Masjid al-Khalifah yang terletak di Taman Jaya, Jalan Pusara adalah sebuah masjid yang baru dan cantik. Ia mula beroperasi pada awal Julai 2011. Sepanjang bulan Ramadan ini, masjid menyediakan jamuan berbuka kepada orang ramai.
Para peserta bengkel telah sempat mendengar tazkirah selepas solat Zuhur yang disampaikan oleh Ustaz Mohamad Lokman. Masjid ini terletak tidak berapa jauh dari pejabat IKRAM Terengganu di Jalan Kamaruddin.
Masjid al-Khalifah adalah bertaraf masjid mukim, dibina oleh pihak kerajaan negeri tetapi diuruskan oleh masyarakat setempat melalui sebuah jawatankuasa. Masjid ini boleh menampung sehingga 1,300 jemaah dalam satu-satu masa.
Semoga Masjid Al-Khalifah di bawah kepemimpinan Ustaz Mohamad Lokman terus makmur menjadi tarikan orang ramai daripada kanak-kanak remaja hinggalah generasi lama demi merancakkan ibadah dan membesarkan Allah dalam kehidupan. Dan semoga ia menjadi tempat mencari ilmu dan menyediakan pelbagai khidmat bakti kepada masyarakat di sekitar masjid.