Pendidikan Islam penting untuk Malaysia Baharu

“Umat Islam perlu menjadi contoh sebagai masyarakat beragama yang menggalakkan keamanan dan keharmonian dalam masyarakat.”

Jelasnya, umat Islam harus memainkan peranan sebagai individu Muslim yang bukan sekadar menyesuaikan diri dengan perubahan tetapi harus menjadi pemimpin dan penunjuk jalan.

Beliau berkata demikian dalam ucaptama beliau yang bertajuk “Pendidikan Islam dan Revolusi Perindustrian 4.0” seterusnya merasmikan majlis pembukaan persidangan Islamic Education Foresight and 4th Industrial Revolution 2018 (iFIRST2018) di Movenpick Hotel and Convention Centre KLIA.

iFIRST2018 dianjurkan bersama Kedutaan Amerika Syarikat, Universiti Sains Islam Malaysia (USIM), Pendidikan IKRAM MUSLEH Berhad (IKRAM MUSLEH) dan Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM).

Malah, kenyataan hampir sama juga dinyatakan oleh Naib Canselor USIM, Prof Dato’ Dr Musa Ahmad bahawa pendidikan Islam seharusnya kekal relevan kepada generasi kemudian dalam mendepani cabaran era milenium.

Pada masa yang sama, Maszlee memuji usaha yang dilakukan oleh Sekolah Menengah Islam Hidayah, Johor Bahru dalam menggalakkan keharmonian antara kaum.

Program silang budaya yang diadakan setiap tahun antara pelajar sekolah itu bersama Sekolah Menengah Foon Yew harus dijadikan contoh oleh semua institusi pendidikan di negara ini.

“Kita perlu mencari jalan untuk melahirkan individu Islam berkelas dunia yang akan mengangkat nilai positif untuk menjadikan dunia ini ke arah yang lebih baik.”

 

Sebelum itu, Duta Besar Amerika Syarikat, Puan Yang Terutama Kamala Shirin Lakhdhir menyatakan keprihatinannya terhadap pentingnya peranan pendidikan Islam untuk masyarakat di negara ini.

“Mengapa kami berusaha bersungguh-sungguh menganjurkan pelbagai program dan mengambil berat tentang pendidikan Islam ini?”

“Ini kerana kami fokus kepada kesan jangka panjang. Kami ingin membentuk masyarakat yang lebih baik.”

Katanya, sebelum ini Kedutaan Amerika Syarikat telah menganjurkan beberapa program seperti program Bahasa Inggeris di Rompin, Pahang dan di Tawau, Sabah.

Malah, sambungan program itu akan diteruskan di sekolah-sekolah rangkaian IKRAM MUSLEH di Kelantan selepas ini.

Turut hadir dalam majlis itu Pengarah Eksekutif IKRAM MUSLEH, Ustaz Megat Mohamed Amin Megat Mohamed Nor dan Presiden ABIM, Mohamad Raimi Ab Rahim.

Persidangan itu membawa tema “Meneraju Pendidikan Islam yang Holistik dalam Menghadapi Masa Depan” dan dihadiri kira-kira 90 orang peserta.

Penafian: Penulisan ini adalah pandangan peribadi dan tidak menggambarkan pendirian IKRAM.

Ikuti Rancangan Jom Sembang Bersama Ustaz Dr Syazalie Hirman setiap Jumaat di TV IKRAM.

Ingin mengikuti pandangan semasa dan info terkini dari IKRAM?
Hantar maklumat anda kepada kami:

ARTIKEL TERKINI

Sumbangan

Untuk membuat sebarang sumbangan anda dialu-alukan untuk menyumbang secara terus kepada mana-mana institusi IKRAM.

Maaf, anda perlu bayar untuk dapatkan kajian ini. Sila hubungi pihak KADRI untuk info lanjut melalui email [email protected]

Berita Terkini IKRAM

Dapatkan info TERKINI

Langgan berita terkini supaya anda tidak ketinggalan info penting daripada Pertubuhan IKRAM Malaysia