SERI KEMBANGAN – Pertubuhan IKRAM Malaysia (IKRAM) dengan kerjasama Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga Negara (LPPKN) akan menganjurkan Majlis Resepsi “Mahligai Cinta Perdana” yang bakal menghimpunkan 40 pasangan pengantin baharu pada Sabtu, 30 November 2024 di Pusat Konvensyen MPAJ, Taman Melawati.
Program yang julung kali diadakan ini menawarkan pakej perkahwinan istimewa dengan deposit serendah RM500 sahaja. Ini memberi peluang kepada pasangan baharu untuk mengadakan majlis resepsi yang meriah tanpa membebankan kewangan mereka.
Majlis resepsi ini menawarkan pelbagai kemudahan eksklusif termasuk:
- Dewan resepsi mewah dengan kapasiti 10 tetamu setiap meja
- Perkhidmatan katering berkualiti oleh Felda D’Saji
- Pelamin bergambar yang menarik
- Khidmat jurugambar profesional
- Makanan beradap khas untuk pengantin
- Cabutan bertuah dengan pelbagai hadiah menarik
Sebagai nilai tambah, setiap pasangan akan menerima kursus perkahwinan LPPKN secara percuma. Program ini menawarkan pengalaman unik yang akan menjadi kenangan terindah buat setiap pasangan yang menyertainya.
Program yang akan berlangsung dari jam 9.30 pagi hingga 4.30 petang ini terbuka kepada 40 pasangan terawal yang mendaftar. Tempat adalah terhad dan pendaftaran akan ditutup sebaik sahaja kuota dipenuhi.
Semua pasangan baharu tanpa mengira kaum, etnik dan agama dijemput untuk meraikan detik-detik terindah bersama kami dalam suasana yang meriah dan bermakna.
Mahligai Cinta Perdana dianjurkan khas untuk membantu pasangan baharu merealisasikan impian majlis perkahwinan yang gilang-gemilang dengan kos yang berpatutan.
Pasangan yang berminat untuk menyertai majlis ini boleh mendaftar melalui pautan: https://form.jotform.com/242271900389458 atau menghubungi En. Nasir di talian 014-311 0628 untuk maklumat lanjut.