Majlis Berbuka Puasa dan Sumbangan Raya IKRAM bersama penduduk PPR Intan Baiduri

KUALA LUMPUR – Jawatankuasa Khidmat Masyarakat IKRAM Pusat dengan kerjasama IKRAM Daerah Batu telah menganjurkan dengan jayanya Majlis Berbuka Puasa dan Sumbangan Raya IKRAM Bersama Penduduk PPR Intan Baiduri pada Sabtu 22 Ramadan 1433H bersamaan 11 Ogos yang lalu.