Perang Bakhmut: Pertempuran Berdarah Rusia-Ukraine?

Perang Bakhmut: Pertempuran Berdarah Rusia-Ukraine? | IKRAM

Pertempuran telah berlangsung selama beberapa bulan antara tentera Ukraine dan tentera upahan Kumpulan Wagner paramilitari Rusia untuk mengawal bandar Bakhmut di timur negara itu.

Menurut analisis Pertubuhan Perjanjian Atlantik Utara (NATO), nampaknya bandar ini hampir jatuh ke tangan tentera Rusia. Apakah pertaruhan dan akibat daripada pertempuran berdarah ini?

“Unit Wagner telah menawan seluruh bahagian timur bandar Bakhmut dan segala-galanya di Timur Sungai Bakhmutka (yang mengalir melalui bandar) telah menjadi pusat pertempuran di wilayah Donbass,” kata ketua tentera Rusia, Yevgeny Prigozhin.

Walaupun pertempuran sengit Ukraine terhadap bandar yang terletak di timur Ukraine ini sejak permulaan pertempuran Ogos tahun lalu, ia diancam dengan pengepungan menyeluruh selepas pengunduran (taktik) tentera Ukraine.

Sementara itu Setiausaha Agung NATO, Jens Stoltenberg berkata bahawa beliau tidak menolak bahawa Bakhmut akhirnya akan jatuh pada hari-hari mendatang.

“Tetapi itu tidak semestinya mencerminkan akan menjadi realiti dalam perjalanan perang. Ini mengesahkan bahawa kita tidak seharusnya memandang rendah terhadap Rusia, tetapi harus terus menyokong Ukraine,” tambahnya.

Menurut Moscow pula, penawanan Bakhmut akan membolehkan pelancaran operasi serangan baharu di kawasan pedalaman Ukraine.

Dalam beberapa minggu kebelakangan ini, tentera Ukraine telah mendapati mereka berada dalam kedudukan yang tidak dipeduli berikutan kemaraan tentera Rusia di sekitar Bakhmut.

Sebelumnya, Soledar (yang dahulunya dikenali sebagai Karlo-Libknekhtovsk dari 1965 hingga 1991, sebuah penempatan di Bakhmut Raion di wilayah Donetsk, Ukraine) telah jatuh pada Januari lalu, diikuti oleh Krasna Gora pada Februari, dan akhirnya Lagweden yang terletak di pintu masuk Bakhmut, pada awal Mac.

Bakhmut dan Verdun

Sejak permulaan serangan Rusia ke atas Ukraine pada Februari 2022, pertempuran Bakhmut adalah pertempuran paling lama dan paling berdarah, memandangkan kerugian besar yang ditanggung oleh kedua-dua pihak di bandar ini, yang mana sebahagian besarnya telah musnah.

Dan keuntungan yang dicapai kini datang dengan mengorbankan kerugian besar manusia, seperti yang dikatakan oleh Yevgeny Prigozhin, yang kebanyakannya ditanggung oleh Kumpulan Wagner, mereka berjuang di barisan hadapan dan melakukan serangan ini.

Pada pertengahan Februari lalu, Prigozhin mengisytiharkan dengan jelas bahawa Bakhmut tidak akan jatuh kerana terdapat rintangan yang kuat dan serangan bersama berterusan.

Yevgeny Prigozhin ialah Pengerusi Syarikat Tentera Rusia (Wagner Group), menjadi salah seorang tokoh terpenting dalam perang Rusia menentang Ukraine.

Pada awal Mac, Presiden Ukraine Volodymyr Zelensky menuduh Moscow menghantar orang-orangnya untuk membunuh mereka.

“Rusia tidak mengira jumlah pasukannya sama sekali, dan menghantar mereka secara berterusan untuk menyerang kedudukan kami.”

Sesetengah pakar tidak teragak-agak sama sekali untuk membandingkan pertempuran sengit ini dengan Perang Verdun, yang mana kebanyakan tentera Perancis dan Jerman terbunuh antara Februari dan Disember 1916 di timur laut Perancis, dan Pertempuran Kubu Parit adalah yang paling berdarah dalam Perang Dunia Pertama.

Perang Verdun adalah pertempuran antara pasukan Jerman dan Perancis di blok Barat selama Perang Dunia I pada 21 Februari sehingga 18 Disember 1916, di daerah perbukitan utara kota Verdun-sur-Meuse.

Manakala, Pertempuran Kubu Parit adalah bentuk peperangan yang mana kedua-dua pihak yang berperang mempunyai pertahanan statik yang digali dalam tanah dan bertentangan sesama sendiri.

Peperangan Parit terjadi apabila berlaku revolusi dalam kuasa tembakan tanpa kemajuan yang sejajar dalam pergerakan dan komunikasi.

Peperangan parit berlaku semasa Perang Saudara Amerika (1860-an) dan Perang Jepun-Rusia pada tahun 1904-1905 dan mencapai kemuncak keganasan dan pertumpahan darah di perbatasan Barat semasa Perang Dunia I.

“Kami bercakap tentang pertempuran Verdun terutamanya kerana Rusia, terutamanya infantri Wagner yang kurang terlatih, berada di sana untuk mencurahkan tenaga menghadapi tentera Ukraine. Dan sebagai tindak balas, Ukraine melakukan perkara yang sama,” menurut bekas ketua misi tentera Perancis ke PBB, Jeneral Dominique Trancon.

Kata Profesor Politik Antarabangsa, Scott Lucas di Universiti Dublin, ia adalah mengenai kehancuran, peperangan dan kehilangan nyawa.

“Tragedi pertempuran berdarah berlaku kerana wujud pasukan bersenjata dengan mekanisme perang. Seterusnya, Wagner menghantar gelombang manusia demi untuk cuba memecahkan tentangan Ukraine, yang menyebabkan banyak kerugian kepada kedua-dua pihak,” ujar Lucas.

Minggu ini, saluran media Amerika memetik seorang pegawai tentera NATO sebagai berkata, tentera Rusia telah kehilangan sekurang-kurangnya lima askar bagi setiap askar Ukraine yang terbunuh mempertahankan Bakhmut.

“Anggaran ini adalah berdasarkan petunjuk pelbagai perkhidmatan perisikan di negara-negara gabungan itu,” tegas beliau.

Pertaruhan Simbolik?

Menurut pakar, pertaruhan pertempuran ini terutamanya adalah simbolik kerana bandar berpenduduk 70,000 ini tidak mempunyai nilai strategik yang tinggi dari sudut ketenteraan.

Namun, Presiden Ukraine Volodymyr Zelensky ketika melawat bandar itu pada Disember 2022 berjanji untuk mempertahankan kota berkubu ini selama mungkin.

Guillaume Lascongarias, seorang ahli sejarah tentera dan profesor di Universiti Sorbonne di Paris percaya bahawa terdapat dimensi simbolik kepada kedua-dua pihak, baik dari pihak penceroboh dan dari pihak pembela.

“Kedua-dua pihak membuat pengorbanan yang besar walaupun terdapat keraguan tentang perancangan strategik mereka.”

Menurutnya, terdapat keperluan di kedua-dua pihak untuk mencapai kesepakatan bersama yang bermakna.

“Bagi Ukraine sebagai contoh, ia adalah memastikan kesinambungan sokongan pendapat awam domestik dan Barat dengan menunjukkan bahawa senjata Baratlah yang membantu melakukan perbezaan dalam pertempuran, sedangkan apa yang benar-benar melakukan perbezaan adalah keberanian dan penentangan askar Ukraine,” itulah mesej yang ingin disampaikan Volodymyr Zelensky.

Ketika khabar angin tersebar mengenai pengunduran tentera Ukraine minggu lalu, Presiden Zelensky mengarahkan tentera Ukraine pada 6 Mac untuk mengukuhkan pertahanannya terhadap bandar itu.

Institut Kajian Perang baru-baru ini menganggarkan dalam satu kenyataan bahawa pertahanan Bakhmut kekal sebenarnya secara strategik kerana ia terus menghabiskan peralatan Rusia.

Bakhmut: Perang Prigozhin?

Di pihak Rusia, ia kelihatan seperti tuntutan kemenangan dalam apa jua cara, manakala pertempuran itu menampakkan ketegangan antara tentera Rusia dan ketua militia Wagner.

Yevgeny Prigozhin berulang kali menuduh pegawai kanan tentera Rusia dan komander tidak menghantar peluru yang mencukupi kepada anak buahnya.

Barangkali, adakah ini strategi yang dirancang oleh Kremlin untuk menggagalkan rancangan pemimpin militia yang terlalu besar, pada masa yang sama cubaan untuk mendatangkan kerugian besar kepada Ukraine?

Jeneral Dominic Trancon menjelaskan, Bakhmut ialah perang Prigozhin.

Beliau mahu membuktikan bahawa militianya melakukan kerja yang lebih baik daripada tentera Rusia, yang tidak mencatatkan kemenangan sejak musim panas lalu.

Sebagaimana yang dicatat oleh Scott Lucas,

“Secara luaran, mereka akan memperoleh kemenangan, tetapi selepas kehilangan banyak sumber dan orang di bandar yang tidak begitu strategik dalam konflik ini. Menawan bandar itu akan menjadi simbolik bagi mereka kerana ia belum menjaringkan gol.”

Beliau berkata, Rusia beroleh kemenangan besar sejak menawan wilayah Luhansk pada Julai lalu, akan tetapi mereka kehilangan banyak wilayah selepas serangan balas Ukraine di selatan dan timur.

Lucas menyatakan bahawa Rusia mahukan kemenangan dalam apa jua cara untuk meraikan ulang tahun pertama pencerobohannya pada 24 Februari.

“Kemenangan ini sepatutnya dipanggil Bakhmut, tetapi ia tidak pernah berlaku.”

Implikasi Kejatuhan Bakhmut

“Kejatuhan Bakhmut akan meninggalkan jalan yang jelas bagi tentera Rusia di timur Ukraine. Selepas Bakhmut, Rusia akan dapat pergi lebih jauh,” demikian menurut Volodymyr Zelensky.

Mereka akan dapat pergi ke Kramatorsk dan Sloviansk, jalan akan dibuka untuk mereka ke bandar-bandar lain di Ukraine. Beliau memberi amaran tersebut dalam temu bual dengan siaran media pada 8 Mac lalu.

Dalam pada itu, penasihat yang paling rapat dengan presiden Ukraine, Mykhailo Podolyak berkata pada Isnin lalu bahawa terdapat konsensus dalam kalangan komander tentera tentang keperluan untuk terus mempertahankan bandar dan meletihkan tentera musuh, sambil membina barisan pertahanan baharu secara selari sekiranya situasi itu berlaku.

Ini menunjukkan bahawa menyelesaikan pertempuran pada ketika ini tidak menghalang tentera Ukraine daripada mengerahkan tenteranya di tempat lain, sehingga Mykhailo Podolyak menunjukkan bahawa pertahanan Bakhmut telah mencapai matlamatnya dengan melekakan tenaga tentera.

Berikutan itu, tentera Rusia memberi masa yang cukup kepada tentera Ukraine dalam usaha untuk melatih berpuluh-puluh ribu askar untuk bersedia untuk serangan balas.

Ia adalah satu cara untuk melihat kemungkinan penarikan balik taktikal terhad serangan dalam beberapa hari akan datang.

Terdahulu, pada 21 Februari 2022, Rusia mengiktiraf entiti pro-Rusia Republik Rakyat Donetsk dan Luhansk sebagai negara merdeka, seterusnya tenteranya masuk ke kawasan Donbas di timur Ukraine.

Kemudian pada pukul 6 pagi waktu Moscow 24 Februari 2022, Presiden Rusia Vladimir Putin mengumumkan sebuah operasi ketenteraan khas di Ukraine Timur dengan tujuan ‘penyahtenteraan dan nyah-Nazi Ukraine’ dalam ucapan siaran langsungnya di televisyen.

Sejurus selepas itu, tentera Rusia mencerobohi Ukraine, meletupkan bandar termasuk ibu kota Ukraine, Kyiv dan infrastruktur ketenteraan, serta menuju Kharkiv.

Pencerobohan tersebut mendapat kecaman meluas antarabangsa termasuk sekatan ekonomi besar-besaran, dengan protes antiperang di Rusia dibalas dengan penangkapan besar-besaran pesertanya.

Hakikatnya, ia adalah pencerobohan Rusia terhadap Ukraine berskala penuh, lanjutan daripada perang yang telah pun berlaku pada Februari 2014 dan sejak itulah, Rusia mengisytiharkan perang terhadap Ukraine.

3 Tahun PTI Tidak Dapat Dilangsungkan, Kini Tiba Masanya…

Ingin mengikuti pandangan semasa dan info terkini dari IKRAM?
Hantar maklumat anda kepada kami:

ARTIKEL TERKINI

Kulim

Masjid Al Muqarabbin, Taman Angsana, Kulim

Sungai Petani

Masjid Bandar Perdana, Bandar Perdana Sg Petani

Kubang Pasu / Alor Setar

Masjid An Nur IPG Kampus Darulaman, Jitra

Pekan

Masjid Sultan Ahmad Shah, Pekan

Pahang Barat

Surau RPSB Kg. Pagar, Penjom, Lipis

Pahang Barat

Surau Al Hidayah, Kg Melayu Sg Lui, Raub

Kota Samarahan

Masjid Al-Malik, Taman Uni Garden

Maaf, anda perlu bayar untuk dapatkan kajian ini. Sila hubungi pihak KADRI untuk info lanjut melalui email [email protected]

Berita Terkini IKRAM

Dapatkan info TERKINI

Langgan berita terkini supaya anda tidak ketinggalan info penting daripada Pertubuhan IKRAM Malaysia