Latih mualaf asas sembelihan

Turut diajar secara paraktikal cara-cara sembelihan yang betul dan sah menurut syariat Islam, program anjuran Hidayah Centre Papar (HCP) dengan kerjasama Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sabah (JHEAINS) dan pihak masjid ini telah disertai kira-kira 30 orang pelajar HCP.

Dirasmikan oleh Ustaz Masnor Mansor, para peserta mendengar ceramah yang bertajuk “Penyembelihan Haiwan Menurut Syariat Islam” oleh Ustaz Hj Yahya Tupid sebelum ke acara penyembelihan ayam secara praktikal.

Peserta juga digesa untuk mengamalkan pemakanan yang sihat dan halal di sisi syarak di samping memahami dan mengaplikasikan segala yang telah dipelajari dalam kehidupan seharian.

Dalam sesi praktikal pula, peserta telah dibahagikan kepada tiga kumpulan yang mana setiap kumpulan diketuai oleh seorang imam daripada masjid tersebut untuk menunjukkan cara-cara penyembelihan ayam yang betul dalam dan seterusnya peserta turut melakukannya.

Usai menyembelih ayam, pihak urusetia dan peserta bersama-sama memasak dan makan tengahari selepas solat Zohor berjemaah.

Semoga kursus untuk mualaf seperti ini dapat memberikan pendedahan kepada mereka untuk memahaminya dan seterusnya dalam melaksanakan ibadat sembelihan menurut syariah yang sebenar, insya-Allah.

Sumber: Hidayah Centre Sabah

3 Tahun PTI Tidak Dapat Dilangsungkan, Kini Tiba Masanya…

Ingin mengikuti pandangan semasa dan info terkini dari IKRAM?
Hantar maklumat anda kepada kami:

ARTIKEL TERKINI

Kulim

Masjid Al Muqarabbin, Taman Angsana, Kulim

Sungai Petani

Masjid Bandar Perdana, Bandar Perdana Sg Petani

Kubang Pasu / Alor Setar

Masjid An Nur IPG Kampus Darulaman, Jitra

Pekan

Masjid Sultan Ahmad Shah, Pekan

Pahang Barat

Surau RPSB Kg. Pagar, Penjom, Lipis

Pahang Barat

Surau Al Hidayah, Kg Melayu Sg Lui, Raub

Kota Samarahan

Masjid Al-Malik, Taman Uni Garden

Maaf, anda perlu bayar untuk dapatkan kajian ini. Sila hubungi pihak KADRI untuk info lanjut melalui email kadri@ikram.my

Berita Terkini IKRAM

Dapatkan info TERKINI

Langgan berita terkini supaya anda tidak ketinggalan info penting daripada Pertubuhan IKRAM Malaysia