Langkah Tangani Masalah Kesihatan Mental Remaja

Langkah Tangani Masalah Kesihatan Mental Remaja | IKRAM

Penyakit mental pada golongan remaja telah menjadi isu yang semakin hangat dibincangkan oleh segenap lapisan masyarakat saat ini.

Persekutuan Dunia bagi Kesihatan Mental sangat serius dalam mempromosikan isu kesihatan mental dalam kalangan remaja sejak tahun 2018 lagi dengan mengetengahkan tema ‘Golongan Muda dan Kesihatan Mental dalam Perubatan Dunia’.

Tahun ketiga pasca-Covid-19, isu kesihatan mental terus membelenggu masyarakat dengan lonjakkan kes gangguan mental seperti kemurungan, kebimbangan dan masalah mental yang lain. 

Dalam mengharungi arus kehidupan yang serba mencabar ini, ditambah pula dengan pengaruh media sosial, telah meningkatkan risiko remaja untuk menghadapi penyakit kesihatan mental dan masalah kemurungan.

Angka membimbangkan

Golongan remaja hari ini dilihat sedaya upaya untuk cuba meniru cara hidup yang sering dipertontonkan oleh pempengaruh maya sehingga adakalanya membebankan diri sendiri. 

Mereka kini tidak lagi hidup dengan ‘mengukur baju di badan sendiri,’ bahkan lebih kepada cuba menjadi insan lain dalam masyarakat media sosial. 

Kementerian Kesihatan Malaysia telah merekodkan bahawa seramai 424,000 remaja dan kanak-kanak di Malaysia disahkan mengalami masalah mental pada tahun 2020.

Manakala UNICEF turut merekodkan bahawa 12.3 peratus remaja pada usia 10 tahun hingga 17 tahun yang mendiami Projek Perumahan Rakyat (PPR) di Lembah Klang mengalami masalah kesihatan mental dan mempunyai kecenderungan untuk membunuh diri. 

Golongan remaja merupakan aset negara yang tidak ternilai kerana mereka adalah bakal pemimpin pada masa hadapan. Bak kata peribahasa Melayu, pemuda harapan bangsa, pemudi tiang negara.

Namun, jika golongan remaja ini berterusan dalam keadaan ‘sakit,’ maka bagaimanakah dengan pewarisan pentadbiran negara nanti?

Adakah negara Malaysia bakal ketandusan pemimpin yang sihat dan waras dari segi fizikal dan emosinya? Ataupun, adakah negara kita ini bakal diwariskan kepada golongan yang ‘mental’ dan kurang waras?

Usaha pemulihan

Semua pihak harus menggembleng tenaga dan berusaha keras bagi memulihkan kembali tahap kesihatan mental masyarakat terutamanya kepada golongan remaja.

Ujian mental atau ‘mental screening’ perlu dilakukan seawalkan usia 12 tahun bagi mengesan penyakit itu dengan lebih awal. 

Orang ramai harus membuang rasa skeptikal pada individu yang melakukan ujian mental. Ia seharusnya dianggap seperti melakukan rutin ujian kesihatan seperti memeriksa tekanan darah dan gula dalam darah.

Keadaan ini amat penting bagi memastikan individu yang melakukan ujian mental tidak berasa terasing dalam kelompok masyarakat umum. 

Golongan remaja harus diberikan kesedaran mengenai isu kesihatan mental sejak dari bangku sekolah lagi.

Para guru juga perlu peka dengan keadaan pelajar mereka dan membuat laporan serta mengambil tindakan sewajarnya andai terdapat pelajar yang mempamerkan ciri-ciri individu yang sedang mengalami tanda-tanda penyakit mental.

Seharusnya para guru ini mempamerkan karakter terpuji dan boleh dipercayai agar dapat menjadi tempat berkongsi segala cerita dan masalah para pelajar mereka. 

Peranan ibu bapa

Walau apa pun langkah pencegahan dan penambahbaikan kesihatan mental remaja yang diambil, namun kunci kesihatan mental yang sebenar ada pada situasi keluarga yang bahagia. 

Merujuk pada  pembentangan oleh Menteri Kesihatan, Dr Zaliha Mustafa, berdasarkan saringan kepada 336,900 orang di Malaysia, masalah kewangan dan perhubungan adalah antara penyebab masalah kesihatan mental.

Oleh itu, ibu bapa adalah model dan contoh ikutan terbaik untuk anak-anak. Ibu bapa harus sentiasa menjaga hubungan dan mempamerkan emosi yang terbaik agar dapat dicontohi oleh anak-anak.

Peribahasa Melayu, bapak borek, anak rintik jelas membawa maksud bahawa anak-anak pasti akan menyalin kembali segala tingkah laku yang dipertontonkan kepada mereka. Ibu bapa yang sihat mental pasti akan membangunkan kecemerlangan dalam diri anak-anak.

Ternyata, isu kesihatan mental ini tidak harus dipandang remeh oleh semua pihak. Sebagai ahli masyarakat yang terbaik, kita semua harus bertindak secara rasional dan tidak memandang rendah kepada individu yang menunjukkan tanda berpenyakit mental.

Kita harus mengambil langkah yang proaktif bagi memberi bantuan yang sewajarnya agar golongan remaja dapat kembali sihat dan seterusnya menyempurnakan tanggungjawab sebagai warganegara Malaysia yang terbaik. 

Nurul Nisha Mohd Shah (UiTM Rembau)
Mohd Radzman Basinon

3 Tahun PTI Tidak Dapat Dilangsungkan, Kini Tiba Masanya…

Ingin mengikuti pandangan semasa dan info terkini dari IKRAM?
Hantar maklumat anda kepada kami:

ARTIKEL TERKINI

Kulim

Masjid Al Muqarabbin, Taman Angsana, Kulim

  • 5-7 April 2024
  • Ahmad Shahimi Senawi (0124061444)

Sungai Petani

Masjid Bandar Perdana, Bandar Perdana Sg Petani

  • 5-7 April 2024
  • Us Rozi Abu (0103535159)

Kubang Pasu / Alor Setar

Masjid An Nur IPG Kampus Darulaman, Jitra

  • 5-7 April 2024
  • Ruzinoor Che Mat (0194726820) Khairussani Farid (0132227380)

Pekan

Masjid Sultan Ahmad Shah, Pekan

  • 30 - 31 Mac 2024
  • Dr Mohamad Heerwan Peeie (010-9112045)

Pahang Barat

Surau RPSB Kg. Pagar, Penjom, Lipis

  • 30 - 31 Mac 2024
  • Faisal (0129725464) & Nazilah (01110540165)

Pahang Barat

Surau Al Hidayah, Kg Melayu Sg Lui, Raub

  • 5 - 6 April 2024
  • Faisal (0129725464)

Kota Samarahan

Masjid Al-Malik, Taman Uni Garden

  • 30 - 31 Mac 2024
  • Ustaz Muhamad Faiz bin Muhd Fadhil 019-4102067

Maaf, anda perlu bayar untuk dapatkan kajian ini. Sila hubungi pihak KADRI untuk info lanjut melalui email kadri@ikram.my

Berita Terkini IKRAM

Dapatkan info TERKINI

Langgan berita terkini supaya anda tidak ketinggalan info penting daripada Pertubuhan IKRAM Malaysia