dibawa ke mesyuarat Kabinet untuk dapatkan keputusan dasar.”  Selanjutnya, piagam itu akan dibentangkan di Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Agama Islam (MKI) dan Majlis Raja-Raja untuk diperkenankan.

Piagam ini bertujuan memastikan rakyat berbilang kaum saling menghormati dan hidup secara harmoni dan telah dibangunkan dengan input daripada pakar agama Islam serta penganut agama-agama lain.

Piagam Harmoni Malaysia merangkumi enam prinsip utama, 12 nilai keharmonian, 32 panduan dan sembilan hala tuju. Dokumen ini dirancang untuk memupuk integrasi dan kerjasama antara pelbagai komuniti agama di Malaysia. Selain itu, piagam ini bertujuan untuk mengukuhkan dan melengkapkan prinsip-prinsip yang terkandung dalam Rukun Negara.

Presiden Pertubuhan IKRAM Malaysia, Haji Badlishah Sham Baharin, yang turut hadir dalam mesyuarat tersebut, menyatakan sokongan penuh terhadap usaha mewujudkan piagam ini. Beliau menganggap inisiatif ini sebagai langkah penting dalam menggiatkan usaha memupuk keharmonian dan perpaduan dalam masyarakat majmuk Malaysia.

Haji Badlishah adalah anggota Jawatankuasa HARMONI yang mempunyai 30 ahli daripada pelbagai agama dan latar belakang. IKRAM bertekad untuk terus aktif dalam dialog antara agama dan meningkatkan kerjasama antara komuniti bagi memastikan piagam tersebut memberi kesan positif terhadap perpaduan dan keamanan di Malaysia.

Piagam Harmoni Malaysia diharap akan menjadi alat yang efektif dalam menyelesaikan konflik dan mempromosikan keharmonian dalam masyarakat Malaysia.

3 Tahun PTI Tidak Dapat Dilangsungkan, Kini Tiba Masanya…

Ingin mengikuti pandangan semasa dan info terkini dari IKRAM?
Hantar maklumat anda kepada kami:

ARTIKEL TERKINI

Kulim

Masjid Al Muqarabbin, Taman Angsana, Kulim

Sungai Petani

Masjid Bandar Perdana, Bandar Perdana Sg Petani

Kubang Pasu / Alor Setar

Masjid An Nur IPG Kampus Darulaman, Jitra

Pekan

Masjid Sultan Ahmad Shah, Pekan

Pahang Barat

Surau RPSB Kg. Pagar, Penjom, Lipis

Pahang Barat

Surau Al Hidayah, Kg Melayu Sg Lui, Raub

Kota Samarahan

Masjid Al-Malik, Taman Uni Garden

Maaf, anda perlu bayar untuk dapatkan kajian ini. Sila hubungi pihak KADRI untuk info lanjut melalui email kadri@ikram.my

Berita Terkini IKRAM

Dapatkan info TERKINI

Langgan berita terkini supaya anda tidak ketinggalan info penting daripada Pertubuhan IKRAM Malaysia