Salah guna logo halal

SERI KEMBANGAN – Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) Pulau Pinang merampas pelbagai produk makanan bernilai RM54,402.90 kerana menyalahgunakan penandaan logo halal pada barangan dalam pemeriksaan di sebuah premis di Bukit Tengah, Bukit Mertajam pada Isnin.



“Hasil aduan orang ramai, KPDNHEP negeri sudah membuat pemeriksaan pada pukul 11.00 pagi di premis yang dipercayai memproses barangan makanan berkenaan,” kata Pengarahnya, Mohd Ridzuan Ab Ghapar.

 

Ia turut mendapati beberapa barangan di sana menggunakan penandaan logo halal tanpa diperakukan oleh pihak berkuasa.

 

“Semasa pemeriksaan dijalankan, kami mendapati premis itu mengeluarkan beberapa jenis barangan seperti minyak bijan, minyak biji sawi, air ros (mawar), air lemuju dan kapur yang menggunakan penandaan logo halal tanpa diperakukan oleh pihak berkuasa.”

 

Berikutan itu, KPDNHEP Pulau Pinang telah menyita 4,392 unit minyak bijan, minyak biji sawi (3,192 unit), air ros (mawar) (7,968 unit), air lemuju (2,580 unit) dan 5,916 unit kapur yang kesemuanya bernilai RM54,402.90 kerana menggunakan penandaan logo halal tanpa kebenaran.

 

Seterusnya, kes itu disiasat menurut Akta Perihal Dagangan 2011 dan KPDNHEP Pulau Pinang. 

 

KPDNHEP Pulau Pinang turut memberi amaran kepada peniaga supaya beretika serta tidak menggunakan penandaan halal tanpa diperakui halal oleh pihak berkuasa.

3 Tahun PTI Tidak Dapat Dilangsungkan, Kini Tiba Masanya…

Ingin mengikuti pandangan semasa dan info terkini dari IKRAM?
Hantar maklumat anda kepada kami:

ARTIKEL TERKINI

Kulim

Masjid Al Muqarabbin, Taman Angsana, Kulim

Sungai Petani

Masjid Bandar Perdana, Bandar Perdana Sg Petani

Kubang Pasu / Alor Setar

Masjid An Nur IPG Kampus Darulaman, Jitra

Pekan

Masjid Sultan Ahmad Shah, Pekan

Pahang Barat

Surau RPSB Kg. Pagar, Penjom, Lipis

Pahang Barat

Surau Al Hidayah, Kg Melayu Sg Lui, Raub

Kota Samarahan

Masjid Al-Malik, Taman Uni Garden

Maaf, anda perlu bayar untuk dapatkan kajian ini. Sila hubungi pihak KADRI untuk info lanjut melalui email [email protected]

Berita Terkini IKRAM

Dapatkan info TERKINI

Langgan berita terkini supaya anda tidak ketinggalan info penting daripada Pertubuhan IKRAM Malaysia