Nadwah ini menghimpunkan hampir 60 orang peserta yang terdiri daripada para asatizah, lulusan pengajian Islam universiti dari dalam dan luar negara anjuran Jawatankuasa Pembangunan Modul Wanita & Syariah dan Jawatankuasa Pembangunan Tokoh & Kepimpinan, Wanita Pertubuhan IKRAM Malaysia (Wanita IKRAM).
Menyedari betapa pentingnya kedudukan dan peranan asatizah dalam mengemudikan dakwah, Nadwah Raedaat ini bertujuan untuk menghasilkan terjemahan kitab bagi memulakan langkah untuk mencungkil potensi asatizah sebagai sumbangan terhadap dakwah di samping memantapkan kesedaran akan kepentingan amal jama’ie.
Ucapan Dr Nabiroh, Datin Paduka Che Asmah dan para peserta
Nadwah yang dipengerusikan oleh Dr Siti Mashitoh Mahamood dimulai dengan ucapan Pengarah Program, Dr Nabiroh Kassim yang juga Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Modul Wanita & Syariah Wanita IKRAM, diikuti dengan alunan bacaan ayat suci al-Quran daripada surah al-Qasas ayat 1-12 oleh Norhanani Yazi dan ucapan perasmian oleh Ketua Wanita IKRAM, Datin Paduka Che Asmah Ibrahim.
Bagi meningkatkan motivasi para peserta, Naib Ketua Wanita IKRAM, Ustazah Sallawahiu Mohd Salleh berbicara mengenai ‘Kita & Potensi’. Nadwah kemudiannya diteruskan dengan Bicara Syuyukh yang dibarisi Naib Ketua Wanita IKRAM, Ustazah Maznah Daud dan juga Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Tokoh & Kepimpinan Wanita IKRAM, Ustazah Arpah Abdul Wahab bersama moderator Ustazah Engku Zarihan Engku Abdul Rahman.
Perkongsian Ustazah Sallawahiu, Bicara Syuyukh dan Bengkel Terjemahan
Para peserta Nadwah Raedaat turut terlibat aktif dalam sesi Bengkel Terjemahan di mana peserta dibahagikan kepada tujuh kumpulan dan setiap kumpulan diminta menterjemahkan 10 muka surat daripada buku ‘History of Sisters Section’ yang ditulis dalam Bahasa Arab kepada Bahasa Melayu dalam masa dua jam.
Semoga nadwah ini menjadi perintis kepada para asatizah untuk menyumbang dalam amal dakwah dalam aspek penterjemahan dan peningkatan potensi diri, insyaaAllah.
Lagi foto Nadwah: http://on.fb.me/1W5Ynwq