Peserta Flotila Gaza Diminta Pulang, Tarikh Baharu Akan Diumum

Peserta Flotila Gaza Diminta Pulang, Tarikh Baharu Akan Diumum

SERI KEMBANGAN – Kesemua delegasi yang terlibat dalam misi Break The Siege of Gaza Freedom Flotilla diminta pulang ke negara masing-masing selepas Freedom Flotilla Coalition (FFC) tidak dapat meneruskan misi penghantaran bantuan ke Gaza untuk kali ini.

Menurut Jawatankuasa Pemandu FFC, Ann Wright, pihaknya akan memaklumkan perkembangan terbaharu kepada semua delegasi terlibat sekiranya tarikh akhir pelayaran ditetapkan.

“Kita mencadangkan agar anda semua pulang ke negara masing-masing terlebih dahulu dan kami akan maklumkan dari semasa ke semasa sekiranya ada perkembangan terbaharu.

“Sejurus kami dapat melakukan pendaftaran baharu buat kapal terlibat, anda semua yang sepatutnya memulakan pelayaran ini bersama kami akan dimaklumkan terlebih dahulu,” katanya.

Wright berkata demikian dalam sesi taklimat bersama semua delegasi terlibat di sini, pada lewat Jumaat.

Terdahulu, kerajaan Republik Guinea-Bissau (Afrika) dilaporkan tunduk dan akur kepada gesaan Israel untuk tidak membenarkan misi flotila menggunakan bendera mereka.

Pada masa sama, republik itu mengemukakan syarat remeh dengan meminta FFC menandatangani dokumen yang mengesahkan mereka tidak akan menggunakan kapal penumpang itu untuk menghantar bantuan ke Gaza.

Malah mereka juga meminta agar pihak berkuasa pelabuhan bagi lokasi terakhir yang dituju untuk memberi dokumen pengesahan bagi mengesahkan lokasi terakhir pelayaran kapal itu.

Tarikh pelayaran ketiga-tiga kapal yang terlibat dalam misi ini sebelumnya telah beberapa kali ditukar.

Ia melibatkan satu kapal kargo dengan muatan 5,000 tan dan dua buah kapal penumpang yang boleh memuatkan lebih 1,000 orang.

Kapal-kapal ini akan membawa bantuan kemanusiaan yang mendesak seperti bantuan perubatan, pek makanan, pakaian, khemah perlindungan dan beberapa buah kenderaan termasuk lapan buah ambulans.

Menurut MyCARE dalam satu hantaran semalam, Israel memberikan tekanan yang cukup hebat kepada negara Republik Guinea Bissau bagi menarik balik bendera serta penyertaan daripada kapal Akdeniz yang merupakan kapal utama yang digunakan dalam misi kali ini.

“Keadaan ini telah mencetuskan permintaan untuk melaksanakan pemeriksaan tambahan yang menyebabkan tertangguhnya pelayaran FCC yang dijadualkan berlayar pada 26 April 2024,” katanya.

Tambahnya, ini merupakan sebuah lagi bukti jelas bahawa Israel menghalang penghantaran bantuan yang amat mendesak kepada penduduk Gaza yang kini menghadapi bencana kebuluran.

“Ini bukanlah kali pertama Israel menggunakan strategi licik untuk menghentikan usaha FFC daripada berlayar demi misi kemanusiaan ke Gaza,” tegas MyCARE.

Pihaknya turut memetik kata-kata wakil rasmi FFC:

“Kapal kami telah lulus semua pemeriksaan yang diperlukan dan kami yakin Akdeniz akan lulus pemeriksaan ini asalkan tidak ada campur tangan politik.”

Semua anggota misi flotila negara dilaporkan akan pulang ke Malaysia pada Ahad ini.

Sumber: Astro Awani & MyCARE

3 Tahun PTI Tidak Dapat Dilangsungkan, Kini Tiba Masanya…

Ingin mengikuti pandangan semasa dan info terkini dari IKRAM?
Hantar maklumat anda kepada kami:

ARTIKEL TERKINI

Kulim

Masjid Al Muqarabbin, Taman Angsana, Kulim

Sungai Petani

Masjid Bandar Perdana, Bandar Perdana Sg Petani

Kubang Pasu / Alor Setar

Masjid An Nur IPG Kampus Darulaman, Jitra

Pekan

Masjid Sultan Ahmad Shah, Pekan

Pahang Barat

Surau RPSB Kg. Pagar, Penjom, Lipis

Pahang Barat

Surau Al Hidayah, Kg Melayu Sg Lui, Raub

Kota Samarahan

Masjid Al-Malik, Taman Uni Garden

Maaf, anda perlu bayar untuk dapatkan kajian ini. Sila hubungi pihak KADRI untuk info lanjut melalui email kadri@ikram.my

Berita Terkini IKRAM

Dapatkan info TERKINI

Langgan berita terkini supaya anda tidak ketinggalan info penting daripada Pertubuhan IKRAM Malaysia