Ciri Kesepuluh: Pembangunan yang Lestari

Deskripsi: Pembangunan negara yang berlangsung tanpa menyebabkan apa-apa kerosakan kepada persekitaran dan alam, juga sewaktu berlaku pemanfaatan seluruh sumber alam sepenuhnya tanpa pembaziran.

وَإِلَىٰ ثَمُودَ أَخَاهُمۡ صَٰلِحٗاۚ قَالَ يَٰقَوۡمِ ٱعۡبُدُواْ ٱللَّهَ مَا لَكُم مِّنۡ إِلَٰهٍ غَيۡرُهُۥۖ هُوَ أَنشَأَكُم مِّنَ ٱلۡأَرۡضِ وَٱسۡتَعۡمَرَكُمۡ فِيهَا فَٱسۡتَغۡفِرُوهُ ثُمَّ تُوبُوٓاْ إِلَيۡهِۚ إِنَّ رَبِّي قَرِيبٞ مُّجِيبٞ

Dan kepada kaum Thamud, kami utuskan saudara mereka, Nabi Soleh. Ia berkata: “Wahai kaumku! Sembahlah kamu akan Allah! Sebenarnya tiada Tuhan bagi kamu selain daripada-Nya. Dialah yang menjadikan kamu daripada bahan-bahan bumi, serta menghendaki kamu memakmurkannya. Oleh itu mintalah ampun kepada Allah daripada perbuatan syirik, kemudian kembalilah kepada-Nya dengan taat dan tauhid. Sesungguhnya Tuhanku sentiasa dekat, lagi sentiasa memperkenankan permohonan hamba-Nya.” (Surah Hud, Ayat 61)

وَٱبۡتَغِ فِيمَآ ءَاتَىٰكَ ٱللَّهُ ٱلدَّارَ ٱلۡأٓخِرَةَۖ وَلَا تَنسَ نَصِيبَكَ مِنَ ٱلدُّنۡيَاۖ وَأَحۡسِن كَمَآ أَحۡسَنَ ٱللَّهُ إِلَيۡكَۖ وَلَا تَبۡغِ ٱلۡفَسَادَ فِي ٱلۡأَرۡضِۖ إِنَّ ٱللَّهَ لَا يُحِبُّ ٱلۡمُفۡسِدِينَ

“Dan tuntutlah dengan harta kekayaan yang telah dikurniakan Allah kepadamu akan pahala dan kebahagiaan hari akhirat dan janganlah engkau melupakan bahagianmu (keperluan dan bekalanmu) daripada dunia; dan berbuat baiklah (kepada hamba-hamba Allah) sebagaimana Allah berbuat baik kepadamu (dengan pemberian nikmat-Nya yang melimpah-limpah); dan janganlah engkau melakukan kerosakan di muka bumi; sesungguhnya Allah tidak suka kepada orang-orang yang berbuat kerosakan.” (Surah Al-Qasas, Ayat 77)

Pembangunan sesebuah negara secara lestari bermula dengan pembangunan sumber manusianya terlebih dahulu lantaran pembangunan seterusnya banyak bergantung kepada bentuk sumber manusia yang dimiliki negara tersebut.

Pertama-tamanya sumber manusianya mestilah dibentuk secara sempurna, diri mereka dan seluruh potensinya mestilah dibangunkan secara holistik, memiliki jati diri, visi dan misi kehidupan yang benar serta jelas, keupayaan, kemahiran serta kepakaran yang bersesuaian dengan peranan-peranan atau tugasan-tugasan yang akan dilaksanakan dalam kehidupannya.

Diri mereka perlu dibangunkan secara menyeluruh dan berimbangan, sudut fizikal dan rohaninya, minda dan emosinya, memiliki kepekaan teradap diri dan lingkungan manusia lain sekelling dirinya, persekitaran dan alam semesta.

Selepas itu dilakukan pembangunan negara dalam bidang-bidang khusus bagi memenuhi keperluan asas negara dan rakyat terlebih dahulu, pembangunan pertanian dan perbekalan makanan negara, infrastruktur dan kemudahan-kemudahan pengangkutan, jalan raya dan jambatan, kemudahan-kemudahan pendidikan dan kesihatan, perhubungan, bekalan elektrik dan air bersih untuk rakyat.

Dalam masa sama, pembangunan sumber manusia perlu ditingkatkan menerusi pembangunan pusat-pusat pengajian tinggi dan universiti-universiti, penghantaran pelajar-pelajar ke universiti-universiti luar negara bagi memperolehi pendidikan lebih tinggi lagi, memasuki bidang-bidang kesarjanaan dan kepakaran yang diperlukan negara pada masa hadapan.

Pada fasa-fasa berikutnya, negara perlu mempelbagaikan sumber-sumber pendapatannya, daripada sumber-sumber bumi, kehutanan, pertanian, penternakan  perikanan dan kelautannya, mula menerima kemasukan pemodal-pemodal asing melabur dalam bidang-bidang industri pemprosesan bahan-bahan mentah, kayu-kayan, pertanian, penternakan, tenusu, perikanan dan kelautan walaupun mereka pada tahap tersebut akan memperolehi taraf perintis untuk tempoh-tempoh tertentu lantaran ia sekurang-kurangnya membuka ruang pekerjaan dan pemindahan teknologi pemprosesan kepada sebahagian rakyat. Itu pun dengan syarat industri-industri tersebut mestilah industri-industri yang mesra alam sekitar, tidak mengeluarkan karbon monoksida yang akan menipiskan lapisan ozon negara.

Semua proses pembangunan ini akan berlangsung bertahap-tahap, berkembang memasuki fasa-fasa seterusnya. Dalam bidang industri, ia akan berkembang daripada industri pemprosesan kepada industri pembuatan dan kemudian kepada industri-industri baru  berasaskan machinery (jentera, mesin), permotoran dan pendigitalan. Dalam masa yang sama, pembangunan negara perlu bergerak ke dalam bidang-bidang lain secara menyeluruh, bidang politik, ekonomi dan sosial, bidang-bidang industri tekstil, industri berasaskan pertanian (agro-based), industri pertahanan dan persenjataan, perkapalan, industri kewangan termasuk industri kewangan Islam, industri pelancongan dan lain-lain, pembangunan infrastruktur-infrastruktur dan kemudahan-kemudahan yang lebih maju dan sistem-sistem perhubungan, penyampaian dan pengangkutan yang lebih canggih.

Negara dapat berkembang maju menerusi kerja-kerja keras berasaskan perancangan yang mantap (robust), maklumat-maklumat yang tepat, penyertaan pusat-pusat kajian yang tersohor, graduan-graduan/siswazah pelbagai universiti penyelidikan dan institusi-institusi kemahiran.

Usaha-usaha pembangunan ini juga mampu menjadikan Malaysia sebagai hab halal bertaraf dunia, hab kewangan Islam, hab pendidikan dan hab pelancongan kesihatan yang terkemuka.

Pembangunan negara ini akan kekal lestari sewaktu ia berlangsung tanpa menyebabkan apa-apa kerosakan kepada persekitaran dan alam, juga sewaktu berlaku pemanfaatan seluruh sumber alam sepenuhnya tanpa pembaziran atau pensia-siaan, pengunaan sumber-sumber alam juga hanya sekadar keperluan saja, menjadikannya mampu hidup dan berkembang kembali pada masa-masa hadapan dan untuk manfaat generasi berikutnya, selain itu ia diuruskan menerusi pengurusan terbaik dan juga menerusi pengunaan teknologi paling canggih. Pembangunan seperti ini akan berpenghujung dengan kemakmuran.

Pembangunan negara dalam bentuknya yang lestari ini mampu berlangsung berterusan sewaktu negara terus-menerus berada dalam keadaan aman, politik yang stabil, diterajui kepimpinan atau pemerintahan yang berwibawa, kompeten dan berintegriti. Rakyat dan masyarakat yang progresif, berpengetahuan dan bermaklumat, prihatin terhadap perkembangan negara. Institusi-institusi kenegaraan yang berperanan secara profesional dengan semak dan imbang yang berkesan, telus dan cekap. Perpaduan nasional yang utuh serta pengagihan kekayaan negara secara saksama.

 

Sumber:
Artikel 12 Ciri Negara Rahmah | 2021
Ustaz Dr Mohd Parid Sheikh Ahmad
Presiden Pertubuhan IKRAM Malaysia

Ciri-ciri Negara Rahmah:

Kulim

Masjid Al Muqarabbin, Taman Angsana, Kulim

  • 5-7 April 2024
  • Ahmad Shahimi Senawi (0124061444)

Sungai Petani

Masjid Bandar Perdana, Bandar Perdana Sg Petani

  • 5-7 April 2024
  • Us Rozi Abu (0103535159)

Kubang Pasu / Alor Setar

Masjid An Nur IPG Kampus Darulaman, Jitra

  • 5-7 April 2024
  • Ruzinoor Che Mat (0194726820) Khairussani Farid (0132227380)

Pekan

Masjid Sultan Ahmad Shah, Pekan

  • 30 - 31 Mac 2024
  • Dr Mohamad Heerwan Peeie (010-9112045)

Pahang Barat

Surau RPSB Kg. Pagar, Penjom, Lipis

  • 30 - 31 Mac 2024
  • Faisal (0129725464) & Nazilah (01110540165)

Pahang Barat

Surau Al Hidayah, Kg Melayu Sg Lui, Raub

  • 5 - 6 April 2024
  • Faisal (0129725464)

Kota Samarahan

Masjid Al-Malik, Taman Uni Garden

  • 30 - 31 Mac 2024
  • Ustaz Muhamad Faiz bin Muhd Fadhil 019-4102067

Maaf, anda perlu bayar untuk dapatkan kajian ini. Sila hubungi pihak KADRI untuk info lanjut melalui email kadri@ikram.my

Berita Terkini IKRAM

Dapatkan info TERKINI

Langgan berita terkini supaya anda tidak ketinggalan info penting daripada Pertubuhan IKRAM Malaysia