Lebih Sejuta Penagih, Dadah Dijual Dalam Talian

Lebih Sejuta Penagih, Dadah Dijual Dalam Talian | IKRAM

SERI KEMBANGAN – Tahap penagihan dadah di negara ini membimbangkan apabila anggaran terkini menunjukkan 1,097,408 rakyat negara ini terjerumus ke dalam najis dadah.

“Lebih menyedihkan, 328,640 daripada jumlah itu adalah mereka yang berumur 15 hingga 29 tahun,” kata Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.

Beliau berkata, daripada jumlah itu juga,1,051,712 adalah penagih lelaki manakala 45,696 lagi penagih wanita.

“Dapatan kajian Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) pada tahun 2020 menunjukkan setiap 100 orang belia di negara ini, enam daripadanya mengaku pernah mengambil dadah manakala empat lagi mengaku masih aktif mengambil dadah pada tempoh kajian dijalankan.”

Beliau berkata demikian dalam satu kenyataan selepas mempengerusi Mesyuarat Jawatankuasa Kabinet Membanteras Gelaja Dadah (JKMD) Bilangan 1 bersama Kementerian Dalam Negeri (KDN) melalui Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) di Putrajaya.

“Justeru, saya memberi tempoh selama tiga bulan kepada Kementerian Dalam Negeri (KDN) dan Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK) agar mengusahakan koordinasi di antara beberapa agensi yang berkaitan untuk merangka, menyusun inisiatif atau program yang efektif dan bermanfaat.”

Langkah ini bagi memastikan gejala dadah dapat dibendung dengan lebih berkesan di samping mengusahakan pemulihan kepada penagih dadah sedia ada.

Dalam perkembangan berkaitan, Ketua Pengarah AADK, Sutekno Ahmad Belon berkata, penjualan dadah secara dalam talian melalui laman web gelap didapati semakin popular di negara ini, selain pembelian menerusi aplikasi seperti Telegram dan WhatsApp.

Berdasarkan maklumat daripada klien-klien AADK, beliau berkata, individu yang mengambil dadah secara ‘suka-suka’ mengaku membelanjakan sekitar RM50 untuk setiap tiga hari sebagai permulaan, dan jumlah tersebut dianggarkan meningkat berdasar tahap keparahan individu terbabit.

“Sekarang ini selain pergi kepada tokan, mereka boleh buat pesanan (dadah) dan dihantar terus ke rumah. Saya rasa ini perlu diberi perhatian ramai terutama oleh ibu bapa untuk lihat barang yang masuk ke rumah agar ia boleh ditapis (cegah penyalahgunaan dadah).”

“Ikut catatan, (harga) dadah ikut keaslian, ada yang murah serendah RM18 termasuk kos penghantaran, dan itu dimaklumkan oleh mereka (klien AADK),” ujarnya lagi.

Sehubungan itu, Sutekno berkata, JKMD telah memberi tempoh masa tiga bulan kepada KDN dan AADK agar mengusahakan koordinasi antara beberapa agensi berkaitan dalam merangka inisiatif membendung gejala dadah.

Selain itu, tambahnya JKMD turut mengambil perhatian serius dan bersetuju supaya KDN melalui AADK melaksanakan Kempen Satu Juta Ahli Skuad Antidadah untuk menggiatkan lagi program dan aktiviti gaya hidup sihat.

3 Tahun PTI Tidak Dapat Dilangsungkan, Kini Tiba Masanya…

Ingin mengikuti pandangan semasa dan info terkini dari IKRAM?
Hantar maklumat anda kepada kami:

ARTIKEL TERKINI

Kulim

Masjid Al Muqarabbin, Taman Angsana, Kulim

Sungai Petani

Masjid Bandar Perdana, Bandar Perdana Sg Petani

Kubang Pasu / Alor Setar

Masjid An Nur IPG Kampus Darulaman, Jitra

Pekan

Masjid Sultan Ahmad Shah, Pekan

Pahang Barat

Surau RPSB Kg. Pagar, Penjom, Lipis

Pahang Barat

Surau Al Hidayah, Kg Melayu Sg Lui, Raub

Kota Samarahan

Masjid Al-Malik, Taman Uni Garden

Maaf, anda perlu bayar untuk dapatkan kajian ini. Sila hubungi pihak KADRI untuk info lanjut melalui email [email protected]

Berita Terkini IKRAM

Dapatkan info TERKINI

Langgan berita terkini supaya anda tidak ketinggalan info penting daripada Pertubuhan IKRAM Malaysia