Penggunaan Gajet Anak-anak: Apa Peranan Ibu Bapa?

Penggunaan Gajet Anak-anak: Apa Peranan Ibu Bapa? | IKRAM

Penggunaan gajet dalam kalangan masyarakat kini bukan sesuatu yang asing lagi. Semenjak telefon pintar mula mendapat tempat di pasaran dengan harga yang mampu milik, penggunaannya semakin berleluasa.

Tidak kira muda atau tua, semua orang mudah untuk mendapat capaian Internet tanpa perlu bersusah payah. Inilah dunia tanpa sempadan dan semua maklumat hanya di hujung jari sahaja.

Situasi ini sangat berbeza sebelum tahun 2000. Rata-rata kita tidak terbiasa dengan gajet atau peranti elektronik apatah lagi telefon pintar.

Ketika itu jika ingin melayari Internet, perlu ke kafe siber dan perlu membayar harga mengikut jam penggunaannya. Surat khabar, majalah dan televisyen menjadi medium utama untuk mendapatkan maklumat yang boleh dikatakan sahih.

Saya sendiri masih ingat, akhir tahun 90an ketika ingin memilih kursus pengajian di Institut Pengajian Tinggi (IPT), saya terpaksa menghantar surat kepada beberapa universiti tempatan untuk mendapatkan prospektus.

Ini kerana melalui prospektus sahaja saya boleh mendapatkan maklumat terperinci mengenai kursus yang ditawarkan di universiti tersebut termasuk subjek yang bakal ditawarkan. Ini dapat membantu diri menilai sama ada kursus tersebut sesuai atau tidak dengan minat saya.

Namun hari ini, semuanya tinggal kenangan. Pelajar tidak perlu lagi melalui pengalaman seperti itu. Semua maklumat mudah untuk diperolehi.

Ghairah Dengan Gajet

Anak-anak remaja hari ini yang lahir sekitar awal tahun 2000 lebih cekap menggunakan peranti elektronik termasuk telefon pintar berbanding orang dewasa.

Saya masih ingat ketika mengikuti satu program keibubapaan oleh Datuk Dr Harlina Halizah Siraj yang ketika itu merupakan aktivis masyarakat, mengandaikan bahawa anak-anak yang lahir sekitar tahun 2010 dan ke atas seperti “lahir di atas ipad.” 

Begitulah gambaran betapa dekatnya mereka dengan peranti elektronik ketika itu.

Ibu bapa muda ketika itu juga ghairah dengan gajet. Tidak kurang juga yang menjadikan gajet sebagai ‘ibu bapa kedua’ atau sebagai ‘bibik’ kepada anak masing-masing. Ia seakan rahmat kepada ibu bapa yang telah seharian keluar bekerja.

Namun, dampaknya dapat dilihat hari ini. Sedikit-sedikit penggunaan gajet yang berleluasa dan tanpa kawalan kepada anak-anak telah mengubah sedikit sebanyak interaksi sosial mereka juga memberi kesan kesihatan serta emosi kepada mereka. 

Hari ini, jika ditanya kepada anak-anak apakah cita-cita mereka, jawapannya tidak lagi sama dengan jawapan generasi terdahulu.

Mungkin suatu ketika jawapan yang kita perolehi adalah guru, doktor, peguam dan seumpamanya.

Namun hari ini, sudah agak biasa jika kita kita mendengar jawapan seperti YouTuber, content creator dan designer. Carian dalam talian juga menunjukkan trend yang sama, yang mana senarai pekerjaan ini antara yang bakal memberikan peluang pekerjaan pada masa hadapan.

Kurang Jati Diri?

Generasi hari ini juga kebanyakannya lebih gemar untuk memilih waktu kerja yang fleksibel berbanding keluar bekerja pada waktu tetap.

Mereka lebih suka untuk mengatur kehidupan sendiri berbanding ditentukan oleh orang lain. Terkadang, tingkah mereka yang sebegini dirasakan seperti kurangnya jati diri dalam kalangan majikan dan orang sekeliling yang lebih tua daripada mereka.

Acap kali mendengar rungutan daripada majikan yang mereka mempunyai masalah apabila mendapat permohonan kerja daripada generasi Z dan generasi alfa. Seakan mereka tidak acuh dengan pekerjaan yang dipohon.

Oleh kerana itu, pendidikan kita tidak lagi boleh berada di takuk lama. Mana mungkin kaedah yang serupa digunakan bagi setiap generasi. Generasi alfa yang juga dikenali sebagai generasi digital ini sering bergelut dengan dunia yang cepat.

Mereka akan mudah bosan dan sering kali mencari sesuatu yang boleh membawa kepada keseronokan. Amat penting kerjasama dan komunikasi yang efektif antara ibu bapa dan guru dalam membantu kemenjadian anak-anak ini.

Peranan Besar Ibu Bapa

Sebenarnya peranan ibu bapa di rumah lebih besar jika dibandingkan dengan cabaran di luar. Kebanyakan anak-anak ini lebih gemar untuk berada di rumah bersama dengan gajet mereka daripada keluar berkawan dan bermain di padang permainan umpamanya.

Mereka kurang berinteraksi dengan dunia luar. Maka, kedua-dua ibu bapa secara sedar perlu mencipta momen khusus supaya dapat berkomunikasi dengan mereka.

Apabila aktiviti seharian tidak lekang daripada mengadap skrin dan bersosial bersama kawan maya mereka, pemantauan berterusan ibu bapa penting supaya mereka tidak larut dengan dunia maya semata.

Bawa anak-anak berjumpa dan menziarahi keluarga terdekat agar mereka masih merasakan hubungan sesama manusia di alam nyata.

Mungkin perkara sebegini dipandang enteng, namun ia memberi makna yang besar dalam kehidupan anak-anak ini pada masa hadapan.

Kebarangkalian rasa empati inilah yang bakal menjadi nilai tambah kepada mereka pada masa akan datang. Apa agaknya akan berlaku kepada masyarakat kita jika hilang rasa simpati, empati dan perasaan kasih sesama manusia?

Sedangkan Rasulullah SAW telah bersabda, “Barang siapa yang tidak menyayangi, maka dia tidak akan disayangi.“ (HR Muslim, No. 2318

Tugas dan amanah kita sebagai ibu bapa, orang tua dan anggota masyarakat semakin hari semakin berat.

Bukan anak-anak di dalam rumah sendiri sahaja perlu dididik, namun anak-anak orang lain juga perlu berada dalam radar perhatian seperti yang disebut oleh peribahasa Afrika:

“It takes a village to raise a child.” 

(Ia memerlukan sebuah kampung untuk membesarkan anak)

Besar pengertiannya jika kita memerhati dan cuba untuk memahami apatah lagi ingin melaksanakannya.

Sesungguhnya berjayanya suatu generasi pada masa hadapan, ia bergantung kepada usaha yang gigih dan berterusan oleh generasi hari ini untuk mendidik dan memberi tunjuk ajar kepada mereka dengan penuh rasa tanggungjawab serta kasih sayang. 

Roselinee Mohammad Radzi
Setiausaha Wanita IKRAM Selangor

3 Tahun PTI Tidak Dapat Dilangsungkan, Kini Tiba Masanya…

Ingin mengikuti pandangan semasa dan info terkini dari IKRAM?
Hantar maklumat anda kepada kami:

ARTIKEL TERKINI

Kulim

Masjid Al Muqarabbin, Taman Angsana, Kulim

  • 5-7 April 2024
  • Ahmad Shahimi Senawi (0124061444)

Sungai Petani

Masjid Bandar Perdana, Bandar Perdana Sg Petani

  • 5-7 April 2024
  • Us Rozi Abu (0103535159)

Kubang Pasu / Alor Setar

Masjid An Nur IPG Kampus Darulaman, Jitra

  • 5-7 April 2024
  • Ruzinoor Che Mat (0194726820) Khairussani Farid (0132227380)

Pekan

Masjid Sultan Ahmad Shah, Pekan

  • 30 - 31 Mac 2024
  • Dr Mohamad Heerwan Peeie (010-9112045)

Pahang Barat

Surau RPSB Kg. Pagar, Penjom, Lipis

  • 30 - 31 Mac 2024
  • Faisal (0129725464) & Nazilah (01110540165)

Pahang Barat

Surau Al Hidayah, Kg Melayu Sg Lui, Raub

  • 5 - 6 April 2024
  • Faisal (0129725464)

Kota Samarahan

Masjid Al-Malik, Taman Uni Garden

  • 30 - 31 Mac 2024
  • Ustaz Muhamad Faiz bin Muhd Fadhil 019-4102067

Maaf, anda perlu bayar untuk dapatkan kajian ini. Sila hubungi pihak KADRI untuk info lanjut melalui email kadri@ikram.my

Berita Terkini IKRAM

Dapatkan info TERKINI

Langgan berita terkini supaya anda tidak ketinggalan info penting daripada Pertubuhan IKRAM Malaysia