Malaysia telah mencapai kemajuan luar biasa sejak merdeka. Sejak saat itu, telah wujud peluang pekerjaan, pendidikan, ekonomi, malahan politik untuk semua kaum dan agama supaya negara dapat terus berkembang maju.
Sistem pendidikan yang merangkumi pelbagai bahasa dan agama memberi peluang kepada semua rakyat Malaysia untuk menerima pendidikan berkualiti.
Kontrak sosial yang terkandung dalam Perlembagaan Persekutuan dan Rukun Negara perlu terus dijadikan prinsip serta panduan hidup masyarakat majmuk di negara ini. Anggota masyarakat tidak boleh sama sekali membelakangkan panduan hidup ini dalam apa keadaan sekalipun.Â
Dasar Perpaduan Negara jelas menggariskan matlamatnya untuk membentuk rakyat Malaysia yang memahami serta menghayati Perlembagaan Persekutuan dan Rukun Negara, membangunkan identiti nasional dengan semangat jati diri dan ciri keperibadian yang tinggi serta rakyat yang menghargai dan mengamalkan perpaduan yang bersifat dinamik.
Kukuhkan perpaduanÂ
Walaupun sukar untuk mendapat perpaduan mutlak, namun usaha memupuk, memelihara dan mengukuhkan perpaduan wajar berkesinambungan tanpa henti. Penganjuran aktiviti kemasyarakatan dapat mengukuhkan perpaduan kaum di negara kita.
Menurut Laporan Kebahagiaan Dunia (World Happiness Report) Tahun 2023 yang dikeluarkan oleh Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu, Malaysia berada di tempat ke-55 daripada 137 negara dengan skor 6.012 daripada skala penuh 10.0 sebagai sebuah negara yang Paling Bahagia.
Pencapaian tahun 2022 merekodkan nilai indeks yang masih dalam tahap sederhana, namun telah meningkat sebanyak 0.062 kepada 0.629 dalam tahun 2022.
Pencapaian ini menunjukkan bahawa tahap perpaduan dalam kalangan rakyat Malaysia adalah baik dan terkawal walaupun mereka telah mengharungi kehidupan yang sukar akibat pandemik Covid-19 yang melanda negara sejak tahun 2020.
Pencapaian tahap perpaduan ini adalah hasil sumbangan signifikan faktor-faktor berikut iaitu Tadbir Urus dan Pembangunan, Etos Bangsa dan Hubungan Sosial Rentas Etnik. Sumbangan Tahap Keetnikan adalah kecil dan tidak signifikan.Â
Komunikasi yang baik
Hubungan manusia didasari oleh komunikasi yang baik dan berkesan. Melalui komunikasi kita dapat memahami diri sendiri dan diri orang lain. Sebagai usaha untuk membangunkan dan mengembangkan potensi diri, kita mesti berkomunikasi.
Aktiviti berkomunikasi dapat menjadikan diri kita sebagai manusia yang konstruktif dan membantu orang lain. Komunikasi adalah perihal membina pertalian dengan manusia lain.
Pengamal media di negara ini disarankan memperbanyak penghasilan kandungan berkaitan kesedaran terhadap impak berita palsu serta amalan hidup bersederhana dalam kalangan pelbagai bangsa di Malaysia.Â
Dunia sedang bersaing sengit untuk meningkatkan penguasaan dalam bidang kecerdasan buatan (AI), digital dan soal tenaga. Program Semarak Kasih oleh Majlis Profesor Negara memberi ruang kepada profesor untuk memberi sumbangan dan mengikut jejak langkah para ilmuwan.
Hidupkan aktiviti kemasyarakatan
Penganjuran aktiviti kemasyarakatan dapat mengukuhkan perpaduan kaum di negara ini. Menerusi aktiviti kemasyarakatan seperti gotong-royong, masyarakat dapat memupuk semangat bekerjasama, bak kata pepatah ‘bagai aur dengan tebing’. Aktiviti sebegini mampu membuka ruang serta komunikasi yang lebih baik antara jiran tetangga.Â
Timbalan Menteri Pendidikan Tinggi, Datuk Ts Mustapha Sakmud yang meraikan dan menyampaikan sumbangan kepada 100 orang kanak-kanak dari Institusi Jabatan Kebajikan Masyarakat bersempena dengan Program Semarak Kasih Majlis Profesor Negara (MPN).
Beliau menyatakan, pihak kementerian memberi peluang dan ruang kepada para ilmuwan negara untuk turut sama memberi idea juga sumbangan kepada pembangunan insan demi kesejahteraan rakyat serta negara.
Dalam masa yang sama, peranan kerajaan dalam mendukung kemajuan pendidikan tinggi juga semakin terserlah dengan adanya ‘sistem sokongan’ golongan akademik atau pemikir negara yang sentiasa berganding bahu dalam banyak perkara.Â
Bantu kerajaan perkukuh perpaduanÂ
Dalam satu kenyataan Presiden Majlis Profesor Negara, Prof Emeritus Datuk Dr Raduan Che Rose mencadangkan agar para ilmuwan dalam negara menjadi duta keharmonian untuk perpaduan negara.Â
Sistem pendidikan yang merangkumi pelbagai bahasa dan agama memberi peluang kepada semua rakyat Malaysia untuk menerima pendidikan berkualiti.
Kita sedar bahawa media sosial boleh dianggap senjata berbahaya yang mampu daripada sekecil-kecil api menjadi api marak yang boleh membakar isu sensitif sehingga menyebabkan perselisihan.
Perkara kritikal yang membelenggu semua kerajaan di seluruh dunia dan kejayaan atau kegagalan sesebuah negara menangani isu berita palsu akan menjadi penentu kepada kualiti hidup rakyat sama ada aman sentiasa atau menjadi porak-peranda.
Setiap rakyat perlu memahami konsep 3R, seiring dengan perkembangan teknologi dan dunia digital hari ini.
Isu berhubung jualan stoking tertera kalimah Allah di sebuah rangkaian kedai serbaneka, termasuk gerakan memulaukan atau boikot rangkaian kedai itu menjadi isu yang boleh menimbulkan permusuhan jika tidak diselesaikan segera. Perbezaan pendapat boleh mencetuskan permusuhan, maka tidak perlulah sesuatu perkara itu diperbesar-besarkan. Â
Justeru, memelihara, meningkatkan dan mengukuhkan jalinan hubungan antara kaum dan penganut pelbagai agama, seterusnya menyelaras tindakan intervensi bagi menyelesaikan permasalahan yang timbul amat penting.Â
Pemikir negara yang terdiri daripada kalangan para profesor yang sentiasa memberi pandangan dan buah fikiran yang bernas dalam membantu kerajaan sebagai Duta Keharmonian dapat memperkukuh lagi dasar-dasar (MPN) yang telah ada.
Prof Madya Ts Dr Jessica Ong Hai Liaw
Pensyarah Universiti Pertahanan Nasional Malaysia &Â
Pengerusi Women in Logistics and Transport (WiLAT) Malaysia, CILTM