Memori kenduri PKPB

Cuti sudah dipohon, dewan, makanan, homestay untuk bakal besan berehat juga sudah siap ditempah, buah tangan untuk tetamu pun siap bersusun di tepi pintu, hanya menunggu hari untuk di bawa ke dewan di mana majlis bakal  berlangsung.

 

Dan kini..segala-galanya buntu. Kembali ke dunia nyata, Sofiah selaku mak pengantin mula mencari  satu satu nama di telefonnya.  Sudah pasti pengurus katering yang perlu dihubungi terlebih dahulu. Mudah-mudahan lembut hati mereka untuk memulang duit tempahanyang baru dilangsaikan dua hari lepas. Jika tidak dapat semua, separuh pun tak apalah doanya.

 

Bukan senang dia dan arwah suami mengumpul wang hampir sepuluh ribu ringgit untuk dibiar hangus begitu sahaja. Mudah-mudahan mereka dapat membantunya.

 

“Eh..tak dapatlah akak, kami sudah beli barangan mentah, lagi pun kenduri akak nak batal pun kurang dari seminggu. Kami pun sudah guna duit untuk beli apa yang patut. Di hari yang sama ada dua kenduri lagi minta pulang duit deposit. Tak dapatlah saya menolong akak.”

 

Air mata mula membasahi pipi dan dada beralun menahan gelora di hati. Perlahan-perlahan dia meletak telefon di meja sisi walaupun suara si Shah masih sayup-sayup di hujung talian.

 

Bingkai gambar arwah suami di meja sisi direnung mengharap sedikit pandangan dan kekuatan. Sambil menyedut nafas dalam-dalam, dia bangun menuju ke bilik air. Dingin air disimbah ke muka. Dia merenung bayangan di cermin di depannya.

 

Berbekal iman yang ada ,dia menghampar sejadah dan mula menyarung telekung. Dalam sujud yang panjang, dia mengadu meminta petunjuk daripada Allah agar diberi kekuatan menerima ujian ini dan tunjuklah jalan terbaik untuk mereka sekeluarga.

 

Usai solat isyak mereka tiga beranak duduk berbincang mencari langkah-langkah untuk mengelak kerugian dan pembaziran. Yang penting, wang tinggalan ayah dapat dialirkan dengan cara yang lebih baik.

 

Hadif yang bergerak aktif dalam kerja-kerja kesukarelawan mencadangkan supaya  pihak katering  diminta memasak dan bungkus dalam jumlah yang ditempah.

 

Dia sendiri akan hubungi Pengerusi masjid dan surau di kejiranan mereka untuk membantu mengedar makanan kepada jiran-jiran dan kawan-kawan NGO-nya akan  membantu pengedaran pek bermasak kepada frontliners yang sedang bertugas di khemah-khemah keluar masuk jalan utama sempadan daerah dan negeri.

 

Akhirnya majlis pernikahan satu-satunya anak perempuannya berjalan lancar di kediaman mereka berwalikan Hadif. Pihak pejabat agama juga menghantar pegawai untuk membantu memasti SOP diikuti. Usai majlis, tetamu seramai 20 orang diberi pek makanan dan buah tangan sebelum beransur meninggalkan rumahnya.

 

“Akak… 800 pek makanan sudah diambil pihak yang akak atur tu. Kerja saya pun dah selesai, akak pun sudah dapat menantu. Alhamdulillah. Jadi  saya minta akak halal apa terlebih terkurang ya. Saya doakan rumah tangga anak akak bahagia hingga ke syurga ya. Jika lepas ni Hadif pula nak kahwin, saya bagi harga special untuk akak.”

 

Sofiah  tersenyum senang melihat anak dan menantu berganding ceria ketika kamera dibidik. Alhamdulillah, rupanya begitu mudah sebenarnya majlis kahwin dilaksanakan. Sekadar tiga jam sahaja riuh rendah dan kini rumah mereka kembali sepi.

 

Pengantin pun sedang berehat di bilik pengantin yang dihias indah, Hadif sudah keluar menyertai kawan-kawannya dan Sofiah melangkah masuk ke biliknya. Tangannya mencapai  bingkai  gambar arwah suami yang telah pergi hampir enam bulan lalu.

 

“Bang… Saya sudah tunaikan amanat abang supaya buat majlis sederhana untuk Fina. Yang penting, beban di bahu sudah terlerai. Anak dara abang sudah ada yang mengambil tanggungjawab yang tak upaya abang tunaikan. Rumah kita akan kembali sunyi dan saya hanya ada abang untuk terus temani saya di sini.”

 

Sofiah melepaskan bingkai gambar apabila azan mula berkumandang.

Norhayati Sidikah Abu Bakar
Aktivis IKRAM

3 Tahun PTI Tidak Dapat Dilangsungkan, Kini Tiba Masanya…

Ingin mengikuti pandangan semasa dan info terkini dari IKRAM?
Hantar maklumat anda kepada kami:

ARTIKEL TERKINI

Kulim

Masjid Al Muqarabbin, Taman Angsana, Kulim

  • 5-7 April 2024
  • Ahmad Shahimi Senawi (0124061444)

Sungai Petani

Masjid Bandar Perdana, Bandar Perdana Sg Petani

  • 5-7 April 2024
  • Us Rozi Abu (0103535159)

Kubang Pasu / Alor Setar

Masjid An Nur IPG Kampus Darulaman, Jitra

  • 5-7 April 2024
  • Ruzinoor Che Mat (0194726820) Khairussani Farid (0132227380)

Pekan

Masjid Sultan Ahmad Shah, Pekan

  • 30 - 31 Mac 2024
  • Dr Mohamad Heerwan Peeie (010-9112045)

Pahang Barat

Surau RPSB Kg. Pagar, Penjom, Lipis

  • 30 - 31 Mac 2024
  • Faisal (0129725464) & Nazilah (01110540165)

Pahang Barat

Surau Al Hidayah, Kg Melayu Sg Lui, Raub

  • 5 - 6 April 2024
  • Faisal (0129725464)

Kota Samarahan

Masjid Al-Malik, Taman Uni Garden

  • 30 - 31 Mac 2024
  • Ustaz Muhamad Faiz bin Muhd Fadhil 019-4102067

Maaf, anda perlu bayar untuk dapatkan kajian ini. Sila hubungi pihak KADRI untuk info lanjut melalui email kadri@ikram.my

Berita Terkini IKRAM

Dapatkan info TERKINI

Langgan berita terkini supaya anda tidak ketinggalan info penting daripada Pertubuhan IKRAM Malaysia