Manifesto Rakyat dilancarkan, zahirkan suara rakyat

Manifesto Rakyat Dilancarkan, Zahirkan Suara Rakyat

KUALA LUMPUR – Gabungan Bertindak Malaysia (GBM) dan CSO Platform for Reform (CSO Platform) hari ini melancarkan Manifesto Rakyat bagi menzahirkan suara rakyat ke arah Malaysia yang harmoni, saksama dan progresif.

Koordinator Projek Manifesto Rakyat, Dr Lim Chee Han berkata, manifesto ini mengambil masa lebih setahun untuk dijayakan, dan antara tujuan manifesto ini ialah untuk membina gabungan masyarakat yang luas dan inklusif.

“Manifesto Rakyat ini, kami tidak bertujuan untuk Pilihan Raya Umum (PRU) sahaja, tetapi untuk membina gerakan sosial,” tambahnya.

Ujarnya, beza manifesto ini dengan manifesto lain ialah penekanan tentang pemilikan idea.

“Kami minta kepada rakyat input, memberikan cadangan, mereka patut menjadi sebahagian daripada Manifesto Rakyat.”

Jelasnya, ia akan memperkasakan mereka untuk melakukan lebih banyak advokasi melalui platform ini.

“Kami juga menekankan libat urus yang aktif untuk mendapatkan maklum balas dan sokongan rakyat.”

Dimulakan pada 2021, projek Manifesto Rakyat bertujuan untuk mengumpulkan pelbagai suara dalam masyarakat dan mencerminkan apa yang rakyat mahu, tuntut dan ambil berat dalam pelbagai bidang polisi.

Orang ramai dijemput untuk memberikan cadangan mereka di bawah 27 bidang polisi yang dikenal pasti yang dikategorikan kepada tiga tunggak iaitu perpaduan dalam kepelbagaian; mempromosi, menambah baik dan mempertahankan hak dan kebebasan sivil serta ke arah masyarakat yang adil, saksama dan demokratik.

Sementara itu, Pemangku Pengerusi GBM, Stanley Yong berkata, kira-kira 300 cadangan telah disusun ke dalam Manifesto Rakyat yang boleh menjadi garis panduan untuk membolehkan Malaysia bergerak ke hadapan sebagai sebuah negara.

“”Ini juga satu cara supaya ahli politik memberi tumpuan kepada masalah yang kita hadapi. Cadangan-cadangan ini adalah suara sebenar rakyat, gambaran sebenar rungutan mereka yang harus ditangani,” ujarnya.

Tambah beliau, pihaknya akan mengadakan roadshow untuk mempromosikan Manifesto Rakyat dan pada masa yang sama mendapatkan sokongan orang ramai.

Pelancaran Manifesto Rakyat disempurnakan secara simbolik melalui tandatangan sokongan secara dalam talian oleh Chee Han, Stanley Yong dan koordinator program CSO Platform, Beverly Joeman.

Turut hadir dalam majlis pelancaran itu Setiausaha Agung IKRAM, Haji Shahrul Aman Mohd Saari.

Kesemua kandungan Manifesto Rakyat boleh dilayari di pautan https://www.manifestorakyat2021.org/ atau dimuat turun di sini.

3 Tahun PTI Tidak Dapat Dilangsungkan, Kini Tiba Masanya…

Ingin mengikuti pandangan semasa dan info terkini dari IKRAM?
Hantar maklumat anda kepada kami:

ARTIKEL TERKINI

Kulim

Masjid Al Muqarabbin, Taman Angsana, Kulim

Sungai Petani

Masjid Bandar Perdana, Bandar Perdana Sg Petani

Kubang Pasu / Alor Setar

Masjid An Nur IPG Kampus Darulaman, Jitra

Pekan

Masjid Sultan Ahmad Shah, Pekan

Pahang Barat

Surau RPSB Kg. Pagar, Penjom, Lipis

Pahang Barat

Surau Al Hidayah, Kg Melayu Sg Lui, Raub

Kota Samarahan

Masjid Al-Malik, Taman Uni Garden

Maaf, anda perlu bayar untuk dapatkan kajian ini. Sila hubungi pihak KADRI untuk info lanjut melalui email [email protected]

Berita Terkini IKRAM

Dapatkan info TERKINI

Langgan berita terkini supaya anda tidak ketinggalan info penting daripada Pertubuhan IKRAM Malaysia