Mula-mula terpaksa, lama-lama suka

“Saya tidak mahu pergi. Tapi balas ayah di hujung talian; ayah dah bayar deposit untuk MHI,” demikian katanya ketika berkongsi kisah menjadi peserta MHI 15/16 di sini. 

Pada awalnya Asma mempunyai alasan tersendiri kerana sudah ada perancangan yang dibuat sehabis menduduki Sijil Pelajaran Malaysia lalu.

“Kata ayah, saya mesti pergi juga. Kalau tak pergi duit bulanan saya (bulan Disember) tidak akan dapat langsung. Dan akhirnya saya paksakan diri pergi,” luahnya.

Beliau yang sebelum ini belajar di Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) Merbok Kedah berkata, semuanya berawal dengan paksaan yang membawa kepada kesukaan.

“Sebelum datang ke sini, adik ada sarankan cara nak keluar daripada program ini. Tapi saya tak ikuti saranan itu sebab dah sangat suka dengan MHI ini.”

Tambahnya lagi, beliau merasakan sangat sedih kerana MHI bakal tamat pada Sabtu (9 Januari 2016) ini, dan itu bermakna ia akan berpisah dengan sahabat-sahabatnya di sini.

“Perasaan yang sukar untuk diungkapkan. Mula-mula sedih sebab tidak mahu sertai. Selepas beberapa hari tu berubah menjadi suka.”
Dalam pada itu katanya, penceramah-penceramah yang memberikan pengisian seperti Dr Harlina, Ustaz Muhaimin, Dr Hafidzi dan yang lain-lainnya membuatkan peserta seperti dirinya suka pada tarbiah itu sendiri.

“Sebelum ini bagi diri saya sendiri, sangat kuranglah pendedahan itu khususnya tarbiah rohani dan di sini membetulkan kembali persepsi saya terhadap tarbiah itu sendiri,” katanya yang berasal dari Sungai Merab, Kajang.

    

Para peserta bersama Dr Harlina, Ustaz Muhaimin dan Presiden IKRAM, Dr Mohd Parid Sheikh Ahmad

Terangnya lagi, slot Dr Hafidzi adalah antara slot yang menarik dan menyentuh hati baginya.

“Daripada penyampaian tentang sejarah yang disampaikan oleh beliau cukup jelas dan menarik, sangat memberi inspirasi untuk saya lebih tahu dan mendalami tentang sejarah.”

Tidak ramai yang suka sejarah katanya.

“Seperti saya juga ketika belajar dulu. Dan Dr Hafidzi mampu membuat pandangan saya berbeza terhadap sejarah.”

Tambah Asma’ lagi, perkara yang paling mencabar dalam MHI ini ialah memasak.

“Ini kerana setiap peserta yang bertugas memasak itu perlu fikirkan untuk orang lain. Perlu menyediakan untuk 100 orang makan. Risau dengan komen-komen sahabat-sahabat lain.”

Menurutnya lagi, sekiranya diberi peluang sekali lagi memang beliau tidak mahu memasak lagi.

“Fasilitator di sini cukup hebat. Mereka ada pendekatan yang tersendiri yang membuatkan kami suka dan tertarik.”

Harapannya semoga semua sahabat yang ia kenal di sini akan menjadi seorang yang berguna di platform masing-masing dan dapat menyumbangkan sesuatu untuk ummah.

FB Madrasatul Hayah IKRAM

Penafian: Penulisan ini adalah pandangan peribadi dan tidak menggambarkan pendirian IKRAM.

Aneka bangsa dan juga budaya,
Perpaduan terjalin sekian lama,
Selamat menyambut Hari Malaysia,
Walau berbeza, tetap teguh bersama.

Ingin mengikuti pandangan semasa dan info terkini dari IKRAM?
Hantar maklumat anda kepada kami:

ARTIKEL TERKINI

Sumbangan

Untuk membuat sebarang sumbangan anda dialu-alukan untuk menyumbang secara terus kepada mana-mana institusi IKRAM.

Maaf, anda perlu bayar untuk dapatkan kajian ini. Sila hubungi pihak KADRI untuk info lanjut melalui email [email protected]

Berita Terkini IKRAM

Dapatkan info TERKINI

Langgan berita terkini supaya anda tidak ketinggalan info penting daripada Pertubuhan IKRAM Malaysia