Perbincangan IKRAM Bersama Kedutaan Jerman

KUALA LUMPUR – Pertubuhan IKRAM Malaysia (IKRAM) telah dijemput ke sesi pertemuan dan makan tengah hari bersama pihak Kedutaan Jerman di Malaysia, pada Khamis 20 Jun lalu.

Kedutaan Jerman diwakili Ms. Ulrike Wolf, Deputy Head of Mission manakala IKRAM diwakili Naib Presiden, Prof. Dr Hanim Salleh dan Ahli Jawatankuasa Pusat, Mohammad Abdul Hamid.

Turut hadir dalam sesi pertemuan di sebuah restoran Thai di Jalan U-Thant itu Cik Kavina, pegawai politik, kebudayaan dan media kedutaan.

Dalam perbincangan itu, Ms. Ulrike telah mengambil peluang untuk mengenali IKRAM dengan lebih dekat.

Prof Hanim turut menerangkan peranan IKRAM sebagai rakan strategik dalam membina negara dan membangunkan masyarakat.

Perjumpaan berlangsung dengan mesra, berkisar tentang perkembangan isu-isu semasa di Malaysia termasuk berkaitan pendidikan masyarakat, perpaduan nasional, peranan media sosial dan isu pelarian.

Usai perbincangan, Prof Hanim merakamkan ucapan terima kasih dan penghargaan IKRAM kepada Ms. Ulrike dan Kedutaan Jerman atas jemputan tersebut dan berharap hubungan muhibah dan membina antara kedua-dua pihak akan terus dikekalkan.

3 Tahun PTI Tidak Dapat Dilangsungkan, Kini Tiba Masanya…

Ingin mengikuti pandangan semasa dan info terkini dari IKRAM?
Hantar maklumat anda kepada kami:

ARTIKEL TERKINI

Kulim

Masjid Al Muqarabbin, Taman Angsana, Kulim

Sungai Petani

Masjid Bandar Perdana, Bandar Perdana Sg Petani

Kubang Pasu / Alor Setar

Masjid An Nur IPG Kampus Darulaman, Jitra

Pekan

Masjid Sultan Ahmad Shah, Pekan

Pahang Barat

Surau RPSB Kg. Pagar, Penjom, Lipis

Pahang Barat

Surau Al Hidayah, Kg Melayu Sg Lui, Raub

Kota Samarahan

Masjid Al-Malik, Taman Uni Garden

Maaf, anda perlu bayar untuk dapatkan kajian ini. Sila hubungi pihak KADRI untuk info lanjut melalui email kadri@ikram.my

Berita Terkini IKRAM

Dapatkan info TERKINI

Langgan berita terkini supaya anda tidak ketinggalan info penting daripada Pertubuhan IKRAM Malaysia