Mahasiswa diseru bersedia hadapi kemungkinan ekonomi yang teruk

Menyedari dan prihatin dengan isu-isu yang melibatkan kos hidup mahasiswa di Malaysia, beliau amat menghargai gerakan-gerakan mahasiswa lain yang meneruskan perjuangan menuntut supaya pihak kerajaan mengkaji semula isu-isu kos sara hidup mahasiswa dengan lebih serius. 

“IKRAM Siswa akui dalam suasana ekonomi dan politik masa kini, kami melihat bahawa adalah sukar untuk dimpikan pembaikan berlaku dalam kadar yang segera seperti yang dituntut khususnya, dengan penurunan harga minyak yang semakin merosot dan kehadiran TPPA yang semakin menambahkan kerisauan rakyat,” katanya dalam satu kenyataan media yang dikeluarkan.

Untuk menghadapi kemungkinan keadaan ekonomi tersebut, beliau menggariskan tindakan-tindakan yang wajar digerakkan mahasiswa secara bersama iaitu:

a) Menganjurkan kursus-kursus kemahiran pengurusan kewangan di kampus. IKRAM Siswa percaya bahawa kemahiran pengurusan kewangan adalah sesuatu yang perlu dipelajari oleh mahasiswa. Hubungan sedia ada antara IKRAM Siswa dan pakar-pakar pengurusan kewangan boleh dimanfaatkan dengan sebaiknya demi kebajikan mahasiswa.

b) Membangun platform-platform yang boleh membina jiwa keusahawanan mahasiswa. IKRAM Siswa percaya bahawa dengan tertanamnya jiwa keusahawanan dalam mahasiswa, ianya akan serba sedikit membantu meringankan beban mahasiswa dalam menanggung kos pengajian, kos asrama/sewa rumah, kos makan minum dan kos pembelajaran.

c) Menyalurkan sebanyak mungkin maklumat-maklumat tentang bantuan kewangan yang sedia ada tetapi belum diketahui mahasiswa secara meluas. IKRAM Siswa percaya masih terdapat banyak bantuan kewangan yang ada samada dalam dan luar kampus yang masih belum dimanfaatkan sepenuhnya.

d) Menganjurkan program-program kesedaran tentang isu-isu ekonomi dan bagaimanakah cara untuk menanganinya. IKRAM Siswa percaya ilmu dan pengetahuan tentang ekonomi perlu digarap sebaiknya mahasiswa dalam menilai prestasi semasa negara dan dunia. Ilmu yang akan diperoleh mahasiswa itu juga akan membantu mahasiswa untuk membuat penilaian yang terbaik dalam PRU-14 nanti.

Marwan berkata, bagi merealisasikan cadangan-cadangan ini, pihak IKRAM Siswa bersedia untuk berkerjasama dengan rakan-rakan mahasiswa, NGO-NGO hatta pentadbiran universiti sekali pun dalam memastikan kebajikan mahasiswa terus terjamin selari dengan Gagasan Kampus Harmoni yang mengimpikan Kampus yang Selamat, Berkebajikan dan Mesra Mahasiswa.

“Kami mendoakan agar mahasiswa terus tabah dan cekal serta meletakkan pengharapan kepada Allah dalam menghadapi segala kesulitan masa kini di samping terus memperjuangkan hak masing-masing dalam ruang lingkup demokrasi negara.”

Rentetan ini bermula dengan pemotongan bajet Institut Pengajian Tinggi (IPT) dalam Bajet 2016 yang diumumkan Perdana Menteri, isu-isu kebuluran mahasiswa dan yang terkini penggantungan pemberian biasiswa JPA.

Sumber: http://www.ikramsiswa.com/

3 Tahun PTI Tidak Dapat Dilangsungkan, Kini Tiba Masanya…

Ingin mengikuti pandangan semasa dan info terkini dari IKRAM?
Hantar maklumat anda kepada kami:

ARTIKEL TERKINI

Kulim

Masjid Al Muqarabbin, Taman Angsana, Kulim

Sungai Petani

Masjid Bandar Perdana, Bandar Perdana Sg Petani

Kubang Pasu / Alor Setar

Masjid An Nur IPG Kampus Darulaman, Jitra

Pekan

Masjid Sultan Ahmad Shah, Pekan

Pahang Barat

Surau RPSB Kg. Pagar, Penjom, Lipis

Pahang Barat

Surau Al Hidayah, Kg Melayu Sg Lui, Raub

Kota Samarahan

Masjid Al-Malik, Taman Uni Garden

Maaf, anda perlu bayar untuk dapatkan kajian ini. Sila hubungi pihak KADRI untuk info lanjut melalui email [email protected]

Berita Terkini IKRAM

Dapatkan info TERKINI

Langgan berita terkini supaya anda tidak ketinggalan info penting daripada Pertubuhan IKRAM Malaysia