Rusia tarik diri jadi tuan rumah Ekspo Dunia 2030

Rusia tarik diri jadi tuan rumah Ekspo Dunia 2030

ATLANTA – Kementerian Luar Rusia mengumumkan bahawa Moscow secara sukarela menarik balik semula tawarannya untuk menjadi tuan rumah Ekspo Dunia 2030 (EXPO 2030).

Menurut kementerian itu, penarikan diri daripada ekspo anjuran Bureau International des Expositions (BIE) itu berikutan merasakan ia tidak akan dinilai secara adil dan saksama berdasarkan kempen anti-Rusia yang dilakukan oleh negara Barat.

“Adalah jelas bahawa tawaran Moscow untuk menjadi tuan rumah EXPO 2030 dalam menghadapi persaingan daripada empat negara lain tidak akan dinilai secara adil dan saksama,” kata kementerian itu dalam satu kenyataan.

Dalam konteks yang sama, kenyataan itu menyatakan bahawa EXPO 2030 telah menjadi satu lagi mangsa kempen berskala besar menentang Rusia yang dilancarkan oleh negara-negara Barat dengan tujuan untuk mengusir Rusia daripada semua bidang kerjasama.

Menerusi kenyataan itu, BIE telah mengumumkan bahawa ia telah menerima pemberitahuan mengenai keputusan Rusia dan sebab penarikan tersebut.

Pada masa yang sama, Perdana Menteri Persekutuan Rusia, Mikhail Mishustin dilaporkan turut menyatakan harapan bahawa negara itu masih boleh menjadi tuan rumah ekspo terbesar itu pada masa hadapan. 

Berikutan itu, negara tuan rumah untuk EXPO 2030 akan dipilih oleh 170 negara anggota BIE semasa Perhimpunan Agung ke-173 yang dijadualkan pada akhir 2023.

Bureau International des Expositions (BIE) ialah organisasi kerajaan yang ditugaskan untuk menyelia dan mengawal selia semua ekspo antarabangsa yang berlangsung lebih tiga minggu dan bukan komersial.

Ditubuhkan pada tahun 1928 dengan 31 negara anggota, BIE kini telah berkembang menjadi 170 negara sebagai ahli.

Organisasi yang beribu pejabat di Paris ini bertanggungjawab untuk menyediakan kepakaran dan sokongan teknikal kepada negara anggota, menasihati dan memastikan penyelarasan dengan penganjur dan calon pameran, serta menyediakan kerja jawatankuasa dan mengatur mesyuarat jawatankuasa melalui Perhimpunan Agung dan melaksanakan keputusan mesyuarat.

Pada masa ini BIE menganjurkan empat jenis pameran iaitu pameran dunia, pameran khas, pameran hortikultur dan Triennale di Milano.

Misi utama BIE adalah untuk memastikan kualiti dan kejayaan mengadakan pameran di bawah naungannya, melindungi hak penganjur dan peserta, dan mengekalkan nilai asas pameran yang terdiri daripada pendidikan, inovasi dan kerjasama.

Sumbangan

Untuk membuat sebarang sumbangan anda dialu-alukan untuk menyumbang secara terus kepada mana-mana institusi IKRAM.

Maaf, anda perlu bayar untuk dapatkan kajian ini. Sila hubungi pihak KADRI untuk info lanjut melalui email [email protected]

Berita Terkini IKRAM

Dapatkan info TERKINI

Langgan berita terkini supaya anda tidak ketinggalan info penting daripada Pertubuhan IKRAM Malaysia