MyCARE Europe Tour 2015 jelajah kemanusiaan, pupuk kesedaran

Dalam siri MyCARE Europe Tour 2015 selama enam hari pada 18-24 Disember lalu, negara-negara yang dilawati mereka ialah Poland, Perancis, Czech dan Jerman, kemudiannya mereka turut menghadiri satu persidangan kemanusiaan di Istanbul, Turki pada 25-26 Disember lalu. 

18-20 Disember 2015

Di Poland, Dr Hafidzi dan Hj Ibrahim mengadakan perjumpaan dengan pegawai kedutaan Malaysia di Poland dan menyertai makan malam bersama pegawai MATRADE di Poland. Pengenalan MyCARE dan kepentingan isu ummah turut dikongsikan dalam program santai bersama pelajar Malaysia di kediaman rasmi pegawai MATRADE.  

Mereka turut hadir dalam pertemuan berkala anjuran beberapa pertubuhan yang memperjuang hak minoriti dan umat Islam seperti NGO Iqra dan Sakinah Foundation. MyCARE turut diberi penghormatan untuk berucap menjelaskan tentang objektif serta bantuan yang boleh dihulurkan melalui warga Malaysia di Poland.

20-22 Disember 2015

Di Perancis, NGO warga Muslim Malaysia, ARIF telah menganjurkan program musim sejuk tahunan, Rendez-Vous d’Hiver (RDH) bertempat di Village de La Tour, La Chaise-Dieu, St Etienne yang bertemakan kemanusiaan.

Usai sesi pengenalan dan perasmian MyCARE di sana, Dr Hafidzi dan Hj Ibrahim menjadi panelis dalam forum bertajuk “Masihkah Ada Lagi Masa Depan Untuk Kemanusiaan?” Turut menjadi panelis adalah Fakhrul Imlan Ruslizan sebagai wakil TOPS (Training Of Palestine Specialist) dan Izyan Syuhada Ishak sebagai wakil Biro Kebajikan ARIF.

    

RDH turut diserikan dengan persembahan Faizal Tahir yang telah menyampaikan lagu Assalamualaikum, Gemuruh dan sebuah lagu baru yang berjudul Adam. Artis terkenal ini turut berkongsi pengalaman menyertai misi bantuan kemanusiaan ke negara-negara yang bergolak. Turut hadir Pegawai Pendidikan dan Latihan (PPL) Paris, En. Akmal Abdoll Malik dan juga Puan Nurulazunia Yusof selaku Setiausaha PPL.

ARIF turut menyerahkan sumbangan kepada MyCARE yang diwakili Dr Hafidzi untuk kempen Winter Relief berjumlah RM41,000 bagi membantu pelarian Syria dan Palestin yang menghadapi musim sejuk di samping mengadakan kempen menderma pakaian untuk pelarian.

22-24 Disember 2015

Di Prague, Republik Czech, program MyCARE Europe Tour anjuran persatuan pelajar Malaysia, ALIF telah diadakan di Charles University in Prague yang turut dihadiri Duta Malaysia ke Republik Czech, TYT Puan Nadzirah Osman dan Setiausaha Pertama kedutaan, Puan Nurmiza Zakaria. 

    

Di sana, Dr Hafidzi dan Hj Ibrahim turut menjadi panelis forum yang bertajuk “Syria & Kemunculan ISIS”. Melalui ALIF, para pelajar telah mengumpul sumbangan berjumlah RM6,000 untuk kempen Winter Relief.

24 Disember 2015

Di Jerman, program MyCARE Europe Tour telah diadakan di Masjid Bilal, Aachen anjuran AZIM di mana Dr Hafidzi dan Hj Ibrahim berkongsi tentang MyCARE, sejarah dan konflik Palestin dan Syria serta memberikan pandangan mereka dalam forum yang bertajuk “Peranan Kita”. AZIM Jerman turut menyampaikan sumbangan hampir RM7,000 untuk kempen Winter Relief MyCARE.

    

25-26 Disember 2015

Usai jelajah MyCARE di Eropah, mereka menyambung kembara mereka dengan menghadiri persidangan “Al-Amal First Conference For Handicapped” bertemakan “Shining Suns” di Istanbul anjuran pertubuhan al-Amal For Development & Social Care bagi membincangkan bentuk bantuan,sokongan dan pemulihan yang diperlukan untuk mangsa-mangsa yang cacat akibat konflik di Syria dan Palestin.

    

Di sana, Dr Hafidzi mengumumkan kesediaan MyCARE untuk memberikan komitmen sumbangan sebanyak USD100,000 bagi membiayai anggota palsu untuk mangsa-mangsa tersebut. Mewakili Rose2Rose, beliau turut menandatangani memorandum persefahaman (MoU) bersama dua NGO Palestin, Nisa’ al-Aqsa dan SYAMS untuk membantu wanita dan kanak-kanak Palestin.

Sumber:
FB Dr Hafidzi
FB ARIF France
FB ALIF.cz
FB AZIM Jerman
FB Al-Amal Conference For Handicapped
Foto RDH 2015
Video Forum Syria & Kemunculan ISIS
Berita Rose2Rose meterai MoU bersama dua NGO Palestin

3 Tahun PTI Tidak Dapat Dilangsungkan, Kini Tiba Masanya…

Ingin mengikuti pandangan semasa dan info terkini dari IKRAM?
Hantar maklumat anda kepada kami:

ARTIKEL TERKINI

Kulim

Masjid Al Muqarabbin, Taman Angsana, Kulim

  • 5-7 April 2024
  • Ahmad Shahimi Senawi (0124061444)

Sungai Petani

Masjid Bandar Perdana, Bandar Perdana Sg Petani

  • 5-7 April 2024
  • Us Rozi Abu (0103535159)

Kubang Pasu / Alor Setar

Masjid An Nur IPG Kampus Darulaman, Jitra

  • 5-7 April 2024
  • Ruzinoor Che Mat (0194726820) Khairussani Farid (0132227380)

Pekan

Masjid Sultan Ahmad Shah, Pekan

  • 30 - 31 Mac 2024
  • Dr Mohamad Heerwan Peeie (010-9112045)

Pahang Barat

Surau RPSB Kg. Pagar, Penjom, Lipis

  • 30 - 31 Mac 2024
  • Faisal (0129725464) & Nazilah (01110540165)

Pahang Barat

Surau Al Hidayah, Kg Melayu Sg Lui, Raub

  • 5 - 6 April 2024
  • Faisal (0129725464)

Kota Samarahan

Masjid Al-Malik, Taman Uni Garden

  • 30 - 31 Mac 2024
  • Ustaz Muhamad Faiz bin Muhd Fadhil 019-4102067

Maaf, anda perlu bayar untuk dapatkan kajian ini. Sila hubungi pihak KADRI untuk info lanjut melalui email kadri@ikram.my

Berita Terkini IKRAM

Dapatkan info TERKINI

Langgan berita terkini supaya anda tidak ketinggalan info penting daripada Pertubuhan IKRAM Malaysia