PKP: Menukar kesempitan menjadi kesempatan

“Sikap adalah sebuah perbuatan kecil yang mampu menghasilkan perbedaan yang besar.” (Winston Churchill)

 

“PKP bersambung lagi?” Terdengar keluhan seorang teman yang menjalankan perniagaan makanan di sebuah warung kecil di pinggir bandar berhampiran sebuah pusat perniagaan.

 

Bersambungnya Perintah Kawasan Pergerakan (PKP) bermakna akan semakin merudumlah kembali perniagaan apabila tidak ramai pekerja akan ke tempat kerja. Semakin terhimpitlah kehidupannya. Dia terus merenung ke depan dengan pandangan kosong. 

 

Kisah kesempitan

 

Kisah-kisah tentang kesempitan dan kesusahan ketika era Perintah Kawalan Pergerakan (PKP)  yang berlanjutan ini sentiasa terpampang di dada-dada akhbar saban hari. Antara tajuk-tajuk yang pernah dipaparkan seperti: 

 

Keluarga B40 terpaksa catu makan, bergelut teruskan hidup (BH Online, 2021).

 

1,900 keluarga kurang bernasib baik disantuni kakitangan TNB (Omar Ahmad, 2021).

 

‘Total lockdown’ beri kesan kepada rakyat teruskan hidup (Farah Suhaidah, Mei 2021).

 

Ini hanyalah sebilangan kecil berita yang terpampang di dada-dada akhbar mutakhir ini. 

 

Salah satu laporan khas Jabatan Statistik Malaysia bertajuk ‘Kajian Impak PKP Kepada Ekonomi dan Individu’ (Syahir Sulaiman, 2020) memberikan data-data berikut:

  1. Secara keseluruhannya, perbelanjaan isi rumah berkurangan sebanyak 55 peratus, manakala perbelanjaan penggunaan berkurangan 48 peratus. 
  2. Dalam tempoh PKP ini, sebanyak 53 peratus responden sangat terkesan dari segi kewangan, manakala hanya 6 peratus sahaja responden yang kurang terkesan. 
  3. Kumpulan yang menunjukkan penurunan perbelanjaan paling ketara adalah daripada kumpulan T20 (59 peratus), diikuti M40 (48 peratus) dan B40 (41 peratus).
  4. Dari segi simpanan kewangan pula, 71 peratus yang bekerja sendiri mempunyai simpanan kurang dari satu bulan. Manakala majikan (77 peratus) dan pekerja swasta (82 peratus) mempunyai simpanan kewangan hampir dua bulan. 

 

Apa yang boleh dikatakan adalah pelaksanaan PKP telah menjejaskan ‘daya imuniti’ kewangan isi rumah, peniaga dan majikan untuk terus bertahan dalam tempoh kritikal ini.

 

Ikhtiar kewangan

 

Dalam usaha untuk keluar sedikit daripada belenggu kewangan di era PKP ini, berikut adalah antara cadangan-cadangan yang mungkin boleh kita laksanakan. 

 

1. Jualan makanan bagi yang pandai memasak.

 

Perniagaan makanan boleh dimulakan dari rumah. Mulakan secara kecil-kecilan dan mempromosi perniagaan melalui kumpulan Whatsapp taman, kejiranan, keluarga yang berdekatan.

 

Ambil dulu pesanan dalam kuantiti yang sedikit serta mengikut kemampuan. Terima setiap komen daripada pembeli untuk penambahbaikan perniagaan kita.

 

Testimoni yang diterima daripada pembeli disebarkan untuk tujuan promosi dan membina keyakinan pelanggan untuk membeli.

 

Boleh juga mencipta makanan-makanan yang baharu dengan gaya presentasi yang lebih menarik seperti ada yang membuat kek roti jala.

 

2. Hasil seni, kraftangan dan pertukangan juga boleh menjadi sumber pendapatan.

 

Hasilkan lukisan-lukisan dengan teknik-teknik yang pernah kita pelajari atau melukis secara halus gambar-gambar menggunakan pensil dan kertas sahaja.

 

Jika kita pandai dalam menghasilkan kraftangan yang unik ataupun membuat ukiran yang comel dan cantik juga merupakan suatu kelebihan untuk menjana pendapatan, seperti mengukir set catur.

 

Bagi mereka yang kreatif juga boleh menggunakan bakat yang ada untuk menghasilkan sesuatu yang baru daripada barangan yang sedia ada di rumah, seperti menukar tong sampah plastik menjadi lampu hiasan yang menarik.

 

3. Antara peluang perniagaan yang terbuka luas mutakhir ini adalah servis penghantaran makanan. Kerjasama dengan gerai-gerai, peniaga-peniaga yang menjalankan perniagaan di rumah di kawasan perumahan kita dan kejiranan kita boleh diadakan.

 

4. Menukar perniagaan yang dilaksanakan secara fizikal kepada perniagaan secara dalam  talian.

 

Dalam media sosial banyak kumpulan-kumpulan mengikut kawasan, sempadan dan DUN. Sebagai permulaan, boleh memulakan promosi secara percuma menggunakan medium ini.

 

Perniagaan kita juga boleh dipasarkan menggunakan medium yang sudah terkenal seperti Shopee dan Lazada.

 

5. Menjadi agen dropship, merupakan sejenis model business yang tidak memerlukan modal yang banyak, mungkin sekadar yuran mendaftar sahaja.

 

Pelbagai jenis agen dropship yang wujud sekarang dari makanan, pakaian, buku, tudung, kasut dan sebagainya. Cuma perlu berhati-hati dengan scammer yang menjalankan perniagaan dengan produk yang tidak sah.

 

6. Bagi mereka yang mempunyai kelebihan dalam bidang penulisan, kerjaya sebagai penulis  copywriting sambilan mungkin boleh dijadikan sebagai pilihan.

 

Ini kerana ramai marketer yang mencari copywriter untuk laman-laman web, media sosial, perniagaan dan buku-buku mereka.

 

7. Ulasan (review) produk di media sosial.

 

Jika anda mempunyai minat untuk belajar tentang sesuatu produk dan selesa bercakap di hadapan kamera dan kreatif dalam menghasilkan video, ini juga boleh dijadikan peluang untuk menjana pendapatan.

 

Ada sahaja syarikat-syarikat perniagaan di luar sana yang sanggup membayar individu seperti anda untuk memberi ulasan produk-produk mereka.

 

8. Menjadi penterjemah

 

Jika anda berkebolehan dan mahir dengan dua bahasa atau lebih, gunalah kelebihan ini untuk bekerja sambilan sebagai penterjemah. Bidang terjemahan ini sentiasa memerlukan orang-orang yang berkebolehan seperti anda.

 

Pelbagai inisiatif

 

Secara ringkasnya, banyak yang dapat kita laksanakan dalam membantu diri dan keluarga kita dalam menghadapi kesempitan kewangan pasca-PKP ini. 

 

Mengangkat bendera putih adalah satu usaha, namun sumbangan itu hanya berbentuk sementara untuk kelangsungan hidup kita yang singkat.

 

Untuk meneruskan hidup kita pada masa hadapan, kita perlu dapat menjana pendapatan sendiri walaupun sedikit. Kata bijak pandai, “Tidak ada yang mampu mengubah nasib kita melainkan kita sendiri mengubahnya.”

 

Pasti ada cahaya di hujung terowong yang panjang. Tidak semua kesusahan akan berakhir dengan kesempitan yang berterusan. Pasti di sebalik kesusahan, akan ada kemudahan.

 

Kini segalanya terletak kepada kita, sama ada kita ingin berusaha keluar daripada kesempitan ini, ataupun hanya terus dengan usaha meminta-minta sahaja. 

 

“Anda perlu tahu anda boleh menang. Anda perlu fikir anda boleh menang. Anda perlu merasakan anda boleh menang.” (Sugar Ray Leonard)

 

Dr. Suriza Ahmad Zabidi
Ketua Wanita IKRAM Selayang
Aktivis Wanita IKRAM Negeri Selangor

3 Tahun PTI Tidak Dapat Dilangsungkan, Kini Tiba Masanya…

Ingin mengikuti pandangan semasa dan info terkini dari IKRAM?
Hantar maklumat anda kepada kami:

ARTIKEL TERKINI

Kulim

Masjid Al Muqarabbin, Taman Angsana, Kulim

Sungai Petani

Masjid Bandar Perdana, Bandar Perdana Sg Petani

Kubang Pasu / Alor Setar

Masjid An Nur IPG Kampus Darulaman, Jitra

Pekan

Masjid Sultan Ahmad Shah, Pekan

Pahang Barat

Surau RPSB Kg. Pagar, Penjom, Lipis

Pahang Barat

Surau Al Hidayah, Kg Melayu Sg Lui, Raub

Kota Samarahan

Masjid Al-Malik, Taman Uni Garden

Maaf, anda perlu bayar untuk dapatkan kajian ini. Sila hubungi pihak KADRI untuk info lanjut melalui email kadri@ikram.my

Berita Terkini IKRAM

Dapatkan info TERKINI

Langgan berita terkini supaya anda tidak ketinggalan info penting daripada Pertubuhan IKRAM Malaysia