Ciri Kelapan: Ekonomi yang Mampan

Deskripsi: Ekonomi negara yang mampan hanya akan lahir daripada usaha-usaha pembangunan ekonomi yang menyeluruh oleh rakyat yang aktif dan pihak pemerintah yang bersungguh-sungguh.

Bagi menjana kemakmuran negara dan prestasi ekonomi yang berkembang maju, tumpuan perlulah diberikan kepada usaha-usaha  pembangunan modal insan dalam negara, usaha-usaha pendidikan rakyat perlu diperkasakan di seluruh negara, meliputi semua lapisan masyarakat, mengembangkan potensi-potensi mereka serta meningkatkan kemahiran mereka dalam berbagai-bagai bidang pekerjaan atau perusahaan.

Mendedahkan generasi muda terutamanya kepada teknologi-teknologi baru, perusahaan dan perisian, teknologi siber atau digital, penguasaannya akan banyak membantu negara memperkuatkan daya persaingannya di peringkat dunia antarabangsa, menembusi pasaran-pasaran baru pada masa hadapan, mendepani cabaran-cabaran baru yang lebih besar dalam semua bidang pembangunan dan perusahaan.

Dibantu oleh pentadbiran negara yang cekap, bersih dan amanah, serta kerja keras rakyat, pencapaian ekonomi negara dan prestasinya yang cemerlang mampu dikekalkan, bahkan ditingkatkan ke tahapan yang lebih tinggi lagi pada masa-masa hadapan.

Sebagai langkah awal, perancangan pembinaan negara secara holistik perlu dibangun dan dioperasikan, penyusunan semula penempatan sebahagian rakyat dan pembangunan infra struktur perlu dilakukan, kesejahteraan hidup rakyat perlu dipastikan, pengurusan yang cekap, bersih dan amanah perlu diwujudkan terlebih dahulu.

Ekonomi negara yang mampan hanya akan lahir daripada usaha-usaha pembangunan ekonomi yang menyeluruh oleh rakyat yang aktif dan pihak pemerintah yang bertanggungungjawab mengusahakan pembangunan tersebut dengan bersungguh-sungguh, tanpa tangguh-tangguh, bahkan bertawakal kepada Allah SWT selepas itu.

Ia dapat dijayakan menerusi gabungan usaha-usaha kerajaan dan pihak swasta, menerusi penglibatan sama pelabur-pelabur asing dari luar negara menggerakkan berbagai-bagai inisiatif, aktiviti ekonomi yang patuh syariah dalam menyediakan barangan atau perkhidmatan yang boleh diperdagangkan dalam negara atau di peringkat antarabangsa, ia juga menuntut kewujudan pasaran yang bersih dan sihat dalam negara dan di peringkat antara negara dan bangsa, pertukaran mata wang yang adil dan mantap antara berbagai-bagai negara.

Sebenarnya, kedudukan ekonomi negara yang mampan dewasa ini sukar dipertahankan lantaran mendepani kita dewasa ini adalah satu sistem ekonomi yang kejam, sistem ekonomi kapitalis yang menyediakan banyak jerat yang akan membawa kita jatuh ke dalam perangkap-perangkapnya, perangkap riba, hutang serta bunganya, monopoli, penguasaan pasaran secara tidak adil dan tidak beretika, pertukaran mata wang yang mampu mereka permain-mainkan, minda penindasan, pemerasan, perhambaan dan penjajahan yang amat tebal yang kesemuanya masih mewarnai order dunia masa kini.

Jalan keluar kepada kemelut ini tetap ada, menerusi penyatuan umat dan negara-negara Islam yang mampu mewujudkan satu pasaran bersama yang patuh syariah, adil, mampu menyaingi pasaran-pasaran lain di dunia, yang mengunakan mata wangnya sendiri iaitu dinar Islami selain daripada membangunkan sistem ekonominya sendiri yang mampu menaungi semua dengan keadilannya.

 

Sumber:
Artikel 12 Ciri Negara Rahmah | 2021
Ustaz Dr Mohd Parid Sheikh Ahmad
Presiden Pertubuhan IKRAM Malaysia           

Ciri-ciri Negara Rahmah:

Kulim

Masjid Al Muqarabbin, Taman Angsana, Kulim

  • 5-7 April 2024
  • Ahmad Shahimi Senawi (0124061444)

Sungai Petani

Masjid Bandar Perdana, Bandar Perdana Sg Petani

  • 5-7 April 2024
  • Us Rozi Abu (0103535159)

Kubang Pasu / Alor Setar

Masjid An Nur IPG Kampus Darulaman, Jitra

  • 5-7 April 2024
  • Ruzinoor Che Mat (0194726820) Khairussani Farid (0132227380)

Pekan

Masjid Sultan Ahmad Shah, Pekan

  • 30 - 31 Mac 2024
  • Dr Mohamad Heerwan Peeie (010-9112045)

Pahang Barat

Surau RPSB Kg. Pagar, Penjom, Lipis

  • 30 - 31 Mac 2024
  • Faisal (0129725464) & Nazilah (01110540165)

Pahang Barat

Surau Al Hidayah, Kg Melayu Sg Lui, Raub

  • 5 - 6 April 2024
  • Faisal (0129725464)

Kota Samarahan

Masjid Al-Malik, Taman Uni Garden

  • 30 - 31 Mac 2024
  • Ustaz Muhamad Faiz bin Muhd Fadhil 019-4102067

Maaf, anda perlu bayar untuk dapatkan kajian ini. Sila hubungi pihak KADRI untuk info lanjut melalui email kadri@ikram.my

Berita Terkini IKRAM

Dapatkan info TERKINI

Langgan berita terkini supaya anda tidak ketinggalan info penting daripada Pertubuhan IKRAM Malaysia