Pengislahan Menyeluruh Dalam Negara Perlukan Tarbiah dan Kekuasaan

GOMBAK – Pengislahan secara menyeluruh dalam menghadapi pelbagai situasi dalam negara ini memerlukan kepada usaha tarbiah dan kekuasaan, menurut Presiden IKRAM Dr Mohd Parid Sheikh Ahmad.

Tambahnya, pengislahan situasi negara merangkumi semua bidang kehidupan terutamanya pengislahan politik kerana perubahan itu akan berlaku menerusi kekuasaan.

“Sebelum itu, kena didahului dengan usaha-usaha membina manusia baru iaitu tarbiah (didikan). Jadi menerusi didikan, kita membangunkan manusia baru yang boleh diurus iaitu menerusi kepimpinan baru,” jelasnya.

Namun katanya, untuk golongan manusia lain iaitu golongan teramai, mereka ini hanya boleh diurus melalui kekuasaan. Beliau berucap ketika Sesi Lawatan Jawatankuasa Pusat (JKP) IKRAM ke daerah Gombak, Selayang, Ampang Jaya, Petaling Jaya dan Hulu Selangor di Sekolah Rendah Islam Al-Amin Gombak di sini.

“Dunia secara umumnya, diselubungi oleh bencana, diselubungi oleh kemelut, lantaran teraju kepimpinan dunia berada dalam tangan golongan-golongan yang tidak mampu menegakkan keadilan di kalangan manusia,” katanya.

Menurut Dr Parid, dunia memerlukan penyelamat untuk berhadapan dengan situasi yang sedang dihadapi yang diwarnai dengan penjajahan, penindasan, pemerasan, perhambaan dan kekejaman terhadap bangsa-bangsa yang ada dalam dunia.

Beliau menyeru ahli IKRAM supaya bertindak untuk menyelamatkan situasi ini sebagai obor yang mampu menyuluhi perjalanan, dengan berpegang dengan Islam yang merupakan satu-satunya panji yang dapat menyelami perjalanan kehidupan manusia.

Beliau turut menyeru ahli IKRAM supaya meningkatkan keupayaan diri dan organisasi, meramaikan jumlah penyokong atau ahli-ahlinya, memperluaskan daerah dan capaiannya serta membangunkan barisan pelapis dan kepimpinan IKRAM bagi memacu perubahan dan pengislahan dalam negara.

Lawatan tahunan JKP ini adalah dalam rangka menerangkan perjalanan dan perkembangan pentadbiran IKRAM Pusat melalui pembentangan Rancangan IKRAM baharu, pembentangan IKRAM Selangor, taklimat isu semasa dan pendirian IKRAM serta sesi soaljawab bersama ahli IKRAM yang hadir.

Turut hadir dalam lawatan adalah Setiausaha Agung IKRAM, Hj Nahar Md Nor, Penolong Setiausaha Agung Hj Mohamad Yaakub Idris dan beberapa Ahli JKP serta Yang Dipertua IKRAM Selangor, Ustaz Shamsul Ma’arif Hj Ismail dan Ahli-ahli Jawatankuasa IKRAM Negeri (JKN).

3 Tahun PTI Tidak Dapat Dilangsungkan, Kini Tiba Masanya…

Ingin mengikuti pandangan semasa dan info terkini dari IKRAM?
Hantar maklumat anda kepada kami:

ARTIKEL TERKINI

Kulim

Masjid Al Muqarabbin, Taman Angsana, Kulim

Sungai Petani

Masjid Bandar Perdana, Bandar Perdana Sg Petani

Kubang Pasu / Alor Setar

Masjid An Nur IPG Kampus Darulaman, Jitra

Pekan

Masjid Sultan Ahmad Shah, Pekan

Pahang Barat

Surau RPSB Kg. Pagar, Penjom, Lipis

Pahang Barat

Surau Al Hidayah, Kg Melayu Sg Lui, Raub

Kota Samarahan

Masjid Al-Malik, Taman Uni Garden

Maaf, anda perlu bayar untuk dapatkan kajian ini. Sila hubungi pihak KADRI untuk info lanjut melalui email kadri@ikram.my

Berita Terkini IKRAM

Dapatkan info TERKINI

Langgan berita terkini supaya anda tidak ketinggalan info penting daripada Pertubuhan IKRAM Malaysia