Pada 7 November 2015, MyCARE menyantuni anak-anak yatim Rohingya Maahad Darul Hijrah dan Tahfidzul Quran Al-Karim bertempat di Taman Layang-Layang, Kepong dengan aktiviti antaranya minum petang, solat Asar berjemaah dan bermain layang-layang bersama-sama.
Pada 14 November pula, MyCARE menyantuni anak-anak yatim Rohingya Madrasah Aram di Taman Tasik Ampang Hilir dengan aktiviti antaranya sarapan pagi, sukaneka dan bergambar bersama maskot Tweety.
Pada Sabtu 21 November, MyCARE sekali lagi menyantuni anak – anak yatim Rohingya Madrasah Aram bertempat di Taman Tasik Ampang Hilir di mana antara aktiviti yang dilakukan adalah sarapan pagi, permainan sukaneka dan bergambar bersama maskot Mickey Mouse. Aktiviti yang sama turut diadakan di Taman Tasik Cempaka, Bandar Baru Bangi pada Sabtu 28 November lalu.
Aktiviti sebegini sangat bersesuai dengan anjuran daripada al-Quran dan as-Sunnah untuk menyantuni dan menggembirakan anak-anak yatim sebagai salah satu usaha yang mulia berupa jaminan syurga.
Firman Allah s.w.t:
“Mereka bertanya tentang apa yang mereka nafkahkan. Jawablah, apa saja harta yang kamu nafkahkan hendaklah diberikan kepada ibu-bapa, kaum kerabat, anak-anak yatim…” (al-Baqarah: 215)
Daripada Saad bin Sahl r.a. katanya, Nabi s.a.w. bersabda: “Aku dan orang yang menanggung (mengurus) anak yatim, (akan berada) di dalam syurga seperti ini”, sambil mengisyaratkan jari tengah dan telunjuknya, serta agak merenggangkan antara keduanya.” (HR Bukhari)
#care4orphan #worldorphanday
Foto 7 Nov 2015 : http://on.fb.me/21qLZeo
Foto 14 Nov 2015 : http://on.fb.me/1HC01n6
Foto 21 Nov 2015 : http://on.fb.me/1lUZEKl
Foto 28 Nov 2015 : http://on.fb.me/1OEs84z