Tanah airku dan laungan merdeka

Perjuangan mendapatkan kemerdekaan adalah salah satu tuntutan dalam agama bagi membebaskan umat manusia daripada penjajahan dan kezaliman kepada keadilan dan kehidupan fitrah manusia. 

 

Pemikiran sempit terperuk dalam penyembahan makhluk dibebaskan kepada penyembahan Al-Khaliq (Yang Maha Pencipta).

 

Ketika Rib’i bin ‘Amir RA, salah seorang sahabat Nabi yang menjadi utusan tentera Muslimin di al-Qadasiyah, Iraq bertemu menghadap pemimpin tentera Parsi iaitu Rustum dengan berpakaian yang sangat sederhana, dengan pedang, perisai dan kuda yang pendek memasuki khemah Rustum yang dihiasi dengan perhiasan yang mahal dan cantik bagi mengaburi mata para utusan.

 

Rib’i datang sambil bertongkat dengan tombaknya dalam keadaan posisi hujung tombak ke bawah sehingga menyebabkan bantal-bantal yang dilaluinya penuh dengan lubang-lubang bekas tombaknya. Lalu beliau ditanya tujuannya datang menghadap Rustum. Beliau menjawab:

 

“Allah telah membangkitkan kami untuk mengeluarkan sesiapa sahaja yang Dia kehendaki dari perhambaan terhadap sesama hamba kepada perhambaan kepada Allah, dari kesempitan dunia kepada keluasannya, dari kezaliman agama-agama kepada keadilan Islam. Maka Dia membangkitkan kami dengan agama-Nya untuk kami seru mereka kepadanya. Maka sesiapa yang menerima perkara tersebut, kami akan menerimanya dan pulang meninggalkannya. Tetapi sesiapa yang enggan, kami akan memeranginya selama-lamanya sehinggalah kami berjaya memperoleh apa yang dijanjikan Allah SWT.”

 

Kemudian mereka bertanya lagi kepada Rib’i, “Lalu, apa pula yang dijanjikan Allah kepadamu?” Rib’i menjawab: “Syurga bagi sesiapa sahaja yang mati dalam memerangi orang-orang yang enggan dan kemenangan bagi yang hidup.”

 

Ini antara salah satu kisah para pejuang kebenaran dalam berusaha membebaskan manusia daripada kezaliman pemerintahan manusia yang rakus. Begitu banyak cerita berkenaan perjuangan membebaskan belenggu kezaliman di banyak tempat dan semua itu telah tercatit dalam sejarah perjuangan kemerdekaan di setiap tempat.

 

Malah, Imam asy-Syahid Hassan al-Banna juga menegaskan dalam Risalah at-Ta’alim di bawah Rukun al-‘Amal menyebutkan agar membebaskan tanah air bitakhlisihi (بتخليصه); dengan ‘menjernihkan’ atau ‘membersihkan’ tanah air ini daripada kuasa asing (bukan Islam) daripada menguasai aspek politik atau ekonomi atau moral. Begitulah yang diusahakan oleh para pejuang kemerdekaan dalam ‘menjernihkan’ tanah air daripada cengkaman penjajah siang dan malam.

 

Menurut Matan al-Minhaj karangan Imam an-Nawawi bermazhab Syafie; jihad pada zaman Rasulullah SAW adalah fardhu kifayah dan ada yang berpendapat ia adalah fardu ain bergantung kepada kedudukan orang kafir.

 

Sekiranya orang kafir berada di negara mereka, maka jihad adalah fardu kifayah. Jika jihad ini dapat dilaksanakan oleh sebahagian umat Islam, maka yang lain tidak perlu melaksanakannya.

 

Jika orang kafir menceroboh ke dalam negara kita, maka penduduknya wajib mempertahankannya dengan segala upaya mereka. Jika mereka boleh bersiap sedia untuk berperang mereka diwajibkan termasuklah orang miskin, anak lelaki, pemiutang dan hamba walaupun tanpa izin.

 

Seterusnya Imam al-Banna menyebut dalam Risalah Dakwatuna tentang ‘Negara yang Merdeka dan Bermaruah’ (وطنية الحرية والعزة): bahawa Islam amat menegaskan tentang kewajipan berusaha sedaya upaya bagi membebaskan negara daripada penjajahan kolonialisme atau melakukan sesuatu ke arah mencapai kemerdekaan negara atau menanamkan harga diri dan semangat kemerdekaan dalam jiwa anak bangsa. Firman Allah Taala:

 

(وَللهِ الْعِزَّةُ وَلِرَسُولِهِ وَلِلْمُؤْمِنِينَ وَلَكِنَّ الْمُنَافِقِينَ لا يَعْلَمُونَ) (المنافقون:8)

Padahal bagi Allah jualah kemuliaan dan kekuatan itu dan bagi Rasul-Nya serta bagi orang-orang yang beriman; akan tetapi golongan yang munafik itu tidak mengetahui (hakikat yang sebenarnya). (Al-Munafiqun: 8)

 

(وَلَنْ يَجْعَلَ اللهُ لِلْكَافِرِينَ عَلَى الْمُؤْمِنِينَ سَبِيلاً) (النساء:141) 

Dan Allah tidak sekali-kali akan memberi jalan kepada orang-orang kafir untuk membinasakan orang-orang yang beriman. (An-Nisaa’: 141)

 

Dengan kesedaran dan kecintaan kepada tuntutan agama ini, para pejuang kebenaran serta pembela agama pastinya meyakini bahawa ini juga adalah sebahagian dari mempertahankan syariat Allah. 

 

Para pejuang tanah air sepanjang zaman tidak berhenti berjuang bagi mendapatkan kemerdekaan berakidah dan kemerdekaan beribadah. Ada yang mengangkat senjata, ada yang mengangkat ilmu bagi membentuk kesedaran membangkitkan semangat juang kemerdekaan ini kepada generasi seterusnya.

 

Teringat pada satu petikan video tahun 2016 ceramah Ustaz Dato’ Badli Shah Alauddin tentang semangat perjuangan kemerdekaan ini; disambut sebagai kecintaannya yang sangat tinggi kepada agama kerana memerdekakan tanah air ini salah satu daripada tuntutan agama.

 

Sehinggakan orang ramai yang berhimpun membuat tunjuk perasaan menuntut kemerdekaan menulis di kain rentang mereka dengan menulis ‘Merdeka’ dalam tulisan Jawi iaitu ‘مرديكا’ yang setiap hurufnya membawa maksud akronimnya tersendiri:

 

Mim (م) – Mengikut

Ro (ر) – Rasul

Dal (د) – Dan

Ya (ي) – Yakin

Kaf (ك) – Kepada

Alif (ا) – Allah

 

Maka laungan keramat “MERDEKA” ini adalah slogan yang mengingatkan kita untuk terus ‘Mengikut Rasul dan yakin kepada Allah’ di bumi bertuah ini. Slogan ini perlu diulangi agar semangatnya terus membara di dalam jiwa para pencinta agama dan tanah air.

 

Kini, kita telah mengecapi kemerdekaan dan berusaha mendaulatkan laungan “Mengikut Rasul dan yakin kepada Allah” sehingga menjadikan tanah air tercinta ini sebuah Negara Rahmah Mithali yang akan melimpahkan kesejahteraan kepada warganya dan negara sekelilingnya.

 

Mohd Syariffudin Abu Kassim

3 Tahun PTI Tidak Dapat Dilangsungkan, Kini Tiba Masanya…

Ingin mengikuti pandangan semasa dan info terkini dari IKRAM?
Hantar maklumat anda kepada kami:

ARTIKEL TERKINI

Kulim

Masjid Al Muqarabbin, Taman Angsana, Kulim

  • 5-7 April 2024
  • Ahmad Shahimi Senawi (0124061444)

Sungai Petani

Masjid Bandar Perdana, Bandar Perdana Sg Petani

  • 5-7 April 2024
  • Us Rozi Abu (0103535159)

Kubang Pasu / Alor Setar

Masjid An Nur IPG Kampus Darulaman, Jitra

  • 5-7 April 2024
  • Ruzinoor Che Mat (0194726820) Khairussani Farid (0132227380)

Pekan

Masjid Sultan Ahmad Shah, Pekan

  • 30 - 31 Mac 2024
  • Dr Mohamad Heerwan Peeie (010-9112045)

Pahang Barat

Surau RPSB Kg. Pagar, Penjom, Lipis

  • 30 - 31 Mac 2024
  • Faisal (0129725464) & Nazilah (01110540165)

Pahang Barat

Surau Al Hidayah, Kg Melayu Sg Lui, Raub

  • 5 - 6 April 2024
  • Faisal (0129725464)

Kota Samarahan

Masjid Al-Malik, Taman Uni Garden

  • 30 - 31 Mac 2024
  • Ustaz Muhamad Faiz bin Muhd Fadhil 019-4102067

Maaf, anda perlu bayar untuk dapatkan kajian ini. Sila hubungi pihak KADRI untuk info lanjut melalui email kadri@ikram.my

Berita Terkini IKRAM

Dapatkan info TERKINI

Langgan berita terkini supaya anda tidak ketinggalan info penting daripada Pertubuhan IKRAM Malaysia