Search
Close this search box.
Search
Close this search box.

Ciri Keenam: Institusi Keluarga yang Utuh

Deskripsi: Masyarakat yang baik, progresif dan peka dengan keadaan ahli-ahlinya lahir daripada rangkaian institusi-institusi keluarga yang utuh, rapat dan prihatin terhadap sesama anggotanya.

 وَٱلَّذِينَ ءَامَنُواْ وَٱتَّبَعَتۡهُمۡ ذُرِّيَّتُهُم بِإِيمَٰنٍ أَلۡحَقۡنَا بِهِمۡ ذُرِّيَّتَهُمۡ وَمَآ أَلَتۡنَٰهُم مِّنۡ عَمَلِهِم مِّن شَيۡءٖۚ كُلُّ ٱمۡرِيِٕۭ بِمَا كَسَبَ رَهِينٞ

“Dan orang-orang yang beriman yang diturut oleh zuriat keturunannya dengan keadaan beriman, Kami hubungkan (himpunkan) zuriat keturunannya itu dengan mereka (di dalam Syurga); dan Kami (dengan itu) tidak mengurangi sedikit pun daripada pahala amal-amal mereka; tiap-tiap seorang manusia terikat dengan amal yang dikerjakannya.” (Surah At-Thur, Ayat 21)

وَأۡمُرۡ أَهۡلَكَ بِٱلصَّلَوٰةِ وَٱصۡطَبِرۡ عَلَيۡهَاۖ لَا نَسۡـَٔلُكَ رِزۡقٗاۖ نَّحۡنُ نَرۡزُقُكَۗ وَٱلۡعَٰقِبَةُ لِلتَّقۡوَى

“Dan perintahkanlah keluargamu serta umatmu mengerjakan sembahyang, dan hendaklah engkau tekun bersabar menunaikannya. Kami tidak meminta rezeki kepadamu, (bahkan) Kamilah yang memberi rezeki kepadamu. Dan (ingatlah) kesudahan yang baik adalah bagi orang-orang yang bertakwa.” (Surah Ta-Ha, Ayat 132)

يَٰٓأَبَتِ لَا تَعۡبُدِ ٱلشَّيۡطَٰنَۖ إِنَّ ٱلشَّيۡطَٰنَ كَانَ لِلرَّحۡمَٰنِ عَصِيّٗا

“Wahai ayahku, janganlah ayah menyembah Syaitan, sesungguhnya Syaitan itu adalah menderhaka kepada Allah yang melimpah-limpah rahmat-Nya.”

يَٰٓأَبَتِ إِنِّيٓ أَخَافُ أَن يَمَسَّكَ عَذَابٞ مِّنَ ٱلرَّحۡمَٰنِ فَتَكُونَ لِلشَّيۡطَٰنِ وَلِيّٗا

“Wahai ayahku, sesungguhnya aku bimbang bahawa ayah akan kena azab daripada (Allah) Ar-Rahman disebabkan ayah menyembah yang lainnya; maka dengan sebab itu, akan menjadilah ayah rakan bagi Syaitan di dalam neraka.” (Surah Maryam, Ayat 44-45)

يَٰٓأَيُّهَا ٱلَّذِينَ ءَامَنُواْ قُوٓاْ أَنفُسَكُمۡ وَأَهۡلِيكُمۡ نَارٗا وَقُودُهَا ٱلنَّاسُ وَٱلۡحِجَارَةُ عَلَيۡهَا مَلَٰٓئِكَةٌ غِلَاظٞ شِدَادٞ لَّا يَعۡصُونَ ٱللَّهَ مَآ أَمَرَهُمۡ وَيَفۡعَلُونَ مَا يُؤۡمَرُونَ

“Wahai orang-orang yang beriman! Peliharalah diri kamu dan keluarga kamu daripada neraka yang bahan-bahan bakarannya: manusia dan batu (berhala); neraka itu dijaga dan dikawal oleh malaikat-malaikat yang keras kasar (layanannya); mereka tidak menderhaka kepada Allah dalam segala yang diperintahkan-Nya kepada mereka, dan mereka pula tetap melakukan segala yang diperintahkan.” (Surah At-Tahrim, Ayat 6)

Masyarakat yang baik, progresif dan peka dengan keadaan ahli-ahlinya lahir daripada rangkaian institusi-institusi keluarga yang utuh, rapat dan prihatin terhadap sesama anggotanya, susah dan senang mereka sentiasa bersama, saling membantu di kala susah dan sama-sama bergembira sewaktu senang

Keluarga sebegini lahir daripada perkongsian ayah dan ibu yang bertangungjawab, saling membantu dalam meringankan bebanan kehidupan dan menyantuni anak-anak, mendidik mereka, menyediakan kondisi rumah tangga yang makmur, penuh dengan kebahagiaan dan kedamaian, suasana pembesaran anak-anak yang terbaik, membolehkan mereka membesar dan berkembang sebagai angota-anggota masyarakat yang soleh.

Lahirlah daripada keluarga-keluarga sebegini anak-anak yang cemerlang, memiliki keperibadian yang berintegriti sejak kecil lagi, rajin menimba ilmu pengetahuan, menolong ibu bapa mengatasi kesusahan dan cabaran-cabaran kehidupan, tekun membina ketrampilan diri agar berjaya dalam kehidupan masa depan, memperlengkapkan diri dengan kebijakan-kebijakan dan pengalaman-pegalaman yang akan banyak membantu melestarikan pendekatan-pendekatan mereka menatangi cabaran-cabaran kehidupan peribadi, kehidupan berkeluarga, kehidupan bermasyarakat dan kehidupan bernegara pada masa hadapan. 

Sumber:
Artikel 12 Ciri Negara Rahmah | 2021
Ustaz Dr Mohd Parid Sheikh Ahmad
Presiden Pertubuhan IKRAM Malaysia

Kulim

Masjid Al Muqarabbin, Taman Angsana, Kulim

Sungai Petani

Masjid Bandar Perdana, Bandar Perdana Sg Petani

Kubang Pasu / Alor Setar

Masjid An Nur IPG Kampus Darulaman, Jitra

Pekan

Masjid Sultan Ahmad Shah, Pekan

Pahang Barat

Surau RPSB Kg. Pagar, Penjom, Lipis

Pahang Barat

Surau Al Hidayah, Kg Melayu Sg Lui, Raub

Kota Samarahan

Masjid Al-Malik, Taman Uni Garden

Maaf, anda perlu bayar untuk dapatkan kajian ini. Sila hubungi pihak KADRI untuk info lanjut melalui email kadri@ikram.my

Berita Terkini IKRAM

Dapatkan info TERKINI

Langgan berita terkini supaya anda tidak ketinggalan info penting daripada Pertubuhan IKRAM Malaysia