Ini berikutan perbincangan Bahagian Projek Kepelbagaian Kaum dan Budaya NGO itu dengan pihak Majlis Pengetua Guru Besar Sekolah Islam Malaysia (MPGBSIM) pada 29 Mac lalu, di sini.
“Sebagai langkah awal dalam kerjasama ini, pihak Dong Zong menjemput semua sekolah menengah rangkaian dan rakan IKRAM MUSLEH untuk menghantar para pelajar menyertai program Treasure Hunt dan Multi Cultural Camp yang akan diadakan pada hujung tahun ini,” kata Pengerusi MPGBSIM, Isharuddin Ismail.
Dong Zong yang diketuai Kong Wee Cheng selaku pengurus Projek Perpaduan Sosial (The Social Cohesion Project) dan MPGBSIM pula diketuai oleh Isharuddin.
“Pertemuan yang berlangsung tersebut membincangkan mengenai program-program silang budaya yang akan diadakan bersama antara sekolah-sekolah naungan MPGBSIM dengan pihak Dong Zong.”
Menurutnya, pihak MPGBSIM akan mengemukakan cadangan penyertaan para pelajar sekolah Dong Zong dalam program-program kebudayaan di sekolah-sekolah IKRAM MUSLEH.
Turut hadir bersama Pengarah Eksekutif IKRAM MUSLEH, Ustaz Megat Mohamed Amin Megat Mohamed Nor yang bertindak sebagai pengendali perbincangan dan beberapa orang wakil daripada Dong Zong dan MPGBSIM.