Search
Close this search box.
Search
Close this search box.

Ciri Ketiga: Tadbir Urus yang Baik

Deskripsi: Pembahagian peranan secara saksama, pelantikan pegawai yang amanah, mahir dan cekap, serta pembentukan jentera pentadbiran yang mampu menggalas tanggungjawab.

“ السياسة الشرعية هى تدبير الامام القوام لشئون الرعية المشتركة حسب مقاصد الشريعة “

“Siasah syar’iyyah ialah pengurusan seorang pemimpin yang adil terhadap urusan-urusan yang dikongsi bersama oleh semua rakyat sejajar dengan kehendak-kehendak syariah.”  (Dr Mohd Naim Yasen,  Muzakkirah Siasah Syar’iyyah)

Ia merupakan hasil daripada kepimpinan negara yang kompeten dan berintegriti, telus dan bertanggungjawab, melaksanakan tanggungjawab pengurusan negara dengan baik menerusi pembahagian tugasan dan peranan secara saksama, pelantikan pegawai-pegawai dan petugas-petugas yang amanah, mahir dan cekap, pembentukan jentera pentadbiran yang mampu menggalas tanggungjawab dalam bidang masing-masing dengan tuntas, amanah dan cekap, saling bekerjasama menjayakan usaha-usaha bagi membangunkan sebuah negara Malaysia baru, negara rahmah mithali.

Ia dapat berdiri di tengah-tengah dunia sebagai sebuah negara contoh dan berjaya yang mampu dibangunkan oleh umat Islam yang telah dapat menguruskannya dengan baik, bebas lepas daripada amalan salah guna kuasa dan kedudukan, dipandu kepentingan  agenda umat dan rakyat, mengangkat taraf hidup mereka, hidup mulia dan merdeka, dihormati dan disanjung tinggi di peringkat dunia antarabangsa.  

Sebuah negara yang menyantuni seluruh rakyatnya, membangunkan mereka menerusi sistem pendidikan yang holistik, bersepadu, mengembangkan seluruh potensi-potensi dan bakat-bakat mereka ke arah pembangunan kemahiran, kepakaran, ketrampilan dan keupayaan-keupayaan baru secara berterusan agar dapat melibatkan diri bersama-sama membangunkan negara yang lebih baik, mampu berkembang maju dengan cepat, mampu bersaing di peringkat antarabangsa dalam relung-relung kegiatan yang strategik, mandiri dan berdikari, memacu pengembangan teknologi-teknologi baru yang bersifat damai, mengkhidmati umat manusia dan dunia sejagat.

 

Sumber:
Artikel 12 Ciri Negara Rahmah | 2021
Ustaz Dr Mohd Parid Sheikh Ahmad
Presiden Pertubuhan IKRAM Malaysia

Kulim

Masjid Al Muqarabbin, Taman Angsana, Kulim

Sungai Petani

Masjid Bandar Perdana, Bandar Perdana Sg Petani

Kubang Pasu / Alor Setar

Masjid An Nur IPG Kampus Darulaman, Jitra

Pekan

Masjid Sultan Ahmad Shah, Pekan

Pahang Barat

Surau RPSB Kg. Pagar, Penjom, Lipis

Pahang Barat

Surau Al Hidayah, Kg Melayu Sg Lui, Raub

Kota Samarahan

Masjid Al-Malik, Taman Uni Garden

Maaf, anda perlu bayar untuk dapatkan kajian ini. Sila hubungi pihak KADRI untuk info lanjut melalui email kadri@ikram.my

Berita Terkini IKRAM

Dapatkan info TERKINI

Langgan berita terkini supaya anda tidak ketinggalan info penting daripada Pertubuhan IKRAM Malaysia