MRT Corp dan kontraktor digesa tingkatkan keselamatan di kawasan pembinaan

Pertubuhan IKRAM Malaysia (IKRAM) memandang serius beberapa insiden kemalangan di tapak projek pembinaan Transit Aliran Massa atau Mass Rapid Transit (MRT) dan menggesa langkah-langkah keselamatan ditingkatkan segera.

Semalam 19 Ogos 2014, tiga orang pekerja binaan lelaki warga Bangladesh maut selepas dilaporkan dihempap landasan konkrit seberat 650 tan di tapak projek MRT berkenaan pada 8.30 malam semasa pemasangan tembok penghadang (parapet).

Dua insiden kemalangan telah dilaporkan pada tahun ini juga iaitu 24 Jun 2014 dan 26 Jun 2014, masing-masing di tapak pembinaan MRT berhampiran Pusat Bandar Damansara dan di LRT Jalan Lapangan Terbang Subang.

Berikutan daripada insiden-insiden tersebut, para pengguna jalanraya khususnya di kawasan tapak pembinaan MRT bertambah bimbang dan risau akan keselamatan mereka. Demikian juga halnya dengan penduduk tempatan yang tinggal berhampiran kawasan pembinaan tersebut. Dipercayai perasaan yang sama dialami lebih-lebih lagi oleh pekerja binaan projek berkenaan.

IKRAM menghormati sikap tanggungjawab yang dipamerkan oleh Ketua Pegawai Eksekutif MRT Corp, Datuk Wira Azhar Abdul Hamid apabila beliau meletakkan jawatan sebagai tanda memikul tanggungjawab penuh atas insiden maut semalam.

Namun, IKRAM berpendapat langkah-langkah berikut perlu dilaksanakan untuk meyakinkan dan memberi jaminan kepada keselamatan rakyat dan pekerja:

1. Hentikan sementara kerja-kerja di tapak pembinaan Kota Damansara sehingga pemeriksaan keselamatan terperinci dilakukan dan disahkan selamat.

2. Laksanakan pemeriksaan keselamatan di semua tapak pembinaan MRT di Lembah Klang dan ambil langkah pencegahan segera.

3. Siasat secara terperinci punca insiden di Kota Damansara dan kemukakan laporan penemuan serta saranan dengan telus dan bertanggungjawab kepada rakyat. Laporan insiden-insiden terdahulu juga perlu didedahkan kepada rakyat.

4. Pihak MRT Corp, syarikat kontraktor utama dan syarikat-syarikat subkontraktor perlu bekerjasama dengan Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD), Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan, Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) dan agensi lain yang berkenaan, untuk mengesahkan bahawa semua keperluan keselamatan telah dipenuhi sebelum pekerjaan dimulakan. Hal ini termasuklah bahan-bahan pembinaan yang digunakan, alat-alat keselamatan pekerja, laluan pekerja, tempoh waktu pekerja, laluan kenderaan dan amaran lalu lintas.

5. Semua pihak yang berkenaan perlu melakukan pemeriksaan keselamatan secara berkala termasuk mengadakan pemeriksaan mengejut supaya keselamatan terjamin dan dipatuhi pada setiap masa khususnya semasa pembinaan.

IKRAM berpandangan isu keselamatan semua pihak terutamanya rakyat dan pekerja mestilah menjadi keutamaan dan tidak diambil mudah semata-mata untuk mengejar pembangunan segera MRT, bangunan pencakar langit atau pembangunan serta pelebaran jalan raya.



Syed Ibrahim Syed Noh

Naib Presiden IKRAM

Pengerusi Jawatankuasa Masyarakat Madani

3 Tahun PTI Tidak Dapat Dilangsungkan, Kini Tiba Masanya…

Ingin mengikuti pandangan semasa dan info terkini dari IKRAM?
Hantar maklumat anda kepada kami:

ARTIKEL TERKINI

Kulim

Masjid Al Muqarabbin, Taman Angsana, Kulim

  • 5-7 April 2024
  • Ahmad Shahimi Senawi (0124061444)

Sungai Petani

Masjid Bandar Perdana, Bandar Perdana Sg Petani

  • 5-7 April 2024
  • Us Rozi Abu (0103535159)

Kubang Pasu / Alor Setar

Masjid An Nur IPG Kampus Darulaman, Jitra

  • 5-7 April 2024
  • Ruzinoor Che Mat (0194726820) Khairussani Farid (0132227380)

Pekan

Masjid Sultan Ahmad Shah, Pekan

  • 30 - 31 Mac 2024
  • Dr Mohamad Heerwan Peeie (010-9112045)

Pahang Barat

Surau RPSB Kg. Pagar, Penjom, Lipis

  • 30 - 31 Mac 2024
  • Faisal (0129725464) & Nazilah (01110540165)

Pahang Barat

Surau Al Hidayah, Kg Melayu Sg Lui, Raub

  • 5 - 6 April 2024
  • Faisal (0129725464)

Kota Samarahan

Masjid Al-Malik, Taman Uni Garden

  • 30 - 31 Mac 2024
  • Ustaz Muhamad Faiz bin Muhd Fadhil 019-4102067

Maaf, anda perlu bayar untuk dapatkan kajian ini. Sila hubungi pihak KADRI untuk info lanjut melalui email kadri@ikram.my

Berita Terkini IKRAM

Dapatkan info TERKINI

Langgan berita terkini supaya anda tidak ketinggalan info penting daripada Pertubuhan IKRAM Malaysia