Majoriti mahu Tun Mahathir hanya ‘PM 2 Tahun’

Daripada majoriti yang berpandangan Tun Mahathir perlu melepaskan jawatan, ia terpecah kepada empat kumpulan iaitu 44 peratus menyokong jawatan perlu dilepaskan enam bulan dari sekarang, 36 peratus menyokong jawatan itu dipegang tidak melebihi dua tahun dan 20 peratus menyokong jawatan itu perlu dilepas serta-merta.

Walau bagaimanapun, hanya 22 peratus sahaja merasakan tidak perlu melepaskan jawatan itu.

Survei yang dijalankan oleh IDE juga mendapatkan pandangan daripada rakyat tentang siapakah yang disokong untuk menjadi Perdana Menteri Malaysia selepas Tun Mahathir.

Oleh itu, didapati majoriti rakyat Malaysia menyokong Dato’ Seri Anwar Ibrahim menggantikan Tun Mahathir dengan undian 45 peratus mengalahkan calon daripada blok kerajaan dan pembangkang.

Tan Sri Muhyiddin Yassin di tempat kedua dengan 16 peratus dan Dato’ Seri Azmin Ali di tempat ketiga dengan 11 peratus.

Melalui kenyataannya, IDE menyatakan Survei Malaysia 2019 ini merupakan kajian yang ke-62 dilakukan sejak mengetuai UMCEDEL melibatkan jumlah responden seramai 72,743 orang.

Ia terdiri daripada pelajar IPTA dan IPTS secara rawak dengan soalan kaji selidik berstruktur menggunakan inovasi aplikasi IDE eSurvei dan Tablet.

Penafian: Penulisan ini adalah pandangan peribadi dan tidak menggambarkan pendirian IKRAM.

Syawal Permulaan Baharu. Raya bersama IKRAM dengan klik gambar di bawah.

Ingin mengikuti pandangan semasa dan info terkini dari IKRAM?
Hantar maklumat anda kepada kami:

ARTIKEL TERKINI

Sumbangan

Untuk membuat sebarang sumbangan anda dialu-alukan untuk menyumbang secara terus kepada mana-mana institusi IKRAM.

Maaf, anda perlu bayar untuk dapatkan kajian ini. Sila hubungi pihak KADRI untuk info lanjut melalui email [email protected]

Berita Terkini IKRAM

Dapatkan info TERKINI

Langgan berita terkini supaya anda tidak ketinggalan info penting daripada Pertubuhan IKRAM Malaysia