‘Mana Mungkin’ jadi pilihan puisi Palestin

Berikutan ingatan mendalam terhadap kisah Rachel Aliene Corrie, seorang aktivis dari Amerika Syarikat dengan semangatnya dalam perjuangan kemanusiaan membantu golongan tertindas di bumi Palestin, maka tercetuslah idea untuk beliau mencipta puisi tersebut yang dimuatkan dalam buku ’99 Puisi Untuk Palestin’. 

“Corrie pada hari tersebut menghadang buldozer Israel yang hendak menghancurkan rumah keluarga seorang ahli farmasi Palestin yang mana beliau bersahabat dengan keluarga tersebut.”

Beliau meninggal dunia pada 16 Mac 203 ketika berusia 23 tahun di Rafah, Gaza setelah dilanggar dan dilenyek oleh jentolak yang dihadangnya hingga mengakibatkan tulang tengkoraknya retak, tulang rusuknya hancur dan menusuk paru-parunya.

“Dapatkah kita bayangkan, seorang wanita duduk di depan buldozer semata-mata untuk menghalang tindakan Zionis yang akan meruntuhkan rumah orang Palestin dan beliau menjadi benteng manusia, bagi menghalang segala itu,” tegas Dr Hafidzah.

Dan kemudian tambahnya lagi, Allah ambil nyawanya dalam satu perjuangan kemanusiaan, yang mana beliau dilenyek buldozer.

“Untuk apa seorang Rachel yang bukan seorang Muslim lakukan? Semuanya adalah untuk sebuah kemanusiaan.”

Beliau bukanlah seakidah, jelas Hafidzah, tetapi kesedaran beliau sebagai seorang yang prihatin terhadap manusia lainnya menyebabkan ia menjadi berani melakukan semua itu.

“Isu Palestin bukanlah hanya isu agama tetapi ia juga adalah isu kemanusiaan.”

Seterusnya kehidupan dan perjuangan Rachel Corrie diabadikan dalam banyak penghormatan, antaranya drama yang berjudul ‘My Name Is Rachel Corrie’ dan sebuah paduan suara ‘The Skies are Weeping’.

Tulisan-tulisannya dibukukan pada tahun 2008 berjudul ‘Let Me Stand Alone’ yang mengisahkan tentang “proses pendewasaan seorang wanita muda” yang ingin membuat dunia sebagai tempat yang baik.

“Hinggakan sebuah pertubuhan sosial, Rachel Corrie Foundation for Peace and Justice ditubuhkan untuk melanjutkan perjuangannya,” ujarnya.

Dr Hafidzah yang juga Pengerusi Jawatankuasa Media Wanita IKRAM berpeluang membacakan puisinya di hadapan hadirin sebelum acara berakhir.

Sayembara anjuran anjuran Unit Seni Jawatankuasa Media Wanita IKRAM dengan kerjasama Rose2Rose dan IKRAM Siswa diadakan buat julung kalinya di Dewan Cempaka National Institute Of Occupational Safety And Health (NIOSH).

Mana Mungkin

Mana mungkin
Aku duduk diam
Tika saudaraku di Palestin dibedil meriam

Mana mungkin
Aku diam membisu
Tika pemuda tidak bersenjata dihujani peluru

Mana mungkin
Aku duduk tidak peduli
Tika wanita-wanita Palestin kehilangan anak dan suami

Mana mungkin
Aku dan kamu tidak merasa apa-apa
Tika kanak-kanak yang tidak berdosa
Dan wanita digelek jentolak dan buldozer

Mana mungkin aku terus leka
Tika penjajah zionis israel masih bermaharajalela
Sementara masih ramai saudaraku di sini
Masih leka terus dibuai kesenangan dunia
Hanyut lalai dan tidak peka

Kerana negara kitakan aman damai kata mereka
Buat apa susah-susah tolong orang jauh
Sedang di negara sendiri pun kita masih belum utuh
Aduhai hati ini meronta-ronta
Tidak merelakan kezaliman terhadap mereka

Ya Tuhan, Ya Tuhan, bantulah mereka
Kuatkan semangat dan kukuhkan kedudukan mereka
Hantarkan bala tenteraMu menolong mereka
Agar kekejaman dan kesombongan lenyap bersemi
Agar kebenaran dan keadilanMu tertegak di bumi
Allahu Akbar.

3 Tahun PTI Tidak Dapat Dilangsungkan, Kini Tiba Masanya…

Ingin mengikuti pandangan semasa dan info terkini dari IKRAM?
Hantar maklumat anda kepada kami:

ARTIKEL TERKINI

Kulim

Masjid Al Muqarabbin, Taman Angsana, Kulim

  • 5-7 April 2024
  • Ahmad Shahimi Senawi (0124061444)

Sungai Petani

Masjid Bandar Perdana, Bandar Perdana Sg Petani

  • 5-7 April 2024
  • Us Rozi Abu (0103535159)

Kubang Pasu / Alor Setar

Masjid An Nur IPG Kampus Darulaman, Jitra

  • 5-7 April 2024
  • Ruzinoor Che Mat (0194726820) Khairussani Farid (0132227380)

Pekan

Masjid Sultan Ahmad Shah, Pekan

  • 30 - 31 Mac 2024
  • Dr Mohamad Heerwan Peeie (010-9112045)

Pahang Barat

Surau RPSB Kg. Pagar, Penjom, Lipis

  • 30 - 31 Mac 2024
  • Faisal (0129725464) & Nazilah (01110540165)

Pahang Barat

Surau Al Hidayah, Kg Melayu Sg Lui, Raub

  • 5 - 6 April 2024
  • Faisal (0129725464)

Kota Samarahan

Masjid Al-Malik, Taman Uni Garden

  • 30 - 31 Mac 2024
  • Ustaz Muhamad Faiz bin Muhd Fadhil 019-4102067

Maaf, anda perlu bayar untuk dapatkan kajian ini. Sila hubungi pihak KADRI untuk info lanjut melalui email kadri@ikram.my

Berita Terkini IKRAM

Dapatkan info TERKINI

Langgan berita terkini supaya anda tidak ketinggalan info penting daripada Pertubuhan IKRAM Malaysia