Perginya BJ Habibie, pelopor perubahan demokrasi Indonesia

Pertubuhan IKRAM Malaysia (IKRAM) melahirkan rasa dukacita dan takziah kepada kerajaan Indonesia dan rakyatnya atas pemergian Presiden Indonesia ketiga, Bacharudin Jusuf Habibie atau BJ Habibie, 83, pada petang Rabu, 11 September 2019.

Beliau meninggal dunia di Rumah Sakit (Hospital) Pusat Angkatan Darat (RSPAD), Gatot Soebroto, Jakarta selepas menjalani rawatan intensif di hospital itu sejak 1 September lalu berikutan pelbagai masalah kesihatan yang dialaminya.

Pemergian BJ Habibie adalah satu kehilangan besar buat Indonesia. Bagi IKRAM, beliau merupakan pengasas industri strategik dan pelopor perubahan demokrasi Indonesia setelah berlakunya kacau-bilau dan rusuhan di seluruh negara semasa pengunduran Presiden Soeharto pada 21 Mei 1998.

Meskipun menjadi Presiden dengan tempoh yang singkat iaitu setahun lima bulan sehingga 20 Oktober 1999, beliau dengan segera membentuk kabinet pembangunan demokrasi, melakukan program pemulihan ekonomi, membebaskan para tahanan politik dan mengurangkan kawalan terhadap kebebasan bersuara dan kegiatan organisasi.

Beliau juga berjaya membina landasan kukuh bagi Indonesia dengan lahirnya Undang-undang Anti Monopoli, Undang-undang Persaingan Sehat, pindaan Undang-undang Partai Politik dan yang paling penting adalah Undang-undang Otonomi Daerah bagi mengelakkan perpecahan Indonesia.

BJ Habibie memberi kebebasan pada rakyat untuk menyalurkan aspirasinya sehingga munculnya 48 parti politik, memansuhkan larangan penubuhan pertubuhan-pertubuhan buruh bebas, berjaya menaikkan nilai tukar Rupiah terhadap Dolar hingga Rp 6,500 pada akhir pemerintahannya dan menyelesaikan krisis kewangan Indonesia.

Dianugerahkan Doktor Falsafah dalam bidang kejuruteraan penerbangan di Jerman, beliau menjadi Menteri Negara Riset dan Teknologi pada 1978 hingga 1998 untuk mengimplementasi ‘Visi Indonesia’ dengan sasaran negara itu menjadi negara industri dengan penguasaan ilmu pengetahuan dan teknologi, seterusnya menghasilkan kapal terbang pertama Indonesia, N-250 yang dilancarkan pada 1995.

Walaupun tidak lagi menjadi Presiden, beliau seterusnya aktif sebagai penasihat Presiden Susilo Bambang Yudhoyono untuk mengawal proses pendemokrasian di Indonesia melalui organisasi yang didirikannya iaitu Habibie Center, di samping memberikan input dan gagasan pembangunan bagi perkembangan sumber manusia di Indonesia ketika kepemimpinan Presiden Joko Widodo.

Dengan segala jasa dan sumbangan besar beliau merintis keamanan, pemulihan dan kestabilan Indonesia, moga roh beliau dicucuri rahmat, diampuni dan diberi sebaik-baik ganjaran daripada Allah SWT serta digolongkan dalam kalangan solihin.

Dr Hj Mohd Parid Sheikh Ahmad
Presiden
Pertubuhan IKRAM Malaysia

3 Tahun PTI Tidak Dapat Dilangsungkan, Kini Tiba Masanya…

Ingin mengikuti pandangan semasa dan info terkini dari IKRAM?
Hantar maklumat anda kepada kami:

ARTIKEL TERKINI

Kulim

Masjid Al Muqarabbin, Taman Angsana, Kulim

Sungai Petani

Masjid Bandar Perdana, Bandar Perdana Sg Petani

Kubang Pasu / Alor Setar

Masjid An Nur IPG Kampus Darulaman, Jitra

Pekan

Masjid Sultan Ahmad Shah, Pekan

Pahang Barat

Surau RPSB Kg. Pagar, Penjom, Lipis

Pahang Barat

Surau Al Hidayah, Kg Melayu Sg Lui, Raub

Kota Samarahan

Masjid Al-Malik, Taman Uni Garden

Maaf, anda perlu bayar untuk dapatkan kajian ini. Sila hubungi pihak KADRI untuk info lanjut melalui email [email protected]

Berita Terkini IKRAM

Dapatkan info TERKINI

Langgan berita terkini supaya anda tidak ketinggalan info penting daripada Pertubuhan IKRAM Malaysia