Pengasuhan digital kawal penggunaan gajet anak-anak

“Ibu bapa perlu ada ilmu bagaimana untuk mengendalikan anak-anak dalam dunia digital,” kata AJK Malaysians Against Pornography (MAP), Nik Fatma Amirah Nik Muhamad.

 

Tambahnya dalam Sembang Bernas ‘Seimbang Untuk Sejahtera’ sempena Hari Wanita Sedunia 2020, pengasuhan digital merupakan pola pendidikan yang baru kepada anak-anak bagi mewujudkan keseimbangan dalam penggunaan gajet.

 

Jelasnya, ia bertujuan menerapkan nilai-nilai diri yang kepada anak-anak semasa menggunakan gajet seperti jujur, amanah, menghormati orang lain, menjaga aurat dan sebagainya.

 

“Contohnya jujur dengan mak ayah, jika tertengok bahan lucah, kena beritahu mak ayah, mereka akan tutup gajet tersebut,” ujarnya.

 

Menurutnya ibu bapa perlu mendidik anak-anak nilai menghormati orang lain di dunia siber seperti tidak melakukan buli siber, mencaci, memalukan orang, menghina dan lain-lain.

 

“Ibu bapa perlu ajar anak-anak penjagaan aurat, bukan fizikal saja tapi juga di dunia maya, jangan mudah nak kongsi gambar tidak tutup aurat, seksi,” tegasnya.

 

Tambahnya lagi, ibu bapa perlu menjadi contoh dalam penggunaan gajet dan menunjukkan ‘role model’ yang baik dalam penggunaan media sosial.

 

Nik Fatma turut menggariskan tujuh langkah oleh ibu bapa dalam pengasuhan digital iaitu komunikasi yang jelas, menimba ilmu digital, ‘parental control’, peraturan penggunaan gajet, mengikuti media sosial anak-anak, ‘explore’ penggunaan gajet bersama-sama dan menjadi contoh baik dalam penggunaan digital.

 

Sesi Sembang Bernas di Alamanda, Putrajaya pada Khamis membincangkan peranan NGO seperti MAP, Suri Rumah Rahmah (SRR) dan Persatuan Penulis Isu-isu Wanita Nasional (PENAWAN) dalam mewujudkan keseimbangan dalam keluarga, kerjaya dan kehidupan ke arah kesejahteraan.

 

Selain Nik Fatma, panelis lain yang hadir ialah Pn Nurul Huda (Pengerusi SRR) dan Pn Ir Endok Sempo (Pengerusi PENAWAN) dengan moderator Prof Madya Dr Norhasmah Sulaiman, Timbalan Ketua Wanita IKRAM Selangor.

 

Video penuh Sembang Bernas: ‘Seimbang Untuk Sejahtera’: http://bit.ly/seimbang-sejahtera

3 Tahun PTI Tidak Dapat Dilangsungkan, Kini Tiba Masanya…

Ingin mengikuti pandangan semasa dan info terkini dari IKRAM?
Hantar maklumat anda kepada kami:

ARTIKEL TERKINI

Kulim

Masjid Al Muqarabbin, Taman Angsana, Kulim

  • 5-7 April 2024
  • Ahmad Shahimi Senawi (0124061444)

Sungai Petani

Masjid Bandar Perdana, Bandar Perdana Sg Petani

  • 5-7 April 2024
  • Us Rozi Abu (0103535159)

Kubang Pasu / Alor Setar

Masjid An Nur IPG Kampus Darulaman, Jitra

  • 5-7 April 2024
  • Ruzinoor Che Mat (0194726820) Khairussani Farid (0132227380)

Pekan

Masjid Sultan Ahmad Shah, Pekan

  • 30 - 31 Mac 2024
  • Dr Mohamad Heerwan Peeie (010-9112045)

Pahang Barat

Surau RPSB Kg. Pagar, Penjom, Lipis

  • 30 - 31 Mac 2024
  • Faisal (0129725464) & Nazilah (01110540165)

Pahang Barat

Surau Al Hidayah, Kg Melayu Sg Lui, Raub

  • 5 - 6 April 2024
  • Faisal (0129725464)

Kota Samarahan

Masjid Al-Malik, Taman Uni Garden

  • 30 - 31 Mac 2024
  • Ustaz Muhamad Faiz bin Muhd Fadhil 019-4102067

Maaf, anda perlu bayar untuk dapatkan kajian ini. Sila hubungi pihak KADRI untuk info lanjut melalui email kadri@ikram.my

Berita Terkini IKRAM

Dapatkan info TERKINI

Langgan berita terkini supaya anda tidak ketinggalan info penting daripada Pertubuhan IKRAM Malaysia