Mukhayyam musim sejuk JAISY & WinG bawa seribu makna

Peserta perkhemahan yang berlangsung pada 30 Januari hinggga 1 Februari 2016 yang lalu diadakan di Pantai Gamassa El Dakhaliya terdiri daripada 64 orang peserta ikhwah (JAISY) dan 131 orang peserta akhawat (WinG) dari seluruh muhafazah di Mesir. 

Objektif utama perkhemahan kali ini adalah kekuatan ukhuwah dan kesejahteraan aqidah, kesinambungan dengan perkhemahan-perkhemahan musim sejuk sebelum ini.

    

Tema untuk Mukhayyam JAISY 2016 untuk ikhwah merujuk kepada surah Taha ayat 24 yang bermaksud:“Dan sesiapa yang berpaling dari ingatan dan petunjuk-Ku, maka sesungguhnya adalah baginya kehidupan yang sempit, dan Kami akan menghimpunkan dia pada hari Kiamat dalam keadaan buta”.

Menjelang pagi hari kedua, para peserta dibawa untuk menunaikan solat sunat Dhuha berjemaah di hamparan pasir pantai Gamassa seawal 8.00 pagi.

    

Antara aktiviti menarik bagi peserta ikhwah adalah “Explorace”, osom gergasi, isi air dalam botol dan “Guide Me All The Way” yang telah diadakan pada hari kedua. Pada hari ketiga pula, persembahan kebudayaan yang kreatif seperti seloka, dikir barat dan lakonan daripada semua kumpulan telah diadakan.

Mukhayyam WinG’16 untuk akhawat pula bertemakan ayat 14 dari surah Az-Zumar yang bermaksud:“Katakanlah, hanya Allah yang aku sembah dengan penuh ketaatan dalam (menjalankan) agamaku.”

Para peserta didedahkan dengan pelbagai pengisian yang menerangkan dengan lebih dalam maksud ayat tersebut. Pelbagai aktiviti luar yang menarik diadakan seperti “Explorace”, “War Game” dan permainan-permainan tradisional yang membawa peserta menjelajah hampir sepanjang pantai Gamassa.

      

Dalam acara “explorace” atau pencarian harta karun, semua peserta dibahagikan kepada beberapa kumpulan dan dikehendaki untuk mencari checkpoint yang ditetapkan untuk menyelesaikan beberapa tugasan. Persembahan kebudayaan turut diadakan pada malam terakhir perkhemahan.

Ustaz Tajul Arifin Che Zakaria, Pengerusi Jawatankuasa Tarbiah IKRAM turut hadir memberikan perkongsian sertai menghadiri majlis penutup perkhemahan JAISY & WinG 2016 pada hari ketiga. Semoga perhimpunan seluruh pelajar Malaysia dari pelbagai muhafazah ini bersama-sama dapat membangkitkan rasa cinta kepada Allah s.w.t dan mampu meneruskan perjuangan baginda Nabi s.a.w, insyaa-Allah.

  

Sumber: http://bit.ly/1QEMrjk
Album JAISY 2016: http://on.fb.me/1QJXbwL
Album WinG 2016: http://on.fb.me/23MNK6V

3 Tahun PTI Tidak Dapat Dilangsungkan, Kini Tiba Masanya…

Ingin mengikuti pandangan semasa dan info terkini dari IKRAM?
Hantar maklumat anda kepada kami:

ARTIKEL TERKINI

Kulim

Masjid Al Muqarabbin, Taman Angsana, Kulim

Sungai Petani

Masjid Bandar Perdana, Bandar Perdana Sg Petani

Kubang Pasu / Alor Setar

Masjid An Nur IPG Kampus Darulaman, Jitra

Pekan

Masjid Sultan Ahmad Shah, Pekan

Pahang Barat

Surau RPSB Kg. Pagar, Penjom, Lipis

Pahang Barat

Surau Al Hidayah, Kg Melayu Sg Lui, Raub

Kota Samarahan

Masjid Al-Malik, Taman Uni Garden

Maaf, anda perlu bayar untuk dapatkan kajian ini. Sila hubungi pihak KADRI untuk info lanjut melalui email kadri@ikram.my

Berita Terkini IKRAM

Dapatkan info TERKINI

Langgan berita terkini supaya anda tidak ketinggalan info penting daripada Pertubuhan IKRAM Malaysia