Ciri Pertama : Kepemimpinan Negara yang Kompeten dan Berintegriti

Deskripsi: Kepemimpinan yang terbaik dan berwibawa, memiliki kebolehan dan kemahiran tadbir urus yang terbaik sehingga mampu mengangkat negara dan rakyat maju ke hadapan.

 قَالَتۡ إِحۡدَىٰهُمَا يَٰٓأَبَتِ ٱسۡتَـٔۡجِرۡهُۖ إِنَّ خَيۡرَ مَنِ ٱسۡتَـٔۡجَرۡتَ ٱلۡقَوِيُّ ٱلۡأَمِينُ

Salah seorang di antara perempuan yang berdua itu berkata: “Wahai ayah, ambillah dia memjadi orang upahan (menggembala kambing kita), sesungguhnya sebaik-baik orang yang ayah ambil bekerja ialah orang yang kuat, lagi amanah.” (Surah al-Qasas, Ayat 26)

قَالَ ٱجۡعَلۡنِي عَلَىٰ خَزَآئِنِ ٱلۡأَرۡضِۖ إِنِّي حَفِيظٌ عَلِيمٞ

Yusuf berkata: “Jadikanlah daku pengurus perbendaharaan hasil bumi (Mesir); sesungguhnya aku sedia menjaganya dengan sebaik-baiknya, lagi mengetahui cara mentadbirkannya.” (Surah Yusuf, Ayat 55)

من ولي من أمر المسلمين شيئًا فولى رجلاً وهو يجد من هو أصلح للمسلمين منه، فقد خان الله ورسوله

“Barang siapa yang memimpin suatu urusan kaum Muslimin lalu ia mengangkat seseorang padahal ia menemukan orang yang lebih pantas untuk kepentingan umat Islam daripada orang itu, maka dia telah berkhianat kepada Allah dan Rasul-Nya.” (HR Hakim dalam kitab Sahihnya)

Ia membawa makna, seorang pemimpin yang terbaik, memiliki kekuatan iman, kelayakan, kebolehan dan kemahiran tadbir urus yang terbaik sehingga mampu mengangkat negara dan rakyat maju ke hadapan dengan cepat, berkembang dalam semua bidang dan lapangan secara teratur dan pesat, keperibadian pemimpin yang menjadi contoh terbaik kepada rakyat  untuk diikuti, kuat, berilmu, berani, tegas, adil, sentiasa mengamalkan syura dengan baik, seorang abid yang warak, memiliki akhlak-akhlak batin yang terpuji, sentiasa menyantuni seluruh rakyat  yang dipimpini, memelihara kelestarian alam sekitar secara berterusan.

Dia merupakan seorang pemimpin yang berwibawa, tidak curang, bertanggungjawab, adil kepada semua rakyat dalam semua keadaan, tidak mengambil kesempatan daripada kedudukannya untuk kepentingan dirinya, keluarga atau penyokong tegarnya sama sekali, tunduk dan patuh kepada tuntutan Islam dalam semua keadaan.

Contoh terbaik kepada kepimpinan yang kompeten dan berintegriti ialah Saidina Abu Bakar al-Siddiq RA dan Saidina Umar al-Faruq RA. Kedua-duanya contoh terbaik yang pernah lahir dalam sejarah sebagai hasil didikan Nabi Muhammad SAW, dua Khalifah al-Rasihidin yang telah memerintah negara Islam selepas kewafatan Baginda Rasulullah SAW dengan adil.

Negara Islam di bawah kepimpinan Saidina Abu Bakar berjaya mengatasi kemelut dalaman dalam negara di peringkat awal, menewaskan golongan yang enggan membayar zakat, golongan murtad, golongan yang mendakwa diri sebagai nabi-nabi baru selain Muhammad SAW. Selepas itu, baginda memulakan usaha-usaha dakwah dan perluasan daerah negara Islam ke luar semenanjung Arab.

Saidina Umar al-Faruq pula telah meneruskan usaha-usaha Abu Bakar memperluas dakwah dan daerah-daerah penguasaan Islam ke utara Afrika, Asia Minor (Anatolia) dan Asia Tengah juga banjaran Hindukush, meletakkan batu asas yang kuat kepada pentadbiran negara yang berjaya dan berkembang maju, menerusi pembahagian wilayah yang dikepalai oleh para gabenor yang kompeten dan berintegriti,  pembagunan pelbagai jabatan dan institusi yang bertanggungjawab menguruskan berbagai-bagai urusan negara, mengekalkan para sahabat Rasulullah SAW yang berpengaruh terus bermukim di daerah Hijjaz, sekitar kota Makkah dan al-Madinah al-Munawwarah bagi menjamin kestabilan pemerintahan.

Faktor kepimpinan yang kompeten dan berintegriti, pemimpin yang soleh ini merupakan faktor utama dan kunci kepada perkembangan dan kemakmuran sesebuah negara. Saidina Umar pernah ditanya: “Apakah sesebuah negara yang majoriti rakyatnya soleh boleh berhadapan dengan fitnah, berbagai-bagai kemelut dan bencana? Jawapan beliau: “Boleh, sewaktu golongan yang jahat memimpin golongan  majoriti yang soleh tersebut.” 

Sumber:
Artikel 12 Ciri Negara Rahmah | 2021
Ustaz Dr Mohd Parid Sheikh Ahmad
Presiden Pertubuhan IKRAM Malaysia

Kulim

Masjid Al Muqarabbin, Taman Angsana, Kulim

Sungai Petani

Masjid Bandar Perdana, Bandar Perdana Sg Petani

Kubang Pasu / Alor Setar

Masjid An Nur IPG Kampus Darulaman, Jitra

Pekan

Masjid Sultan Ahmad Shah, Pekan

Pahang Barat

Surau RPSB Kg. Pagar, Penjom, Lipis

Pahang Barat

Surau Al Hidayah, Kg Melayu Sg Lui, Raub

Kota Samarahan

Masjid Al-Malik, Taman Uni Garden

Maaf, anda perlu bayar untuk dapatkan kajian ini. Sila hubungi pihak KADRI untuk info lanjut melalui email kadri@ikram.my

Berita Terkini IKRAM

Dapatkan info TERKINI

Langgan berita terkini supaya anda tidak ketinggalan info penting daripada Pertubuhan IKRAM Malaysia