Manifesto Pilihan Raya ‘Perang’ Menabur Janji?

Manifesto Pilihan Raya ‘Perang’ Menabur Janji? | IKRAM

Kempen Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) menyaksikan persaingan politik berdasarkan perang menghamparkan ‘janji-janji manis’ melalui manifesto antara pakatan parti yang bertanding.

Strategi setiap polarisasi politik bertujuan untuk menyatukan pengundi, taktik yang berfungsi atas dasar kestabilan dan kepercayaan mereka. Walaupun tidak dapat meluaskan sasaran pengundi, tetapi sekurang-kurangnya ia menghalang angkanya daripada merosot.

PRU14 pada tahun 2018 lalu menampakkan perang persepsi terhadap kerajaan sebelumnya dengan slogan ‘hapuskan kleptokrasi’ yang meluap-luap daripada rakyat hingga memberikan impak bahawa warganegara Malaysia inginkan perubahan dan kepimpinan yang baik dan bukannya menindas rakyat.

Namun, PRU kali ini tidak kurang hebatnya iaitu gambaran yang sangat jelas terpamer bahawa negara sedang menuju ke sebuah ‘pertempuran’ pilihan raya yang sengit antara Pakatan Harapan (PH), Perikatan Nasional(PN), Barisan Nasional (BN) dan Gerakan Tanah Air (GTA).

Manifesto Bukan Jaminan?

Ketua Penyelidik Ilham Centre, Prof. Madya Mohd Yusri Ibrahim berkata, setiap tawaran menggariskan keprihatinan untuk memperbaiki isu ekonomi yang menjadi suara desakan rakyat secara keseluruhannya.

“Segala yang ditawarkan dalam empat manifesto daripada setiap gagasan politik yang bertanding dalam Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) menyahut aspirasi rakyat ketika ini.”

Beliau melihat inisiatif berkaitan kos sara hidup, peluang pekerjaan, harga barang dan seumpamanya menjadi keutamaan teratas dalam manifesto yang ditawarkan BN, PN, PH dan GTA.

Tentunya isu kemerosotan taraf hidup berikutan pandemik, akibat krisis ekonomi, kemerosotan kuasa membeli, pendidikan, kesihatan dan yang paling penting ialah kemiskinan yang teruk perlu difokuskan atau menjadi tawaran parti untuk meraih undi bagi memenangi pilihan raya.

Walaupun kesemua parti telah menghamparkan kepada pengundi dengan janji yang berakar pada populisme ekonomi yang bertujuan untuk memenangi pilihan raya, secara realistiknya ia menunjukkan bahawa pulangan undi ini sukar dijangka atau belum tentu memberikan sokongan yang diharapkan.

Apa tidaknya, pengundi baharu membentuk lebih 30 peratus keseluruhan jumlah pengundi pada 19 November nanti. Barangkali dasar populis yang dihamparkan tidak memberikan peningkatan yang dijangkakan melalui peti undi atau sebaliknya.

Manifesto dan Persepsi Pengundi

Pada 8 November 2022, penganalisis politik, Prof. Madya Dr Sharifah Syahirah ketika siaran langsung di Bernama TV berkata, manifesto biar realistik.

“Manifesto itu ialah penentu imej parti, sama ada ‘walk the talk’ atau satu parti yang tidak menghormati rakyat yang telah mengundinya,” 

Negara memerlukan ahli politik yang berintegriti tinggi, ‘walk the talk’ (cakap serupa bikin) dan dapat melaksanakan tugas-tugasnya.

Realitinya, pilihan raya diadakan bukan untuk mengagungkan ahli politik, tetapi rakyat memilih ahli politik ini bekerja untuk rakyat dan memastikan negara ini baik untuk generasi mata harapan.

Mengikut hipotesis objektif utama, sokongan pengundi terhadap kerajaan berterusan sehingga ke tahap kerajaan berjaya mencapai matlamat yang dijanjikan.

Apabila dinilai secara umum, pengundi menyokong parti yang mereka percaya mewakili kepentingan ekonomi dan persepsi mereka, dan biasanya mereka cenderung mengundi parti yang telah dipilih dalam pilihan raya sebelumnya.

Manakala, sesetengahnya boleh meninggalkan parti mereka untuk bertindak balas berikutan terhadap keputusan parti yang tidak menyenangkan, seperti tadbir urus yang salah dan prestasi ekonomi, jika mereka berkuasa, atau untuk mengimbangi kuasa mereka.

Mereka mungkin menggunakan pilihan kedua supaya tidak membazirkan undi dalam pilihan raya yang mana parti mereka dilihat tidak mempunyai peluang untuk menang.

Melihat kepada hubungan antara penunjuk ekonomi dan prestasi pengundian, terdapat dua strategi yang harus diguna pakai oleh parti yang cenderung kehilangan pengundi selain pengundi teras.

Yang pertama ialah melalui dasar ekonomi populis dan strategi ekonomi berdasarkan sokongan yang telah hilang dengan janji untuk menghalangnya daripada jatuh daripada kuasa.

Kedua, ia menghadapi pengundi dengan bahan perang budaya yang sesuai untuk polarisasi politik.

Rakyat Menang?

Apa yang menariknya, Pensyarah Kanan Pusat Kajian Kepelbagaian Pendidikan Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Dr Anuar Ahmad berkata, antara tawaran yang diberi keutamaan oleh BN, PN dan PH adalah pendigitalan pendidikan serta menaik taraf bangunan dan infrastruktur sekolah daif.

“Tawaran itu menunjukkan bahawa rakyat khususnya golongan pelajar tetap akan mendapat manfaat sama daripada mana-mana parti yang menang.”

Selain itu, sebagai rakyat, kita tidak perlu risau kerana teras utama ketiga-tiga parti gabungan itu jelas menunjukkan mahu mengangkat sektor pendidikan agar lebih baik pada masa akan datang.

Namun, apa yang seharusnya disertakan juga ialah menjelaskan kaedah pelaksanaan tawaran tersebut kerana rakyat mahu melihat janji itu ditepati dan bukan sekadar cakap kosong untuk ‘menangkap’ satu undi rakyat.

Jangan pula apabila menang PRU, pelbagai alasan diberikan sekali gus menggagalkan manifesto yang ditawarkan.

Pelbagai tawaran yang diketengahkan oleh pakatan parti-parti politik merupakan satu kemenangan buat rakyat.

Tahniah kepada sekalian rakyat Malaysia kerana dengan adanya manifesto yang memihak kepada rakyat, secara terang ia telah memberi kemenangan awal tersebut.

Selebihnya, rakyat perlu memilih pada 19 November nanti pakatan manakah yang diyakini mampu merealisasikan segala yang dijanjikan itu.

Apa yang pasti, pilihlah calon yang terbaik daripada yang baik demi menjadikan Malaysia sebuah negara yang lebih baik di seantero dunia.

Suatu waktu dahulu, Sri Lanka adalah sebuah negara maju di Asia ini. Pemimpin Singapura, Lee Kuan Yew pernah menyebutkan bahawa beliau mahu Singapura menjadi maju seperti Sri Lanka suatu hari nanti.

Namun, akibat rasuah yang berleluasa, ketirisan dan penyelewengan yang merajalela, tahun lalu Sri Lanka diisytihar bankrap. 

Oleh kerana Malaysia ini belum sampai ke tahap itu, maka ayuhlah, bersama kita selamatkan Malaysia pada 19 November nanti, insya-Allah.

Atriza Umar
Pegawai Jabatan Penyiaran dan Multimedia
Pertubuhan IKRAM Malaysia

3 Tahun PTI Tidak Dapat Dilangsungkan, Kini Tiba Masanya…

Ingin mengikuti pandangan semasa dan info terkini dari IKRAM?
Hantar maklumat anda kepada kami:

ARTIKEL TERKINI

Kulim

Masjid Al Muqarabbin, Taman Angsana, Kulim

Sungai Petani

Masjid Bandar Perdana, Bandar Perdana Sg Petani

Kubang Pasu / Alor Setar

Masjid An Nur IPG Kampus Darulaman, Jitra

Pekan

Masjid Sultan Ahmad Shah, Pekan

Pahang Barat

Surau RPSB Kg. Pagar, Penjom, Lipis

Pahang Barat

Surau Al Hidayah, Kg Melayu Sg Lui, Raub

Kota Samarahan

Masjid Al-Malik, Taman Uni Garden

Maaf, anda perlu bayar untuk dapatkan kajian ini. Sila hubungi pihak KADRI untuk info lanjut melalui email [email protected]

Berita Terkini IKRAM

Dapatkan info TERKINI

Langgan berita terkini supaya anda tidak ketinggalan info penting daripada Pertubuhan IKRAM Malaysia