Majlis Berbuka Puasa dan Sumbangan Raya IKRAM bersama penduduk PPR Intan Baiduri

PPR Intan Baiduri adalah salah satu kawasan penduduk berpendapatan rendah di Kuala Lumpur yang telah disantuni oleh IKRAM Daerah Batu dengan pelbagai program remaja, khidmat masyarakat, Palestin dan sebagainya. Hubungan IKRAM Daerah Batu dengan AJK Surau (Jumaat) Al Hijrah, PPR Intan Baiduri yang terjalin menjadikan IKRAM diberi kepercayaan untuk menggerakkan pelbagai program bersama penduduk tempatan.


Awal majlis, Pengerusi Surau Al-Hijrah, En Abd Aziz Sidek telah menyampaikan ucapan aluan disusuli dengan ucapan dan tazkirah Presiden IKRAM, Dr Mohd Parid Sheikh Ahmad. Dr Parid turut menyampaikan sumbangan kepada anak-anak yatim, memberikan sumbangan projektor LCD dan skrin kepada pihak surau dan melancarkan facebook Surau Al-Hijrah.


Sebelum Asar, gotong royong memasak lambuk turut diadakan di surau tersebut dan Dr Parid dan pimpinan IKRAM juga telah mengedarkan bubur lambuk kepada masyarakat setempat.

Turut hadir memeriahkan majlis ini Naib Presiden IKRAM, Hj Syed Ibrahim Syed Noh, Pengerusi JK Khidmat Masyarakat IKRAM, Hj Nahar Md Nor, Pengarah Rayuan Ramadhan IKRAM, Hj Tuan Yaacob Tuan Sof, Setiausaha Wanita IKRAM Pusat, Puan Faridah Maludin, YDP IKRAM Wilayah Persekutuan, Prof Dr Sahrim Ahmad, YDP dan AJK serta ahli IKRAM Daerah Batu dan daerah-daerah lain yang bedekatan.


Para jemputan dan jemaah surau yang hadir berbuka puasa bersama-sama di samping solat Maghrib, Isyak dan tarawih secara berjamaah. Hj Syed Ibrahim telah menyampaikan tazkirah selepas selesai  solat sunat tarawih berkenaan dengan Lailatul Qadr. Beliau menekankan betapa pentingnya berdoa memohon keampunan pada malam tersebut dengan penuh kesungguhan dan pengharapan.


Semoga hubungan baik IKRAM dan pihak masjid atau surau dapat diteruskan selepas ini untuk mengisi program-program yang bermanfaat dan berkebajikan untuk masyarakat setempat, insya-Allah.

3 Tahun PTI Tidak Dapat Dilangsungkan, Kini Tiba Masanya…

Ingin mengikuti pandangan semasa dan info terkini dari IKRAM?
Hantar maklumat anda kepada kami:

ARTIKEL TERKINI

Kulim

Masjid Al Muqarabbin, Taman Angsana, Kulim

Sungai Petani

Masjid Bandar Perdana, Bandar Perdana Sg Petani

Kubang Pasu / Alor Setar

Masjid An Nur IPG Kampus Darulaman, Jitra

Pekan

Masjid Sultan Ahmad Shah, Pekan

Pahang Barat

Surau RPSB Kg. Pagar, Penjom, Lipis

Pahang Barat

Surau Al Hidayah, Kg Melayu Sg Lui, Raub

Kota Samarahan

Masjid Al-Malik, Taman Uni Garden

Maaf, anda perlu bayar untuk dapatkan kajian ini. Sila hubungi pihak KADRI untuk info lanjut melalui email [email protected]

Berita Terkini IKRAM

Dapatkan info TERKINI

Langgan berita terkini supaya anda tidak ketinggalan info penting daripada Pertubuhan IKRAM Malaysia