Lauk telur, kuah air: Hentikan sikap menuding jari

Alahai, paling tidak netizen sepatut menyebarkan betapa kentalnya semangat 80 orang pelajar tahfiz di sekolah tersebut meneruskan kehidupannya menghafaz walaupun makanan yang dihidangkan tidak ‘mewah’ dan belum tentu, jika di rumah sendiri mereka dapat menikmati makanan sebegitu kerana kesusahan yang dihadapi keluarganya.

Akan tetapi sebaliknya, netizen heboh mengatakan kerajaan patut ambil peduli dan pelbagai kata sinis lain yang dilontarkan bagi memuaskan hati masing-masing.

Sepatutnya pihak pengurusan tahfiz terbabit yang sewajibnya melaksanakan peranannya, bukan hanya bergantung kepada dana kerajaan semata-mata. Mereka patut sedar dan memikirkan keselesaan serta keselamatan yang sewajarnya untuk pelajar-pelajar yang memasuki sekolah tahfiznya.

Apabila menjadi isu, sering dituding kepada kerajaan (sama ada negeri atau persekutuan) dengan tuduhan tidak mengambil peduli dengan sekolah tahfiz tersebut.

Dan sepatutnya isu sebegini tidak timbul lagi memandangkan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Agama), Datuk Seri Dr Mujahid Yusof telah mengumumkan penerimaan dana RM50 juta untuk tujuan menaik taraf dan menyelenggara sekolah-sekolah tahfiz yang berdaftar dalam sidang media 13 Februari 2019 lalu di Putrajaya.

Boleh jadi, sekolah tahfiz yang ditularkan itu tidak menepati kriteria sepatutnya yang ditetapkan oleh kerajaan persekutuan untuk layak menerima dana tersebut.

Antara kriteria yang telah digariskan ialah institusi yang layak menerima bantuan itu adalah yang menjalankan pengajian secara formal (pagi hingga petang) dan melaksanakan kurikulum kebangsaan dan agama.

Sebagaimana yang disyaratkan sebelum ini, institusi berkenaan juga hendaklah berdaftar dengan pihak berkuasa agama negeri; pemilik institusi warganegara Malaysia; institusi menggunakan Bahasa Melayu atau Bahasa Arab sebagai bahasa pengantar utama dan penama akaun institusi bukan penama individu.

Institusi itu juga hendaklah sedang beroperasi pada tahun semasa; mempunyai lebih daripada 15 pelajar; maklumat institusi telah direkod dalam Sistem Maklumat Pendidikan kelolaan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) dan institusi yang dicadangkan oleh pengurusan tertinggi JAKIM.

Pada 17 Disember 2019 pula, sebanyak 1,030 pusat tahfiz dan 200 sekolah pondok yang berdaftar di seluruh negara menerima peruntukan RM75 juta.

Tentunya langkah tersebut selaras dengan usaha kerajaan yang komited memastikan pembangunan institusi pondok dan tahfiz di negara ini terus kekal serta diberi perhatian sepenuhnya.

Kita sebagai rakyat Malaysia sangat berharap agar peruntukan itu dapat dimanfaatkan sepenuhnya oleh institusi pondok dan tahfiz mengikut matlamat ditetapkan, termasuk menaik taraf kemudahan prasarana untuk pelajar, bukan disalahgunakan.

Namun, mengapa masih berleluasa suara netizen yang mengatakan kerajaan tidak peduli akan institusi ini? Apa yang sebenarnya mereka mahu?

Pihak pengurusan atau pentadbiran yang mengendalikan instutusi berkenaan perlulah bijak, rasional dalam melaksanakan amanah yang diberikan ibu bapa pelajar yang memasukkan anak-anak mereka ke institusi tersebut.

Tentunya ibu bapa pelajar terbabit inginkan anak-anaknya mendapatkan ilmu yang baik lagi bermanfaat dengan keadaan yang baik lagi kondusif.

Netizen, selidikilah sebelum mengatakan apa yang ingin diperkatakan. Jangan sampai kita menjadi penyebar kepada sesuatu yang tidak benar.

Atriza Umar

3 Tahun PTI Tidak Dapat Dilangsungkan, Kini Tiba Masanya…

Ingin mengikuti pandangan semasa dan info terkini dari IKRAM?
Hantar maklumat anda kepada kami:

ARTIKEL TERKINI

Kulim

Masjid Al Muqarabbin, Taman Angsana, Kulim

Sungai Petani

Masjid Bandar Perdana, Bandar Perdana Sg Petani

Kubang Pasu / Alor Setar

Masjid An Nur IPG Kampus Darulaman, Jitra

Pekan

Masjid Sultan Ahmad Shah, Pekan

Pahang Barat

Surau RPSB Kg. Pagar, Penjom, Lipis

Pahang Barat

Surau Al Hidayah, Kg Melayu Sg Lui, Raub

Kota Samarahan

Masjid Al-Malik, Taman Uni Garden

Maaf, anda perlu bayar untuk dapatkan kajian ini. Sila hubungi pihak KADRI untuk info lanjut melalui email [email protected]

Berita Terkini IKRAM

Dapatkan info TERKINI

Langgan berita terkini supaya anda tidak ketinggalan info penting daripada Pertubuhan IKRAM Malaysia