Mengapa Syiah wajib ditolak

Dalam ucapan aluan dalam Seminar Antarabangsa Gerakan Syiah dan Kesannya Terhadap Dunia Islam (SGS 2016) beliau berkata, orang ramai perlu tahu tentang kedudukan fahaman dan gerakan ini terutama sekali ialah tentang sikap Syiah tentang konsep al-imamah (kedudukan imam).

“Pada mereka, imam-imam mereka ini terutamanya imam Ithna ‘Asyariyyah (Imam 12) merupakan imam-imam maksum yang mana sesetengah ulama menulis seolah-olahnya dalam kenyataan-kenyataan kebanyakan daripada ulama mereka Imamah mengatasi kedudukan al-Uluhiyyah, al-Ilah, ar-Rabb (Tuhan).

“Pada sesetengah mereka, imam-imam mereka memiliki ilmu golongan terdahulu dan golongan kemudian, yang mana ilmu ini secara jelas hanya ada pada Allah s.w.t sahaja,” jelas beliau.

Tambah Dr Parid, fahaman Syiah terhadap imam juga telah melintasi kedudukan para Nabi iaitu kedudukan ismah (terpelihara) daripada dosa. Beliau memberi contoh, kedudukan imam-imam mereka juga seolah-olahnya lebih tinggi daripada para anbiya’ hingga sesetengah pandangan mereka juga menyatakan bahawa wahyu yang dibawa oleh Jibril silap, yang mana ia sepatutnya disampaikan kepada Saidina Ali r.a tetapi Jibril silap dengan menyampaikannya kepada Nabi Muhammad s.a.w.

“Ini di antara contoh sikap mereka terhadap imam mereka, jadi imam mereka ini memiliki kedudukan kadang-kadang dalam aspek tertentu melebihi kedudukan Allah s.w.t kemudian melebihi kedudukan Nabi Muhammad s.a.w dan begitu juga sikap mereka terhadap para sahabat, boleh dikatakan mereka menolak kebanyakan sahabat,” katanya.

Jelas beliau lagi, terdapat empat kumpulan terbesar Syiah di dunia iaitu Syiah Kaisaniyyah, Syiah Isma’iliyyah, Syiah Imamiyyah Ithna ‘Asyariyyah (atau Ja’fariyyah) dan satu kumpulan yang berada di Yaman iaitu Syiah Zaidiyyah.

Golongan Syiah juga berpegang kepada hadis yang mereka dakwa mengandungi konsep al-imamah binnas, iaitu imam telah dilantik kerana adanya nas, tetapi hadis tersebut telah ditolak oleh semua ulama’ Sunni daripada pelbagai sudut seperti bahasa, sastera, sejarah, sanad dan lain-lain.

Kata Dr Parid, secara umumnya Syiah tidak boleh menerima kebanyakan sahabat kecuali beberapa orang sahaja yang yang hadis mereka diguna pakai, selebihnya ditolak (bahkan dikafirkan).

“Jelas di situ mereka menolak sahabat, jadi jika mereka menolak sahabat, maka mereka menolak kebanyakan hadis,” ujarnya.

Jelas beliau lagi, Syiah juga melakukan penolakan terhadap al-Quran di mana ada dalam kalangan mereka ini menggangap al-Quran yang ada sekarang ini adalah sebahagian sahaja daripada yang sebenarnya, yang ada ini hanya sepertiga daripada sebenarnya, yang lain bakinya dua pertiga disembunyikan oleh Rasulluah s.a.w dan ini merupakan satu tuduhan yang berat.

“Kita juga perlu ingat tentang salah satu intisari daripada ajaran mereka itu taqiyyah, ia menampakkan sebaliknya daripada apa yang disimpan, mereka berdusta di hadapan kita. Sebagai contoh, banyak hadis yang direka-reka untuk mewajarkan pandangan atau pendirian mereka,” katanya.

Berkenaan nikah mut’ah (kontrak) yang diamalkan Syiah, menurut beliau, ia berlawanan dengan pembangunan institusi keluarga yang perlu berkekalan.

“(Orang) Syiah berkahwin berdasarkan kontrak (minggu, bulan) ini merupakan ajaran-ajaran daripada aliran ini yang bertentangan dengan akidah Islam, bertentangan dengan pegangan kita, pegangan umat yang mana pada kita, ini merupakan ajaran sesat,” terang beliau.

Dr Parid juga mahu kita melihat semula sejarah penglibatan Syiah dalam perang yang akhirnya memusnahkan empayar Islam.

Tambahnya, Syiah dilihat bersengkokol dan menyokong tentera Tartar yang akhirnya menyebabkan Kota Baghdad jatuh kepada golongan tersebut yang dipimpin oleh Hulagu Khan di mana kesan kerjasama pemimpin-pemimpin Syiah kepada tentera Tartar ketika itu telah terbukti dalam sejarah.

“Kemudian dalam peperangan Salib begitu juga, penglibatan mereka melalui golongan Hasyasyin (salah satu kelompok Syiah di bawah Dinasti Fathimiyah) yang cuba melumpuhkan daulah sunniah yang wujud pada zaman itu. Dalam kalangan mereka inilah telah bergerak untuk membunuh Perdana Menteri, Nizam al-Mulk,” jelasnya.

Pimpinan Hasyasyin juga kerap melakukan pertemuan bersama paderi-paderi kristian dan ketika mereka melakukan ziarah, mereka akan memastikan mereka ini sentiasa setia dengan perjanjian untuk sama-sama terlibat memerangi masyarakat Sunni ketika itu.

Jelas Dr Parid lagi, pada zaman kini, jelas dan paling nyata apabila Syiah bersengkokol dengan kuasa dunia dalam penaklukan Iraq dengan ramai yang terbunuh di mana Amerika Syarikat (AS) menggunakan Syiah di Iraq dan Iran untuk menakluk negara yang sebelum ini dikuasai oleh golongan Sunni.

“Mereka menyingkirkan golongan Sunni yang sebelum ini memerintah negara tersebut yang mana ia merupakan salah satu rencana AS untuk menyingkirkan golongan Sunni daripada memerintah Iraq.

“Ini merupakan satu jenayah yang mana ia dapat berlangsung dengan bantuan Syiah di Iraq yang mendakwa mereka golongan majoriti di negara tersebut. Oleh kerana itu, dengan bantuan AS yang juga disokong kuasa dunia, AS ingin menyerahkan Iraq kepada kepimpinan Syiah di situ,” katanya lagi.

Begitu juga di Syria jelasnya, di belakang kerajaan Bashar al-Assad didukungi golongan Syiah Nusairiyyah yang membantu Bashar.

“Begitu juga perkembangan masa kini seperti al-Qaeda, ISIS, semua ‘tangan-tangan’ Syiah ada dalam pergerakan tersebut yang membawa penderitaan amat besar kepada umat kini,” katanya.

Ujar Dr Parid, para ulama’ juga berpesan agar kita menjauhi golongan-golongan ini, yang mana diingatkan agar kita tidak terjebak dalam perangkap mereka.

Beliau turut memetik buku tulisan Abul Hassan Ali Hasani an-Nadwi yang menyatakan:

“Dua gambaran yang saling bertentangan berdepan dengan usaha-usaha Rasulluah s.a.w, Nabi yang paling mulia, paling agung, antara Sunnah dan Syiah Imamiyyah”.

“Jadi, ia hendak menerangkan kepada kita (bahawa) dakwaan Khomeini bahawa mereka telah melahirkan revolusi Iran, yang ertinya mereka dapat membimbing masyarakat Syiah Iran, seolah-olah dakwaan mereka adalah, mereka lebih berjaya daripada Rasulullah s.a.w (yang hanya dapat Islamkan beberapa sahabat sahaja menurut perkiraan Syiah), golongan Syiah Iran berpendapat Rasulullah s.a.w gagal dan Khomeini lebih berjaya,” katanya.

Dr Parid dalam ucapannya turut berharap agar semua pihak sama-sama berusaha menyelamatkan umat di negara ini daripada bencana Syiah seterusnya mendorong untuk membantu umat Islam di tempat lain yang sedang menderita kesan daripada serangan kumpulan Syiah di tanah air masing-masing.

“Semoga Allah s.w.t memelihara umat Islam terutamanya di kawasan kita, kawasan nusantara, Asia Tenggara, akan terpelihara daripada fitnah ini dan insya-Allah, Allah akan membekalkan keyakinan dan tekad untuk kita sama-sama berusaha menyelamatkan umat daripada ancaman Syiah,” ujarnya.

Seminar anjuran bersama Jawatankuasa Ulama’ IKRAM, Jabatan Pengajian al-Quran dan as-Sunnah Fakulti Pengajian Islam, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) dan Gabungan Pertubuhan-Pertubuhan Islam Bukan Kerajaan (ACCIN) yang dihadiri lebih 1,000 peserta telah berlangsung di UKM pada Khamis lalu bertujuan untuk memberi pencerahan kepada masyarakat tentang bahaya Syiah dan kaedah menangani perkembangannya.

Muat turun kertas kerja seminar: https://goo.gl/r7EEIe

3 Tahun PTI Tidak Dapat Dilangsungkan, Kini Tiba Masanya…

Ingin mengikuti pandangan semasa dan info terkini dari IKRAM?
Hantar maklumat anda kepada kami:

ARTIKEL TERKINI

Kulim

Masjid Al Muqarabbin, Taman Angsana, Kulim

Sungai Petani

Masjid Bandar Perdana, Bandar Perdana Sg Petani

Kubang Pasu / Alor Setar

Masjid An Nur IPG Kampus Darulaman, Jitra

Pekan

Masjid Sultan Ahmad Shah, Pekan

Pahang Barat

Surau RPSB Kg. Pagar, Penjom, Lipis

Pahang Barat

Surau Al Hidayah, Kg Melayu Sg Lui, Raub

Kota Samarahan

Masjid Al-Malik, Taman Uni Garden

Maaf, anda perlu bayar untuk dapatkan kajian ini. Sila hubungi pihak KADRI untuk info lanjut melalui email [email protected]

Berita Terkini IKRAM

Dapatkan info TERKINI

Langgan berita terkini supaya anda tidak ketinggalan info penting daripada Pertubuhan IKRAM Malaysia