Menangani cabaran populariti

Siapa tidak suka menjadi orang terkenal? Tentu banyak yang ingin dikenali kerana sesuatu bakat dan kebolehan yang ada pada diri seseorang itu.

 
Namun, ketika menjadi terkenal, pelbagai cabaran perlu dihadapi dan ditangani termasuklah menjadi perhatian dan bualan media dalam segala hal dan tingkah laku.
 

Melihat kisah seorang bintang YouTube terkenal dengan video masakan, S. Pavithra, daripada tidak dikenali, kini menjadi bualan rakyat Malaysia yang mana sebelum ini kisahnya sekeluarga tidak diketahui tetapi sebaliknya setelah dikenali.

 

Cabaran besar apabila kisah suami juga keluarganya terdedah dan diketahui umum, hingga membuatkan Pavithra mengalami tekanan kerana hilang privasi dengan kehidupan keluarganya.

 

Beliau turut memadam kesemua video masakannya di YouTube yang mendapat tumpuan ramai hingga meraih lebih 805,000 pelanggan setakat ini dengan lebih 34 juta tontonan sejak 28 Jan lalu.

 

Baru-baru ini, beliau akhirnya menjelaskan situasinya melalui video bertajuk ‘Inilah sebab menjadi masalah’ yang mana majoriti warga maya memberikan komentar dan kata-kata semangat kepadanya agar meneruskan semula aktiviti masakan di YouTube.

 

Dalam pada itu, beliau juga turut menolak untuk menjadi Ikon Wanita dan Masakan Perak serta anugerah-anugerah lain selepas ini dan hanya ingin memberikan tumpuan kepada video masakan di YouTube sahaja.

 

Pavithra, 28, yang merupakan ibu kepada dua cahaya mata layak dijadikan inspirasi kepada wanita lain atas kecekalannya untuk membina kerjaya melalui minat dan kemahiran memasak yang dimilikinya.

 

Pasangan itu menjadi terkenal selepas namanya dipetik Perdana Menteri ketika ucapan berkaitan COVID-19 beberapa bulan lalu. Malah, saluran YouTube mereka juga menjadi perhatian ramai kerana menyediakan pelbagai resipi menarik yang turut dicuba oleh pasangan di Jepun.

 

Daripada satu sisi lain, kita perlu mengambil pengajaran besar agar sentiasa bijak dan berhati-hati dalam setiap tindakan dan situasi, apalagi setelah menjadi terkenal.

 

Apabila dikenali, segala penjuru kehidupan tentunya menjadi tatapan umum. Berhati-hatilah ketika telah popular. Baik buruk, mahu atau tidak, ia tentunya tidak dapat dielak.

 

Walau bagaimanapun, ia menjadi pengajaran kepada semua pihak terutamanya media agar menghormati privasi kehidupan peribadi seseorang. Pembaca dan penonton tidak perlu dihidangkan dengan pelbagai kisah peribadi seseorang semata-mata ingin melonjakkan tontonan.

 

Bukan semua kisah peribadi seseorang yang terkenal sesuai dijadikan bahan bacaan dan tontonan, kadangkala ia boleh memberikan kesan negatif kepada diri dan keluarga hingga menimbulkan tekanan dan mengganggu ruang privasi.

3 Tahun PTI Tidak Dapat Dilangsungkan, Kini Tiba Masanya…

Ingin mengikuti pandangan semasa dan info terkini dari IKRAM?
Hantar maklumat anda kepada kami:

ARTIKEL TERKINI

Kulim

Masjid Al Muqarabbin, Taman Angsana, Kulim

Sungai Petani

Masjid Bandar Perdana, Bandar Perdana Sg Petani

Kubang Pasu / Alor Setar

Masjid An Nur IPG Kampus Darulaman, Jitra

Pekan

Masjid Sultan Ahmad Shah, Pekan

Pahang Barat

Surau RPSB Kg. Pagar, Penjom, Lipis

Pahang Barat

Surau Al Hidayah, Kg Melayu Sg Lui, Raub

Kota Samarahan

Masjid Al-Malik, Taman Uni Garden

Maaf, anda perlu bayar untuk dapatkan kajian ini. Sila hubungi pihak KADRI untuk info lanjut melalui email [email protected]

Berita Terkini IKRAM

Dapatkan info TERKINI

Langgan berita terkini supaya anda tidak ketinggalan info penting daripada Pertubuhan IKRAM Malaysia