Mengapa benarkan pesawat Israel terbang di ruang udara kita?

SERI KEMBANGAN – Gerakan Boycott, Divestment & Sanction (BDS) Malaysia menyifatkan kenyataan Kementerian Pengangkutan Malaysia (MOT) berkaitan penerbangan sebuah pesawat Israel di ruang udara Malaysia sebagai satu usaha yang gagal serta menyedihkan.

 

“Sekiranya kenyataan itu merupakan usaha untuk mengatasi kerisauan masyarakat terhadap episod tersebut, ia hanya dapat digambarkan sebagai satu usaha yang gagal serta menyedihkan,” kata Pengerusi BDS Malaysia, Prof. Dr Mohd Nazari Ismail.

 

Tegasnya, Kementerian Pengangkutan bukan sahaja lambat untuk memberikan penjelasan dan dengan itu menimbulkan kecurigaan bahawa kerajaan mempunyai sesuatu yang ingin disembunyikan, bahkan penjelasan yang diberikan juga sangat tidak memuaskan dan mengundang lebih banyak soalan.

 

“Soalan asas ialah mengapa pesawat Israel itu diberikan kebenaran untuk terbang di ruang udara kita?” soal beliau.

 

Menurut Nazari, adalah menjadi hak Malaysia untuk memberikan kebenaran atau menolak permintaan untuk mana-mana pesawat memasuki ruang udara kita.

 

“Oleh itu, apakah alasan bagi kita untuk memberikan kebenaran kepada pesawat tersebut sedangkan ia jelas pesawat Israel?” soal beliau lagi.

 

Tambah beliau, sekiranya permintaan itu datang secara tiba-tiba dan dalam masa yang singkat, alasan untuk tidak memberikan kebenaran adalah lebih kuat.

 

“Sekiranya permintaan itu disertakan dengan pemberitahuan awal, kerajaan masih bertanggungjawab menolak permintaan itu kerana kita tidak ada hubungan diplomatik dengan Israel yang telah jelas menzalimi rakyat Palestin dan beramal dengan polisi aparteid terhadap mereka,” ujarnya.

 

Nazari juga menggesa agar kementerian itu memberikan penjelasan sekali lagi kenapa pesawat Israel itu telah diberikan kebenaran untuk memasuki ruang udara negara.

 

“Dan sekiranya penjelasan itu adalah tidak munasabah, kami memohon Perdana Menteri untuk melakukan tindakan tatatertib terhadap menteri dan pegawai kementerian yang bertanggungjawab,” tegas beliau.

 

Dalam pada itu, Pengerusi Malaysia-Palestine Parliamentary Friendship Group, YB Syed Ibrahim Syed Noh berkata, alasan kerajaan meluluskan penerbangan tersebut mengikut peraturan-peraturan yang ditetapkan Pertubuhan Penerbangan Awam Antarabangsa (ICAO) selagi tidak mengancam keselamatan serta kedaulatan negara, amat mencurigakan kerana dua sebab.

 

“Pertama, mengapa setelah lebih seminggu baharulah kenyataan ini keluar? Kedua, bukankah menjadi hak negara untuk memberi kebenaran atau menolak permintaan mana-mana pesawat untuk memasuki ruang udara kita, apatah lagi pesawat tersebut ialah pesawat pengintip rejim Israel?”

 

Tegasnya, keselamatan dan kedaulatan negara boleh terancam dengan kehadiran pesawat berkenaan.

 

“Harus diingat negara Indonesia pernah mengharamkan pesawat Perdana Menteri rejim Israel daripada melalui ruang udaranya untuk ke Sydney, Australia dari Singapura,” jelas beliau yang juga Ahli Lembaga, Liga Ahli-ahli Parlimen untuk Al-Quds (LP4Q).

 

Menurut Syed Noh, ICAO bukan pertubuhan pengawal selia penerbangan antarabangsa dan tidak boleh mengarahkan sekatan, penutupan atau pembukaan ruang udara mana-mana negara.

 

Beliau turut mendedahkan bahawa dalam masa yang lebih kurang sama, maklumat yang diperolehi daripada laman web Syarikat ZIM iaitu sebuah syarikat perkapalan kargo antarabangsa terbesar Israel yang berpangkalan di Haifa, Israel menunjukkan bahawa kapal-kapal yang dikaitkan dengan syarikat berkenaan telah kerap berlabuh di 10 pelabuhan di Malaysia termasuk di Sabah dan Sarawak selewat bulan Mei tahun ini.

 

“Kapal-kapal syarikat perkapalan rejim Israel wajar dicegah daripada berlabuh di mana-mana pelabuhan di Malaysia dan dengan itu menghentikan sebarang perdagangan dengan rejim Zionis Israel,” ujar beliau.

 

Tambah beliau, Malaysia tiada hubungan diplomatik dengan rejim Israel dan tidak wajar ada hubungan perdagangan dengan Israel, Malaysia mengutuk dan mengecam tindakan kejam lagi ganas rejim Israel ke atas Palestin.

 

“Justeru, kerajaan Malaysia wajib memberi penjelasan segera kepada kedua-dua insiden ini kerana ia jelas bercanggah dengan dasar luar Malaysia terhadap rejim Israel,” tegas Syed Noh yang juga Ahli Parlimen Ledang.

3 Tahun PTI Tidak Dapat Dilangsungkan, Kini Tiba Masanya…

Ingin mengikuti pandangan semasa dan info terkini dari IKRAM?
Hantar maklumat anda kepada kami:

ARTIKEL TERKINI

Kulim

Masjid Al Muqarabbin, Taman Angsana, Kulim

  • 5-7 April 2024
  • Ahmad Shahimi Senawi (0124061444)

Sungai Petani

Masjid Bandar Perdana, Bandar Perdana Sg Petani

  • 5-7 April 2024
  • Us Rozi Abu (0103535159)

Kubang Pasu / Alor Setar

Masjid An Nur IPG Kampus Darulaman, Jitra

  • 5-7 April 2024
  • Ruzinoor Che Mat (0194726820) Khairussani Farid (0132227380)

Pekan

Masjid Sultan Ahmad Shah, Pekan

  • 30 - 31 Mac 2024
  • Dr Mohamad Heerwan Peeie (010-9112045)

Pahang Barat

Surau RPSB Kg. Pagar, Penjom, Lipis

  • 30 - 31 Mac 2024
  • Faisal (0129725464) & Nazilah (01110540165)

Pahang Barat

Surau Al Hidayah, Kg Melayu Sg Lui, Raub

  • 5 - 6 April 2024
  • Faisal (0129725464)

Kota Samarahan

Masjid Al-Malik, Taman Uni Garden

  • 30 - 31 Mac 2024
  • Ustaz Muhamad Faiz bin Muhd Fadhil 019-4102067

Maaf, anda perlu bayar untuk dapatkan kajian ini. Sila hubungi pihak KADRI untuk info lanjut melalui email kadri@ikram.my

Berita Terkini IKRAM

Dapatkan info TERKINI

Langgan berita terkini supaya anda tidak ketinggalan info penting daripada Pertubuhan IKRAM Malaysia