Pendidikan Politik: Tingkatkan Kapasiti Generasi Muda

Kesedaran untuk memberikan pendidikan politik dengan serius terhadap generasi muda semakin mendapat perhatian besar apabila Undi18 mula dikuatkuasakan. 

Pelbagai inisiatif mula diusahakan oleh pelbagai pihak yang harus kita puji dan berikan lagi galakan. Namun demikian, ada sisi lain yang penting untuk kita perhatikan semula dalam menjayakan pendidikan politik ini.

Harus kita sedar bahawa pendidikan politik bukan sahaja usaha untuk memberikan pengetahuan tentang tadbir urus dan pentadbiran kerajaan, sistem demokrasi dan perlembagaan serta nilai-nilai kenegaraan.

Tetapi pendidikan itu harus juga mampu memberikan kapasiti untuk generasi muda melaksanakan hak dan tanggungjawab mereka sebagai rakyat dengan berkesan. 

Ada dua kapasiti utama yang harus dipertimbangkan untuk diberikan perhatian iaitu pertamanya kapasiti mereka secara intelektual.

Kapasiti Intelektual

Melalui pendidikan politik ini, generasi muda seharusnya mampu untuk menjelaskan situasi semasa yang sedang mereka hadapi, kesan-kesan baik atau buruk yang mereka akan lalui serta tindakan yang boleh mereka ambil untuk menghadapi situasi berkenaan.

Kapasiti intelektual mereka tidak hanya berlegar soal diri mereka sendiri, tetapi mampu menjelaskan dari sudut soal masyarakatnya dan negara secara struktural mahupun kultural. 

Kapasiti ini harus dibesarkan supaya generasi muda mampu memuatkan gagasan dan cita-cita yang lebih besar serta mampu mempunyai sistem dan proses berfikir yang lebih mendalam dan luas. 

Hal ini dapat memastikan generasi muda tidak gopoh dan rancu dalam berfikir, bahkan lebih berhati-hati dan cermat, sekali gus menyelamatkan mereka daripada lambakan maklumat yang menyesakkan yang kebiasaannya selapis sahaja informasinya. 

Kapasiti Sikap

Kapasiti yang seterusnya adalah kapasiti dalam menentukan sikap dan pemihakan ketika berhadapan dengan apa-apa situasi. Hal ini hanya mampu terbina jika dapat disuburkan sebuah kesedaran moral dan tanggungjawab sosial dalam jati diri generasi muda.

Mereka (memilih) menjadi peduli terhadap perkara yang berlaku di sekitar mereka, lebih-lebih lagi hal yang benar-benar memberikan kesan terhadap diri dan masyarakat sekitar mereka. 

Kapasiti ini harus kita besarkan agar kita dapat melahirkan generasi yang jelas sikap mereka. Mereka juga berani berpihak, tidak mengada-ngada mahu bersifat neutral kerana kononnya tidak mahu dilihat terikut sama mana-mana parti politik.

Mereka tidak menjadi generasi yang membiarkan arus dan ombak menentukan arah mereka, tapi mereka sendiri mampu memilih – dengan penuh kesedaran yang kritis, bukan kesedaran naif dan magis – arah mana yang ingin mereka ambil terutamanya untuk berpihak kepada kebenaran dan keadilan serta kumpulan yang dizalimi hak mereka. 

Kedua-dua kapasiti ini memerlukan sebuah kesedaran yang nyata dan terang terhadap posisi dan tanggungjawab yang mesti generasi muda mainkan.

Sertai Ruang Demokrasi

Jika dua kapasiti ini diberikan perhatian besar dalam pendidikan politik, kita akan dapat melahirkan generasi muda yang aktif menyertai ruang-ruang yang ada dalam demokrasi tanpa perlu menunggu ulang lima tahun sekali – iaitu turun mengundi. 

Jikalau pendidikan politik hanya memberikan pengetahuan – soal-soal kenegaraan, pentadbiran, polisi dan sebagainya – tapi tidak mampu menghasilkan keupayaan intelektual serta keupayaan sikap dan pemihakan, ia adalah proses pendidikan politik yang melumpuhkan!

Harus kita ingat, ukuran pendidikan politik bukan hanya pada kemampuan mereka turun mengundi. Ia ukuran yang sempit dan tersendat. Ia harus diukur pada keupayaan mereka untuk menyertai ruang-ruang dalam demokrasi dengan berkesan. 

Usaid Asmadi

Ketua Penerangan IKRAM Muda Malaysia

Penafian: Tulisan ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak semestinya mencerminkan pendirian IKRAM.

3 Tahun PTI Tidak Dapat Dilangsungkan, Kini Tiba Masanya…

Ingin mengikuti pandangan semasa dan info terkini dari IKRAM?
Hantar maklumat anda kepada kami:

ARTIKEL TERKINI

Kulim

Masjid Al Muqarabbin, Taman Angsana, Kulim

  • 5-7 April 2024
  • Ahmad Shahimi Senawi (0124061444)

Sungai Petani

Masjid Bandar Perdana, Bandar Perdana Sg Petani

  • 5-7 April 2024
  • Us Rozi Abu (0103535159)

Kubang Pasu / Alor Setar

Masjid An Nur IPG Kampus Darulaman, Jitra

  • 5-7 April 2024
  • Ruzinoor Che Mat (0194726820) Khairussani Farid (0132227380)

Pekan

Masjid Sultan Ahmad Shah, Pekan

  • 30 - 31 Mac 2024
  • Dr Mohamad Heerwan Peeie (010-9112045)

Pahang Barat

Surau RPSB Kg. Pagar, Penjom, Lipis

  • 30 - 31 Mac 2024
  • Faisal (0129725464) & Nazilah (01110540165)

Pahang Barat

Surau Al Hidayah, Kg Melayu Sg Lui, Raub

  • 5 - 6 April 2024
  • Faisal (0129725464)

Kota Samarahan

Masjid Al-Malik, Taman Uni Garden

  • 30 - 31 Mac 2024
  • Ustaz Muhamad Faiz bin Muhd Fadhil 019-4102067

Maaf, anda perlu bayar untuk dapatkan kajian ini. Sila hubungi pihak KADRI untuk info lanjut melalui email kadri@ikram.my

Berita Terkini IKRAM

Dapatkan info TERKINI

Langgan berita terkini supaya anda tidak ketinggalan info penting daripada Pertubuhan IKRAM Malaysia