Kawal Gajet Anak Dengan Google Family Link

Kawal Gajet Anak Dengan Google Family Link | IKRAM

Jika anda mempunyai anak-anak yang menggunakan telefon pintar atau tablet, anda mungkin akan bimbang tentang cara penggunaannya.

Aplikasi Google Family Link merupakan aplikasi yang berguna untuk para ibu bapa dalam mengawal penggunaan telefon pintar dikalangan anak-anak.

Apa itu Family Link?

Family Link ialah aplikasi untuk ibu bapa yang berupaya dalam memantau penggunaan telefon pintar anak mereka.

Anda boleh mencipta kumpulan family pada akaun Google anda dan menjemput anak-anak untuk sertai kumpulan tersebut. Apabila semua anak telah sertai, maka anda boleh mula memantau serta mengawal aktiviti anak-anak secara jarak jauh.

Family Link ini tersedia untuk platform iPhone, iPad, atau Android. Akan tetapi, kebanyakan fungsinya hanya boleh dijalankan pada platform Android. 

Pantau dan Hadkan Screen Time

Screen time merupakan ciri yang ada dalam Family Link untuk mengehadkan masa skrin pada gajet anak-anak, tetapi fungsi ini hanya boleh digunakan pada peranti anak-anak dengan platform Android. 

Dengan fungsi screen time, anda boleh melihat aplikasi yang digunakan, berapa lama ia digunakan dan berapa lama skrin dihidupkan. Seterusnya anda boleh tetapkan had masa untuk aplikasi tertentu boleh digunakan oleh anak-anak.

Jejak Lokasi Anak-anak

Ciri ini hanya berfungsi pada platform Android sahaja. Anak-anak akan sedia maklum yang jejak mereka sedang dipantau dan boleh dikesan oleh ibu bapa.

Setelah selesai penetapan dalam Family Link, ia akan memudahkan ibu bapa untuk menjejak peranti anak-anak di mana lokasi mereka berada.

Halang Buat Belian Online

Jika tidak terjadi kepada anda, mungkin anda pernah dengar cerita yang mana anak-anak terbeli permainan online dan ibu bapa terpaksa membayarnya. Dengan Family Link, anda boleh halang perkara ini daripada berlaku.

Ciri ini hanya berkesan jika digunakan di  Google Play Store sahaja. Untuk setup ciri ini, buka profil anak pada  Family Link dan pergi ke Manage Settings > Google Play > Google Play controls.

Di bawah ‘Purchases & Download Approvals’, tekan ‘Require Approval For’. Sekarang anda boleh tetapkan di mana anda mahu pengesahan anda sebelum transaksi dimuktamadkan.

Hadkan Kandungan Google Play Store

Family Link  juga boleh mengehadkan kategori kandungan yang boleh dilihat pada Google Play Store. 

Dengan fungsi ini, anda boleh pilih kategori tertentu sahaja untuk dipaparkan kepada anak-anak anda. Caranya ialah dengan membuka profil anak anda pada Family Link dan pergi ke Manage Settings > Google Play > Google Play controls.

Sekarang dalam ‘Content Restrictions’, anda boleh pilih kategori kandungan berdasarkan penarafan yang diberikan.

Hadkan Kandungan Pelayar Web

Internet merupakan sesuatu yang membimbangkan jika tiada kawalan. Ini disebabkan terlalu banyak kandungan yang berada di Internet.

Sukar untuk ibu bapa memantau anak-anak jika tiada alat bantu yang betul. Family Link dapat membantu untuk mengehadkan kandungan web yang boleh dicapai oleh anak-anak.

Family Link membolehkan ibu bapa untuk tetapkan tapisan tertentu pada pelayar web Google Chrome. Terdapat dua langkah untuk menetapkan perkara tersebut. Ia boleh dilakukan dengan pergi ke profil anak, kemudian ke Manage Settings > Google Chrome.

  • Block Explicit Sites: Google akan halang laman web dan carian yang dikenal pasti sebagai explicit.
  • Allow Approved Sites: Anda boleh cipta senarai laman web yang disahkan dan anak anda boleh minta akses ke laman web tertentu.

Akhir sekali, semoga maklumat ini berguna kepada ibu bapa dan dapat membantu menyelia penggunaan gajet anak-anak terutamanya pada era di mana segala-galanya hanya di hujung jari.

Ts. Mohd Fitri Edros merupakan seorang Pegawai Teknologi Maklumat Kanan di Pusat Pengurusan & Pembangunan Digital, Universiti Malaysia Perlis (UniMAP).

3 Tahun PTI Tidak Dapat Dilangsungkan, Kini Tiba Masanya…

Ingin mengikuti pandangan semasa dan info terkini dari IKRAM?
Hantar maklumat anda kepada kami:

ARTIKEL TERKINI

Kulim

Masjid Al Muqarabbin, Taman Angsana, Kulim

Sungai Petani

Masjid Bandar Perdana, Bandar Perdana Sg Petani

Kubang Pasu / Alor Setar

Masjid An Nur IPG Kampus Darulaman, Jitra

Pekan

Masjid Sultan Ahmad Shah, Pekan

Pahang Barat

Surau RPSB Kg. Pagar, Penjom, Lipis

Pahang Barat

Surau Al Hidayah, Kg Melayu Sg Lui, Raub

Kota Samarahan

Masjid Al-Malik, Taman Uni Garden

Maaf, anda perlu bayar untuk dapatkan kajian ini. Sila hubungi pihak KADRI untuk info lanjut melalui email [email protected]

Berita Terkini IKRAM

Dapatkan info TERKINI

Langgan berita terkini supaya anda tidak ketinggalan info penting daripada Pertubuhan IKRAM Malaysia